Aku mahu menjadi pecinta sehebat AminaH Qutb !

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Untuk pengetahuan, penulis sajak di bawah (Aminah Qutb) dinikahkan dengan seorang mujahid di dalam penjara oleh abangnya iaitu as-Syahid Syed Qutb. Sajak ini ditulis untuk suaminya yang bernama Kamal Sananiri (mujahid yang dimaksudkan).


Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah

Ya Allah
Andainya dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
Dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu

Namun
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian
Yang Kau berikan kepadaku

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Rabbana
Jika Aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah
Jika aku rindu
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu




Mengapa aku mahu menjadi seorang pecinta sehebat Aminah Qutb?
Siapa Aminah Qutb? Cuba pembaca hayati kisah cintanya dan pembaca akan rasa apa yaag Sara rasa.

Kamal Sananiri meminang Aminah Qutb melalui Syed Qutb. Namun saat itu Sananiri masih di dalam tahanan penjara. Aminah menyetujui lamaran tersebut sekalipun tempoh untuk kahwin mungkin berlarutan 15 hingga 20 tahun. Diakad nikah dengan Aminah Qutb semasa dalam penjara. 

Oleh kerana kasihankan isterinya, Kamaluddin meminta pandangan isterinya sama ada mahu meneruskan tali perkahwinan atau tidak;





“Begitu lamanya waktu berlalu, aku kasihan kepadamu atas derita ini. Sebagaimana yang aku katakan kepadamu pada awal jalinan kita, kemungkinan besok aku segera keluar, kemungkinan dua puluh tahun lagi, bahkan mungkin ajal menjemputku di penjara ini. Maka bagimu kebebasan penuh untuk mengambil keputusan yang baik bagi masa depanmu. Aku tidak ingin menjadi penghalang bagi kebahagiaanmu. Mereka berjanji hendak memberi kebebasan kepada kami bila kami mendukung kekuasaan para Tiran dengan cara memberi informasi, sungguh mereka tidak akan dapatkan hal itu dariku atas izin Allah, walaupun mereka mencabik-cabik tubuhku. Maka dari itu, sekarang kamu bisa memilih, tulislah apa yang mantap menurut pendapatmu. Allah akan merestui apa yang baik menurutmu.”





Si isteri memberi jawapan,

لقد اخترت أملاً أرتقبه، طريق الجهاد والجنة، والثبات والتضحية، والإصرار على ما تعاهدنا عليه بعقيدة راسخة ويقين دون تردد أو ندم

 “Saya memilih harapan yang saya tunggu-tunggu; jalan jihad dan syurga, keteguhan dan pengorbanan, tegar dengan janji yang kita ikrarkan dengan aqidah yang kukuh dan keyakinan tanpa ragu-ragu atau menyesal”.



Kamal Sananiri dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1954 dan dibebaskan pada tahun 1973. Mereka bersatu pada tahun 1973 M selepas Sananiri dibebaskan dan tidak dikurniakan seorang anak pun kerana saat itu Aminah dan Sananiri telah berusia 50 tahun.

Inilah pejuang-pejuang ISLAM..cerita CINTA mereka Sara nukilkan di sini kerana mahu aku berkongsi makna cinta dan dakwah...CiNta dan DAkWaH bagiku adalah sepeRti jasAd dan roh..Moga Allah memelihara ciNta Sara dan CiNta anda.

p/s: Bacalah kisah penyiksaan Sananiri (suami Aminah Qutb) sehingga ibunya sendiri sudah tidak mengenalinya lagi. Dalam tahanan, regim menekan ibunya untuk memujuk supaya dia menulis sokongan kpd Abdul Nasir. 

Bersama linangan air mata ibunya yang berumur 70an memujuknya menulis surat rayuan. Namun dia berkata :

كيف يكون موقفي بين يدي الله إذا أرسلت هذه الرسالة ثم مت، هل ترضين يا أمي أن أموت على الشرك؟

“Bagaimana keadaan saya ketika berdiri di hadapan Allah jika saya mengutus surat ini kemudian saya mati. Adakah kamu rela wahai ibu, saya mati dalam keadaan syirik?”


Jua bacalah kisah mengenai adik iparnya yang menjadi gila saat melihat kezaliman ke atas dirinya. Bacalah kata-kata yang pernah diucapkannya pada si ibu. Moga kisahnya meniup api semangat untuk kita istiqamah di jalan dakwah ini.

Sekali lagi sebak dan air mata ini tidak dapat tidak mengalir panjang.

Al-fatihah buat Syed Qutb, Muhammad Kamaluddin (Kamal Sananiri) dan Aminah Qutb. Semoga Allah merahmati roh mereka dan mengumpulkan kita bersama nabiyyin wa siddiqin wa syuhada’ wa solihin.

p/s : Mampukah kita menjadi pencinta sehebat Aminah Qutb? Tepuk dada tanya iman.

Sara Assyahidah
17 Julai 2010




Tiada ulasan:

Catat Ulasan