Mungkin Catatan Terakhir

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Baru sara perasan dah lama Sara tidak berceloteh di sini. Sepanjang bulan ramadhan tahun ni, blog Sara agak sepi kan? (kalau ada yang perasan la). Allah, seriously sara memang tak berkesempatan. Kalau ada pun, sara memang nak taip, tapi sudah pudar minat untuk menulis di sini. Ramadhan kali ni banyak menguji. Allah, biarlah hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu. Namun, melihat 'dia' tabah, sara nak jadi tabah macam 'dia'. Walaupun sara tahu 'dia' lagi banyak bersabar dan sara tak mungkin setanding 'dia' tapi i'll try my best as possible as I can. 

Mungkin ini catatan terakhir Sara di sini. Tengoklah, kalau Sara ada nak create new blog ke kan. Tapi tak tahu la tu. Mula-mula ingat nak delete terus blog ni. Namun, apabila sara fikir-fikir semula, tak ada guna sara buat macam tu, blog ni banyak kenangannya. Jadi, Sara tak bercadang nak hapuskan semua sekali. Apabila Sara buka statistik, ada yang mengunjungi blog ini untuk dapatkan ilmu berdasarkan pencarian dengan Syeikh Google, Sara tak jadilah nak delete. Mana tahu, satu hari nanti, sara boleh sekadar mengintai kenangan lama di sini kan? Hehe

Jadi, maaf sangat-sangat kalau ada apa-apa yang sara nukilkan di sini mengguris hati mana-mana pihak. Sara sedaya mungkin cuba untuk tidak membuat sesiapa terguris hati dengan Sara. Maaf jika ada yang tidak disengajakan. SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengunjung blog ini.

Hari raya kali ini, terasa amat suram sekali dan ini mungkin HARI RAYA TERAKHIR SARA dot dot dot.

p/s : Terima kasih semua. Selamat Tinggal. Jazakallahukhairan kathira. Assalamualaikum. :'-(

Sara Assyahidah
29 Ogos 2011