BerkOnGsi RaSa dAN pEnGaLaMaN:::.

assalamualaikum ikhwan wa akhwat..
kaifa halukum??
InsyaAllah moga2 kalian baik2 saja..=)
berkongsi rasa dan pengalaman?? tentang apa ye??

ok, actually i wanna talk about my experience along the journey to become Hafizah..
it's not easy as ABC, right??
so, strive for it..

dalam proses menghafal macam2 boleh jadi..
saya pun terkadang putus asa juga..
rasa 'DOWN' sangat kalau tak dapat hafal dengan baik macam orang lain..

baiklah, di sini saya ingin berkongsi sikit2 pengalaman saya masa menghafal tu..

mula2 kena ada ustaz/ustazah yang memang hafiz/hafizah yang boleh bimbing bacaan dan hafalan kita..
carilah sebaik-baik tempat menghafal..

macam saya dulu, masa tingkatan 4 berjinak-jinak untuk belajar Qiraat..
tapi umi hantar kat kelas tahfiz..
jadi niat nak hafal Al-Quran tak ikhlas sangatlah (hehe jujur ni)
dah hafal satu juzuk rasa susah sangat untuk muraja'ah (ulang semula hafalan yang lepas2)
masa nak tasmi' (perdengarkan hafalan baru kepada ustaz/ustazah)saya tak kisah sangat tapi kalau dah masuk bab mengulang bacaan yang lepas2 ni..malas sikit (bukan sikit,banyak sebenarnya)

tapi al-maklumlah orang hafal kita hafal..
tambah2 pula ustaz garang..
pegang rotan..(tak pukul pun, gertak je)
takut juga la dengan ustaz..

oleh itu, dah rasa putus asa sangat..
minta pendapat akak2 yang dah hafal 30juzuk..
fuhh hebat sakan la mereka ni..
minda memang cerdas..

dah hafal satu juzuk setengah..
berhenti separuh jalan..
sekarang nak hafal balik..
rasa menyesal sangat dulu tak bersungguh-sungguh..
tapi tak mengapalah..

dalam bab ibadat ni tak pernah ada istilah 'terlambat sudaah'..
jadi jika kita dah mula sedar..
perbaikilah kesilapan semalam ,jadikan hari ini yang terbaik..
dan esok lebih baik daripada hari ini..

"no one can turn back to past and start a new beginning,
but everybody can start today and make a better ending."

Ingat tu!!!

masa nak hafal, jangan pejam mata, sebab mungkin kita akan lupa..
jadi nak hafal tu tengok sekeliling..
kalu tak ingat atau terlupa atau tertukar ayat atau rasa konfius, (btul ke ayat ni?)
terus rujuk al-Quran,jangan teruskan jika tak yakin..
takut nanti terbawa-bawa..
bak kata ustaz saya, ustaz zakaria,"elakkan dari tersekat-sekat masa menghafal, nanti susah. awak akan mengulanginya dalam solat dan susah nak ubah..."

hafal lah mengikut kemampuan masing2..
cadangan saya buat kalian,
hafal satu muka surat satu hari,
jadi dalam sebulan anda sudah menghafal 30 muka surat..

tapi kena ingat, hafal bukan sekadar hafal,
tajwid kena betul,
jaga hak setiap huruf,
makhrajnya...

lepas subuh hafal separuh muka surat, lepas maghrib hafal yang selebihnya..
InsyaAllah kita boleh..

dalam sehari ulang semula surah2@ juzuk yang lepas2..
tak nak bagi hafalan tu tertukar ayat atau tak ingat..

orang kata" seorang hafiz/hafizah yang lupa akan hafalannya, berdosa"
tapi,
perlu kita ingat,
pahala orang yang menghafal Al-Quran ini bagaimana banyaknya tak dapat saya katakan..
hanya Allah yang menilainya..
jadi,
biasalah..manusia kan mudah lupa..
kalau lupa, biasalah tu, kita 'refresh' balik..
insyaAllah, hafalan kita lagi mantoppp!!

sebelum menghafal, baca mukasurat tu kalau boleh sebanyak 40kali..
supaya bacaan dan tajwid kita lancar dan baik..
jaga pemakanan, jaga penglihatan, jaga pendengaran dan jaga tingkah laku...

pesanan saya kepada hafiz/hafizah, mahupun yang baru berjinak-jinak:
"hafiz/hafizah itu bermaksud menjaga. jadi kalau boleh kepada hafiz/hafizah sekalian,
jaga diri kita, kerana kita ini dianggap sebagai pembawa agama..sekali buat salah, orang akan nampak dan akan mengata "Alah, orang yang hafal al-quran boleh buat, aku yang tak hafal lagilah boleh buat (buat benda2 berdosa).." Elakkan!"

Menjadi baik itu susah bukan??
kerana itulah tak ramai yang sanggup..
tapi yang susah itu yang Allah suka..
buat yang Allah suka, nescaya kita akan disukai Allah..

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

jadi tips ini harapnya boleh sedikit sebanyak membantu kalian..Jom!! Nak pergi mana??? Moh Le Kita Menghafal Al-Quran..=)

Apabila FB Menjadi Medium Remaja Kita..

Salam alaik semua..hari ini saya dah kembali normal setelah otak dah diperah-perah dan agak mereng dua tiga minggu ni akibat kekalutan esaimen..sekarang tengah prepare tuk final exam..fuhh lega semua dah hantar..alhamdulillah..tapi dalam kekalutan tu,ada juga la masa berFB setelah hampir berbulan-bulan 'deactived'..yahudi2!! macam2 permainan mereka buat..saya pun tak dapat tidak kena 'active'kan balik..sebabnya banyak sangat org guna FB untuk sampaikan maklumat..tak kira la sekolah kutan ke sekolah naim ke unikl ke maktab ke..uii semua guna FB..kata mereka jimat..jimat kredit..tak yah msg2 klau nak wat reunion..nak wat esaimen pun senang..chat je..hurmmmm..

tu satu hal..satu hal lagi, part ni yang paling paling paling saya tak faham..guna fb untuk menyatakan dia sudah berpunya a.k.a kes pak we mak we..kalau betul dah kawen tak pela..kalau yang sengaja buat kawen tapi tak letak nama dia kawen ngan sape2 lagi tak pe(hehe sbb saya yang buat)..tapi masalahnya gune fb nak cakapnya dia pak we org 2, dia ni mak we org ni...'in a relationship with (nama kekasih hati), engaged with (pengarang jantung),married with (intan payung)..masalah ni..taw la masing2 dah besar..dah ckup syarat klau nak wat nasi minyak..tapi saya minta tolong sangat-sangat..jangan la melampaui batas sampai panggil 'baby' la 'honey', 'abang','dear' 'sayang' la..then semua orang baca kat wall tu..

pelik juga la, dan kadang2 saya sendiri tak faham, baby??? tengok dah besar tapi kenapa panggil bayi..hmm panggilan manja la kot..tapi kalau panggilan tu untuk orang yang sudah berumah tangga nampak manisla..yang paling saya musykil org kawen tak buat camtu pun..yang baru je bercinta ni bagai nak rak berkomen kat wall..hurrmm pastu keluar kat home..semua org baca..

tak pasal2 org tak tahu pun jadi tahu..org yang tak bcinta pada mulanya pun nak bercinta juga..sebab nampak romantik la konon..dan elok2 dah ber'honey' 'sayang'..aik kuar plak status single..huhu pastu ramai la yg komen..

komen kalau membina tak pe..contoh; "ALLAH SAYANGKAN ....(nama), SEBAB DIA TAK NAK BAGI ...(nama) LALAI DARI-NYA"...alhamdulillah kalau ada orang bagi komen macam ni..pling kurang dapat juga la pahala klau dia insaf..al-masalah problemnya tak macam tu, kalau ada pun berapa kerat la sangat..komen2 yang pernah saya terbaca dan membaca dan dibaca berbunyi begini "ala, rilex la, kumbang bukan sekor, bunga bukan sekuntum", "ilexla, ko tgok ramai ag yang cantik2 kat luo tu", "sabar ea, emm dia bukan yang terbaik utk awk..hmm saya kan ada??"...dan macam2 versi lagi..ni semua ayat2 yang mengajak kepada perbuatan maksiat..macam suruh org yang dah putus tu untuk 'kapel' lagi skali..tak pasal2 dengan dia dia sekali dapat saham..

Jadi kalau ada yang terlibat dengan benda2 macam ni..insaflah..kalau dah kawen nanti buatla apa pun..nak komen kat wall ke, nak cat wall ke cat home ke.. buatlah..tapi kalau blum ade apa2 ikatan yang sah, tolong kesian kat kami yang tak kawen lagi ni hehe..

nukilan ni sekadar mengingatkan diri sendiri..jangan trasa pula....tapi kalau ada yang trasa dan datang keinsafan nak berubah ke arah yang lebih baik..alhamdulillah.. saya amat mendoakan semoga kawan2 dapat berbahagia dengan yang dicintai dengan cara halal..bukan saya kata tak boleh..tapi biar kena dengan cara kita orang islam..buatlah dengan menggunakan cara halal yang islam gariskan..baru SWEETTT...ok?

k..pergi dulu.."jangan biarkan hidup anda diselubungi maksiat"..nau'zubillah min zalik...peace without maksiat~ \(",)/



Tazkirah Ringkas Buat Muslimat IPGKTAA



Pada pagi yang cukup sejuk dan permai,hampir 20 orang lebih muslimat bertandang untuk sama-sama menghidupkan malam tersebut dengan Qiamulail... mereka ini Alhamdulillah golongan-golongan yang terpilih.. sementara menunggu waktu subuh, aku diamanahkan untuk memberi sedikit tazkirah ringkas bagi mengisi kekosongan masa itu.. Tajuknya mengenai tanda-tanda kecil Kiamat. Aku cukup yakin bahawa semua sudah maklum tentang hal ini. Namun berapa peratuskah yang ambil cakna? Aku sendiri pun terkadang lalai dan lupa akan semua ini..Oleh itu, aku rasa terpanggil untuk memanjangkan ilmu ini kepada kalian agar sama2 kita berkongsi sesuatu yang kita selalu dengar namun jarang sekali kita sampaikan..Segala tanda2 ini aku sertakan dengan hadis untuk mengesahkannya..Kalau kita perhatikan, seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


•Penaklukan Baitulmuqaddis

“Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

•Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

•Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

•Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

•Menghias masjid dan membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

•Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim”

•Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

•Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

•Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

•Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

•Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

•Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

•Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim



•Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad”

•Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

•Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari



•Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai


•Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

•Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


•Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.



•Orang akan melakukan homoseksual.



•Akan terdapat ramai anak luar nikah.- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)



•Berkurangnya sifat amanah



•Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)



•Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya



•Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya



•Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid



•Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik



•Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi


•Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

•Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...


•Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)



•Memandang rendah kepada darah

“Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”


•Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad”


•Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.”



•Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah”


•Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim


•Banyaknya berlaku gempa bumi

•Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan


•Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

•Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

•Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Jadi ingatlah wahai sahabat2ku sekalian, aku mahu sangat2 berpesan kepada para wanita, JAGA AURAT KAMU!! PAKAIAN KAMU!! aku tak sanggup Kamu Jadi Perhatian Lelaki2 Mata Keranjang..TOLONG SANGAT3..

Harap ILMU ini KITA BACA, KITA INGAT, KITA SEDAR dan KITA SAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN YANG TIDAK SEMPAT UNTUK MEMBACANYA Di sINI..
ilalliqa'

.::Aku Sekuntum Mawar::.


Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.
Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.


Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
Duri mawar itulah ditashbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...