.::Paprik Sara Vs Paprik Kak Ze::.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Baiklah, memandangkan ramai kawan-kawan yang sedang belajar di luar negara sekarang ni. Terutama kepada yang tidak dapat menikmati makanan melayu kita. Kesian juga saya lihat. Oleh sebab saya ni kawan yang 'prihatin' terhadap kebajikan kawan-kawan. (Ceyy) Jadi, saya mahu berkongsi resepi 'Paprik'. Paprik ni ikut negeri saya, negeri Kelantan warna ala-ala kuning. Tapi kalau di Pahang, tempat saya belajar ni paprik warna merah. Hmm 'kompius' juga saya pada mulanya. Tapi tak apalah, saya ikut negeri saya.

Paprik ni agak 'femes' la dalam kalangan pelajar Maahad Muhammadi Lilbanin, Kota Bharu. Adik lelaki saya belajar di sana. Ya Allah, asyik-asyik puji saja 'Paprik Kak Ze' tu. Ya la. Sebagai seorang kakak, kadang-kadang kalau saya masak paprik, selalu sahaja dia bandingkan paprik saya dengan paprik kak Ze dia tu. Ish! Geram! Hehe tapi hari tu, saya masak paprik lagi (belajar dengan umi),. Kali ini, Alhamdulillah dia senyum saja nampaknya.

Saya tanya 'hmm Dik, sedap tak?'

Adik saya menjawab sambil tersenyum 'Emm.............'
*sambil buat muka macam nak cakap paprik saya tak sedap*

Selepas itu, dia menyambung lagi:
'Supo doh nge Kak Ze, tapi kalu Kak Ze buat, warna kuning tu sapa boleh nekat tange. Pedah pulop tu.' (Sama dah dengan Kak Ze tapi Kak Ze buat kuning paprik tu sampai melekat kat tangan. Pedas pula tu)

Tanpa membuang masa, dia pun menuju ke periuk nasi. Apa! Tambah naaasiii! HEHE

Cayalah! Sama dengan Kak Ze tu!

-Kejadian ini benar-benar terjadi, bukan rekaan setelinga-telinga semata-mata ya. Tidak ada kena-mengena dengan yang masih mati atau yang telah hidup-

Oleh sebab sara selalu buat untuk keluarga dalam 7 orang, jadi, Sara kongsi kuantiti bahan yang diperlukan untuk 7-10 orang la ya.

Baiklah, asyik bercakap saja, dapur Sara ni bila nak berasap kan? Jom kita tengok apa yang ada untuk buat Paprik Sara :

Ayam kalau buat untuk 7 hingga 10 orang (1/2 ekor ayam pun dah cukup. Tapi kalau nak makan banyak sikit guna seekor terus pun tak apa)

Daun Limau purut (Terpulang, lagi banyak, lagi 'best' bau paprik)
 
Bahan-bahan untuk dikisar/ blend:
Serai [saiz besar] (5-7 batang)
Kunyit (sebesar ibu jari)
Bawang putih (setengah labu)
Bawang merah (terpulang [3-4 labu ok dah kot])
Bawang besar (4 labu)
Lada burung/ Cili  kecil-kecil tu (20 biji)
Belacan sikit (tak mahu masukkan pun tak apa)

Cara memasak:

1. Mula-mula lumurkan garam sikit kat ayam yang comel-comel tu. Ingat (sikit je-secukup rasa jangan masin sangat sebab kita nak letakkan ayam ni ke dalam tumis)
2. Goreng ayam (yang dah bergaram) setengah masak (nampak ayam tu dah kekuningan ok dah tu, dah boleh angkat)
3. Selepas dah habis goreng semua ayam tersebut. 'Blend'kan bahan-bahan yang hendak dikisar (seperti yang tertera di atas).
4. Gunakan lebihan minyak goreng ayam tadi untuk proses menumis pula. (Jangan dibuang minyak tu, kerana lebihan minyak itulah yang menyedapkan lagi masakan paprik Sara ni)
5. Tumiskan bahan yang telah dikisar sampai naik bau (senang cakap, sampai pecah minyak)
6. Pastu masukkan daun limau purut. (ingat! Koyak-koyakkan daun limau purut tu supaya baunya lebih mengancam! )
7. Masukkan garam dan gula (secukup rasa anda).
8. Masukkan ayam separuh masak tadi ke dalam tumis tersebut. Letak Air sikit. (Gaul-gaulkan mereka sampai sebati)
9. Dah nampak macam masak je, bolehlah padamkan api.

Hidangkan kepada kawan-kawan anda. Pastinya menjilat jari! Ya Allah, berkecur air liur. InsyaAllah sedap! HEHE



Dah elok-elok siap paprik, Hah! Lupa nak masak nasi. Jadi, jangan lupalah masak nasi dulu. Nanti, ada yang makan paprik tanpa nasi. Sedih pula Sara kat sini. Hehe

p/s : Selamat mencuba ya! Jaga keselamatan diri semasa menggunakan pisau, dapur gas dan semua sekali. (^_^)

Sara Assyahidah
14 Julai 2011


 

2 ulasan:

  1. wah nak jugak nasi paprik hehehehe :D

    BalasPadam
  2. boleh je yahya..resepi dah ada tu..yahya bukenke pandai masak..bila lagi nak tunjukkan skill..mase ni la..

    BalasPadam