Sara Di sini

السلام عليكم ورحمة الله

بسم الله الرحمن الرحيم
Teman-teman yang sudi ziarah sara.Terima kasih ya.
Orang Arab Mesir kata Syukran awiy!
Eh, mana buah tangan? Tak ada ke?
Tak apalah sara gurau saja. Kalau rasa ada hadiah nak bagi, silakan. 
Nampak macam materialistik kan?

Serius! Sara gurau. Jadi apa kata alang-alang anda dah ziarah sara, tinggalkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung-pengunjung blog sara yang lain. Insya-Allah saham tu! Kan bagus kalau kita boleh bertukar-tukar ilmu. Sambil ziarah, teman-teman dan sara sendiri boleh mendapatkan input yang baru, tidak kiralah dari segi agama, kisah hidup, kisah cinta, pengalaman dan pendidikan atau sebagainya. 

Sara jenis yang 'open minded' dan suka mengenali seseorang yang berminat dengan ilmu. Jadi kalaulah anda orangnya, selalulah ziarah sara ya. Satu hari nanti sara juga akan ditempatkan di suatu tempat sunyi di mana tiada siapa yang dapat membantu. Sementara masa masih berbaki. Sudikanlah bersahabat dengan sara. Salam taaruf jua salam ukhwah sara hulurkan. Moga Allah pegang persahabatan kita hingga  ke alam abadi, InsyaAllah. 

Namun, teman-teman, jika sara tersasar jauh, 
sudikanlah diri teman-teman menegur insan yang khilaf ini.

Berukhwahlah dengan sara semata-mata kerana Allah dan Habibullah. Andai sara melalaikan dunia teman-teman lebih-lebih lagi akhirat teman-teman, maka bencilah dan tinggalkanlah sara dengan niat untuk menegakkan syariat Allah dan Islam semata-mata!

"Kan kuterus berjuang hingga roh terpisah dari jasad!"