Saat Itu Makin Dekat



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥

♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥

♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥


Membaca blog sahabat-sahabat IPTAA, terasa diri tidak layak untuk menulis. Bukan sahaja ilmu agama yang cetek, ditambah pula dosa yang menggunung, bimbang kalau-kalau apa yang saya tulis tidak sampai kepada pembaca. 

Sebelum menulis, banyak yang ingin saya kongsikan, tapi apabila berhadapan dengan skrin laptop ini, tiba-tiba saya kaku! Tak tahu apa yang nak saya kongsikan. Saya rasa macam apa yang saya fikir untuk saya kongsikan dalam blog ini, seolah-olah semuanya kosong. Tak ada apa-apa! Kalau saya tulis pun, mungkin boleh merugikan masa pembaca. 

Terus saya jadi sebak! Sebak bukan kerana tak tahu nak tulis apa, tapi sebab saya terfikir macam mana kalau saya berhadapan dengan Allah nanti. Apa yang nak saya bawa untuk saya persembahkan kepada Allah. Saya rasa saya dah buat itu buat ini untuk Allah, tapi apabila berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung, saya miskin! Tak ada apa-apa yang saya boleh tunjukkan pada Allah. Apa yang saya buat terlalu sedikit! Bawa pula dosa yang terlalu banyak! Allah.. Amal yang saya buat itu pun kalau ditutup dengan dosa nescaya amal itu lenyap. Kalau ada riyak, ujub, lagilah saya terus muflis! Allah..


Kata Muthraf Bin Abdullah :

"Aku tidur diwaktu malam dan pada paginya aku menyesal lebih aku suka daripada aku bangun sepanjang malam dan pada waktu paginya aku berasa bangga diri"


Semasa sujud terakhir tadi ketika solat isyak, tiba-tiba seperti ada imbasan dalam fikiran saya. Saya terfikir,
" Apakah keadaan saya ketika nanti saya menemui sakaratul maut?" Lalu air mata saya pecah dari empangannya, teresak-esak. Mampukah saya untuk menyebut kalimah tauhid?


Adalah Ali Bin Al-Husain RA apabila ia berwudhuk wajahnya akan menjadi pucat, lalu orang bertanya :

"Apakah yang telah menimpa engkau ketika berwudhuk sehingga wajah engkau menjadi pucat? Dia menjawab : "Adakah kamu tahu di hadapan siapakah yang akan aku berdiri."

p/s : Saat itu sudah semakin mendekat!


Sara Assyahidah
17 Muharam 1434 H
30 November 2012 (Jumaat)
8.51 malam