Perkongsian dari Ibnu Batoota


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥

Petang ini sebelum berbuka, Sara nak kongsi sedikit cerita dari seorang 'facebooker' ini. Dalam facebook, dia dikenali sebagai Ibnu Batoota. Sara tahu tentang Ibnu Batoota ini pun daripada dua orang sahabat Sara ini, Shikin dan Ilya. Mereka bercerita tentang 'rijal' ini dengan penuh keterujaan! Sara tergamam. Hm, Sara malas nak cakap banyak-banyak, Sahabat-sahabat baca sendirilah kisah Ibnu Batoota ini. Sara petik dari status facebook dia, ---->




Ibnu Batoota · 1,163 subscribers
July 20 at 4:41pm ·



AMARAN: status ini hanya utk yg berlapang dada menerima nasihat dan mengmbil ibrah(pengajaran) sahaja,kepada yg tak suka,tlong main jauh2,jgn kacau sini.

korang mesti fikir aku kenal bidadari aku sebelum aku kawen kan?


sebenarnya mcm ni...aku keluar berdakwah di pahang beberapa bulan lepas..
aku sampai ke sebuah masjid di mentakab,,dan salah seorang jemaah masjid tu kenal aku,aku tak kenal dia..rupa2nya dia peminat blog aku...dia happy jmpak aku,sembang dgn aku mlm tu smpai 2 pg,lpas tu dia tawarkan adik ipar dia pd aku(istri aku skrg)..aku tanya orgnya mcm mna dan sbgnya..
katanya,calon tu tak pernah ke sekolah,sejak kecil dia sekolah dlm rumah,diajar ayah dan abangnya sdri(kedua2 nya ustaz),dari menulis,membaca smpai lah menjadi alimah(ustazah),dia pakai purdah sjak kecik seawal 7 tahun,sjak kcik lg dia seorg yg sgt pemalu,tak pernah dilihat lelaki ajnabi,tak reti guna hp dan teknologi lain,rumahnya zuhud,takda tv,internet,radio,hiburan dia siang malam cuma quran dan kitab agama,sejak kecil dia dilatih mnjadi bidadari,pandai msak dan menjahit....dan dia keturunan rasulullah..


aku trus stju utk bertemu walinya...walinya taaruf dgn ku,kemudian pggil dia ke ruang tamu utk bukak purdah dpn aku....
dia buka...dan dia tunduk...aku sendiri tnduk sbb tlmpau malu dan aku sebak msa tu,ntah kenapa...mungkin sbb hepi sgt?
pendek kata,aku tak nmpak muka dia,sbb dia tnduk,nmpk hidung je..dia tutup muka dgn purdah dan msuk blik dlm bilik...


kemudian kami istikhrah 3 hari,dan aku stju,dia juga stju...walaupun kami tunang,tapi kami tak pernah berhubung,tak pernah dgr suara,tak pernah sms,sampailah akad nikah baru2 ni...
semuanya aku berurusan dgn abangnya..


lpas akad nikah,aku msuk ke blik pengantin,dlm tu smua adik bradik pmpuan ku dan ummi dia ada,laki semua kat luar..msa tu lah kali pertama aku tgk muka dia..tapi dia tnduk juga tak tgk aku...sarung cincin pun tergetar2...


lpas tu aku ditinggalkan dlm bilik tu dgn dia sorg...dia duduk atas lntai,peluk lutut dia tutup muka..aku dtg dekat...dia trus menangis...aku bgtau yg aku kena balik penang(sbb kami nikah gantung),dia diam tak jwb...aku nak sentuh,tapi tak berani...last2 aku bangun utk pergi..baru lah dia tgkap tgn aku utk salam dan cium tgn aku...lpas tu dia duduk balik peluk lutut tutup muka...


mlm tu aku call,baru aku dpt dgr suara dia....dan hakikatnya,sampai sekarang,dia BELUM PERNAH LIHAT WAJAH AKU.....(kami tak da tangkap2 gambar ke apa ke)..
tapi dia sgt muliakan aku dan hormati aku..aku tnya kenapa stuju kawen dgn aku sdgkan tak pernah tgk aku(smpai skrg)?dia jwb...dia istikharah,tnya allah,allah tahu apa yg terbaik utk dia dan agama dia,jadi dia stju sbb jwpan istikhrah tu positif,apa yg allah sdri kata baik,apa lg keraguan perlu dia ada utk trima aku sbg suami?


♥ ♥ ♥


kenapa aku cerita?


sbb aku nak bgtau yg cinta luar nikah itu sgt jijik dan kotor,berhenti lah couple2 murahan ni...bercinta selepas nikah adalah seindah2 cinta dan 24 jam pahala,trun rahmat mencurah2...kalau couple cinta luar nikah, 24 jam dosa,malaikat laknat siang malam..so korang pilih...


kejap lagi maghrib,dah masuk ramadhan...jom lah kita bertaubat,yg masih ada kekasih haram tu,ptuskan sekarang..kita masuk dlm bulan ramadahn ni dgn pnuh kesucian ok?

<--- Apa macam? Comelkan kisah mereka. Sangat comel di mata Allah. Kita? Insya-Allah jagalah hati kita baik-baik. Kita beria-ia nak calon baik-baik, soleh dan serba sempurna. Tapi kita sendiri hmm...

p/s : Nak cari nasi kerabu, jangan cari di kedai elektrik. Hehe 'peace no war' :)


Sara Assyahidah
5 Ramadhan 1433 H
25 Julai 2012 (Rabu)
6.53 petang

Aku dan Air Mata


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥

Ya Allah, pagi ini aku masih lagi bernafas. Alhamdulillahil lazi ahyana ba'dama ama tana wailaihinnushur. Usai sahaja perbincangan bersama ahli lajnah di Surau, aku berjalan bersama dua orang sahabat. Insya-Allah sahabat dunia dan akhiratku! Sepanjang perjalanan, kabus tebal menyelimuti kami. Subhanallah, tenangnya. Jika petang semalam suhu di Kuala Lipis ini sekitar 26 darjah Celcius, pagi ini mungkin lagi rendah daripada  itu. Kabus pagi ini seakan-akan Allah hadirkan untuk menutup segala keresahan dan tangisan yang teresak-esak di dalam hati ini.


Sudah sekian lama, tidak menitiskan air mata kerinduan kepada Dia. Sudah dipaksa, namun si air mata tidak juga kunjung tiba. Mungkin si air mata ini malu untuk berdepan dengan Pencipta kerana tuannya terlalu sarat dengan dosa. Dek kerana itu, jiwa ini makin terasa kegersangannya. Teringat pada satu kata-kata,'Alirkanlah air mata mengenangkan dosa-dosa kita, jika kita mampu, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu'.

Rasulullah pernah berdoa;
"Ya Allah, kurniakan aku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air matanya kerana takut kepada-Mu. Perkenankanlah permohonanku, sebelum mengalir air mata darah.

Hari ini dengan mudah tanpa perlu diseka-seka, air mata murah sahaja keluar. Allah, nikmatnya rasa ini. Biarlah sekalipun seisi dunia meninggalkanku, namun jangan KAU yang meninggalkan aku. KAU tanpaku, tidak mengubah apa-apa, tapi aku tanpaMU ibarat jasad yang tidak bernyawa. 

Dalam perjuangan, jika tidak diuji dengan rasa lemah, maka itu bukan perjuangan. Gagahkankanlah dirimu, wahai si pejuang! Agar kelemahanmu tidak membebankan gerak kerja dalam perjuangan.

Dalam kita melangkah,

Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

Hingga kita terduduk dan menangis,

Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

Dan renungilah dalam diri kerana

Mungkin air mata tika itu hadir kerana

Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak

Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,

Semoga tabah dan tetapkan iman.



p/s : Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu. Dalam senang, awasi kealpaanmu. Astaghfirullah minal khotoya!


Sara Assyahidah
4 Ramadhan 1433 H
24 Julai 2012 (Ahad)
9.10 pagi

1 Ramadhan 1411 Hijrah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥

Alhamdulillah malam ini malam ketiga Ramadhan bermakna tiga malam sudah kita bertarawih. Syukur atas nikmat sihat yang Allah bagi. Sebut sahaja 3 Ramadhan jangan kita lupa akan peristiwa yang besar berlaku pada tarikh ini iaitu hari pemergian Saidatina Fatimah Azzahra r.anha, puteri kesayangan Rasulullah sollallahualaihi wasohbihi wasallam. Al-fatihah.

Tapi sekejap, kenapa tajuk 1 Ramadhan? 1411 Hijrah pula tu? Sebenarnya tarikh ini tarikh penting bagi umat Islam lebih-lebih lagi Sara. Setiap kali Sara bertemu 1 Ramadhan, ia bukan tarikh yang biasa. Sarat dengan hikmah dan karomah. Sara bersyukur kerana apabila bertemunya 1 Ramadhan 1433 Hijrah dua hari yang lepas, hal ini bermakna usia Sara sudah mencapai 22 tahun mengikut kalendar Islam. Wah, sudah 22 kali Ramadhan jugalah Sara sudah tempuh! Syukran lillah!




Sara masih ingat lagi Umi bercerita masa nak lahirkan seorang budak nakal bernama Norsara ni, hari tu hari pertama puasa. Kesian Sara kat Umi. Jenuh juga Umi perlu ganti puasa. Sebulan tu! Itu bab puasa, bab raya pula, Umi kena berpantang dari menikmati juadah yang sedap-sedap. Allah, inilah dia pengorbanan seorang ibu! Ya Allah, rindunya pada Umi. Tersangat rindu hanya Allah yang tahu! T_T

Sahabat-sahabat, sepanjang Ramadhan ini, apa khabar tarawih kita? Tahajjud kita? Hafalan Al-Quran kita? Dhuha kita? Allah. Marilah sama-sama kita berazam untuk tidak meninggalkan barang sekalipun ibadah-ibadah sunat yang benar-benar dituntut. Untuk ibadah wajib, itu tidak perlu dihurai panjang. Masing-masing sudah maklum hukumnya kan. Bertitik tolak dengan Ramadhan kali ini, kita perkemaskan yang wajib perbanyakan yang sunat! Boleh? Insya-Allah! Hehe semangat! 

Dah, dah. Tak payah nak tulis panjang-panjang ganggu masa pembaca nak bertadarus al-quran pula. Maaf buk! Hehe maaf ganggu. Ilaliqo' sahabat-sahabat.

p/s : Belum tentu Sara dapat bersua lagi dengan tarikh istimewa ini lagi kan. Belum tentu lagi kita dapat menjemput 1 Ramadhan tahun hadapan. Allah, Allahu Ya Allah! (Sebak rasa)


Sara Assyahidah
3 Ramadhan 1433 H
23 Julai 2012 (Ahad)
0.33 pagi

Ramadhan dan Kepulangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥



"Dari akhir bulan Mei hingga hampir penghujung Julai, Sara meninggalkan blog tanpa sebarang tulisan. Bukan  tak nak menulis tapi..." Aish, dah dah. Paling tak suka terlalu formal. Dah tak tulis kan, nak panjang-panjang pula. Kata blog berhabuk lah apa lah kan. Padahal tak berhabuk pun. Baik-baik saja. Hehe

Sahabat-sahabat, kaifa halukum? Semoga sihat alhamdulillah. Hari ini hari kedua Ramadhan. Sekarang, Sara menulis tepat pada pukul 1.26 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah masih lagi Allah memberi izin roh ini bercantum dengan jasadnya lalu dapat jua Sara bersua Ramadhan 1433 Hijrah. Sahabat-sahabat jom kita angkat tangan sekejap, berdoa moga Allah memilih kita menjadi hamba yang paling baik amalannya. Titiskanlah air mata kesayuan sahabat-sahabat kerana Allah masih menetapkan nama kita untuk terus berdiri di muka bumi Allah bertemu pula Ramadhan yang Mulia. Kautlah keuntungan yang sebenar-benarnya dengan sungguh-sungguh. Ada seorang sahabat Sara, ibunya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Innalillahi waiina ilaihi raji'un. Lihat, jika kita masih angkuh dan tidak bersyukur maka kita manusia yang benar-benar rugi. Allah bagi kesempatan, tapi kita sia-siakan. Allahurabbi. Dahsyatnya. Nauzubillahiminzalik!

Sahabat-sahabat, sekarang hampir 1.42 pagi, Sara sudah mula rasa mengantuk. Ada beberapa jam lagi untuk bangun bersahur terus waktu 'date' dengan Allah. Sentiasa Sara ingat seorang sahabat Sara ini, katanya insya-Allah bulan Julai, dia akan pulang dari perantauan. Tidak pasti samada sudah sampai atau belum. Tapi insya-Allah, mudah-mudahan sahabat Sara ini selamat sampai ke bumi Kelantan dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Moga sahabat Sara ini sentiasa dalam lindungan Allah Yang Maha Hafiz.

p/s : Kurangkan tidur banyakan solat. Kurangkan bercakap banyakan berzikir. Kurangkan berkhayal banyakan doa. Kurangkan makan banyakan derma. Hapuskan dendam tingkatkan sabar. Hapuskan maksiat  tingkatkan amal!


Sara Assyahidah
2 Ramadhan 1433 H
22 Julai 2012 (Ahad)
1.59 pagi