BerkOnGsi RaSa dAN pEnGaLaMaN:::.

assalamualaikum ikhwan wa akhwat..
kaifa halukum??
InsyaAllah moga2 kalian baik2 saja..=)
berkongsi rasa dan pengalaman?? tentang apa ye??

ok, actually i wanna talk about my experience along the journey to become Hafizah..
it's not easy as ABC, right??
so, strive for it..

dalam proses menghafal macam2 boleh jadi..
saya pun terkadang putus asa juga..
rasa 'DOWN' sangat kalau tak dapat hafal dengan baik macam orang lain..

baiklah, di sini saya ingin berkongsi sikit2 pengalaman saya masa menghafal tu..

mula2 kena ada ustaz/ustazah yang memang hafiz/hafizah yang boleh bimbing bacaan dan hafalan kita..
carilah sebaik-baik tempat menghafal..

macam saya dulu, masa tingkatan 4 berjinak-jinak untuk belajar Qiraat..
tapi umi hantar kat kelas tahfiz..
jadi niat nak hafal Al-Quran tak ikhlas sangatlah (hehe jujur ni)
dah hafal satu juzuk rasa susah sangat untuk muraja'ah (ulang semula hafalan yang lepas2)
masa nak tasmi' (perdengarkan hafalan baru kepada ustaz/ustazah)saya tak kisah sangat tapi kalau dah masuk bab mengulang bacaan yang lepas2 ni..malas sikit (bukan sikit,banyak sebenarnya)

tapi al-maklumlah orang hafal kita hafal..
tambah2 pula ustaz garang..
pegang rotan..(tak pukul pun, gertak je)
takut juga la dengan ustaz..

oleh itu, dah rasa putus asa sangat..
minta pendapat akak2 yang dah hafal 30juzuk..
fuhh hebat sakan la mereka ni..
minda memang cerdas..

dah hafal satu juzuk setengah..
berhenti separuh jalan..
sekarang nak hafal balik..
rasa menyesal sangat dulu tak bersungguh-sungguh..
tapi tak mengapalah..

dalam bab ibadat ni tak pernah ada istilah 'terlambat sudaah'..
jadi jika kita dah mula sedar..
perbaikilah kesilapan semalam ,jadikan hari ini yang terbaik..
dan esok lebih baik daripada hari ini..

"no one can turn back to past and start a new beginning,
but everybody can start today and make a better ending."

Ingat tu!!!

masa nak hafal, jangan pejam mata, sebab mungkin kita akan lupa..
jadi nak hafal tu tengok sekeliling..
kalu tak ingat atau terlupa atau tertukar ayat atau rasa konfius, (btul ke ayat ni?)
terus rujuk al-Quran,jangan teruskan jika tak yakin..
takut nanti terbawa-bawa..
bak kata ustaz saya, ustaz zakaria,"elakkan dari tersekat-sekat masa menghafal, nanti susah. awak akan mengulanginya dalam solat dan susah nak ubah..."

hafal lah mengikut kemampuan masing2..
cadangan saya buat kalian,
hafal satu muka surat satu hari,
jadi dalam sebulan anda sudah menghafal 30 muka surat..

tapi kena ingat, hafal bukan sekadar hafal,
tajwid kena betul,
jaga hak setiap huruf,
makhrajnya...

lepas subuh hafal separuh muka surat, lepas maghrib hafal yang selebihnya..
InsyaAllah kita boleh..

dalam sehari ulang semula surah2@ juzuk yang lepas2..
tak nak bagi hafalan tu tertukar ayat atau tak ingat..

orang kata" seorang hafiz/hafizah yang lupa akan hafalannya, berdosa"
tapi,
perlu kita ingat,
pahala orang yang menghafal Al-Quran ini bagaimana banyaknya tak dapat saya katakan..
hanya Allah yang menilainya..
jadi,
biasalah..manusia kan mudah lupa..
kalau lupa, biasalah tu, kita 'refresh' balik..
insyaAllah, hafalan kita lagi mantoppp!!

sebelum menghafal, baca mukasurat tu kalau boleh sebanyak 40kali..
supaya bacaan dan tajwid kita lancar dan baik..
jaga pemakanan, jaga penglihatan, jaga pendengaran dan jaga tingkah laku...

pesanan saya kepada hafiz/hafizah, mahupun yang baru berjinak-jinak:
"hafiz/hafizah itu bermaksud menjaga. jadi kalau boleh kepada hafiz/hafizah sekalian,
jaga diri kita, kerana kita ini dianggap sebagai pembawa agama..sekali buat salah, orang akan nampak dan akan mengata "Alah, orang yang hafal al-quran boleh buat, aku yang tak hafal lagilah boleh buat (buat benda2 berdosa).." Elakkan!"

Menjadi baik itu susah bukan??
kerana itulah tak ramai yang sanggup..
tapi yang susah itu yang Allah suka..
buat yang Allah suka, nescaya kita akan disukai Allah..

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

jadi tips ini harapnya boleh sedikit sebanyak membantu kalian..Jom!! Nak pergi mana??? Moh Le Kita Menghafal Al-Quran..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan