Impian

Alhamdulillah Sara mendapat kasih sayang yang cukup mantap daripada umi dan adik-beradik. Sara impikan keluarga kami akan menjadi antara keluarga yang bahagia di muka bumi Allah ini insyaAllah. Dunia wal akhirat bersama ! Tak lupa kepada arwah nenek, arwah datuk-datuk, nenek. Mereka adalah kebahagiaan Sara. Namun, semua ini tidaklah semudah yang disangka, kerana untuk mendapat keluarga yang bahagia, sesebuah keluarga itu akan menempuh pelbagai ranjau dan onak yang berduri. Begitu juga Sara. 

Jadi, insyaAllah Sara mahu membina mahligai cinta sebahagia keluarga-keluarga bahagia yang diredhai Allah sebelum ini. Kalau orang lain boleh, mengapa tidak Sara kan? Insya-Allah impian sara andai umur panjang:

-->Ingin didampingi seorang zauji yang soleh dan seorang yang amat penyabar kerana kesabaran itu dapat mengukuhkan lagi ikatan dua jiwa. namun, hingga kini namanya masih tersimpan dalam rahsia Allah. InsyaAllah Sara sedang mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik dalam melayari dan membina bahtera keluarga yang akan menjadi  kebanggaan Allah suatu hari nanti. Amin !

-->Dan teringin ada zuriat yang comel-comel yang akan menjadi pejuang agama yang hebat, insyaAllah !

--> Jua menjadi guru yang bakal mendidik anak murid supaya mereka menjadi seorang dai'e yang kental !

dan terutama sekali

Ingin amat sangat menjaga segala urusan kehidupan umi. Sara mahu berbakti kepada orang tua tidak kira dalam keadaan sihat, sakit dan sebagainya. (Mohon doa moga dikurniakan zauji yang baik hati yang turut sama menjaga bonda tercinta dan Sara akan melayan keluarga mertua sama seperti melayan ibu bapa Sara sendiri, Biiznillah ya Rahman !)

Amin ya rabbal alamin..... 

Hehe maaf, terlebih ke depan sikit untuk halaman ini. tidak salah untuk sara mempunyai impian bukan?