..JODOH OH JODOH..




sebelum bicaraku disusun menjadi perkataan-perkataan yang kemudian menjadi ayat-ayat untuk mentafsirkan konsep jodoh dari aspek ISLAM dan diselit dengan pandanganku,, lebih senang kiranya jika aku menggunakan perkataan 'aku' dalam capaian ilmu ini..
kerana aku mahu berasa dekat dengan kalian..


JODOH OH JODOH..
ramai sekali yang menganggap kalau sebut jodoh mesti tak lain tak bukan bersangkut paut dengan cinta..
betul tak??
bak kata orang,,"kalau dah jodoh, tak ke mana"
pepatah ni memang sedia di hafal sebelum masuk ke bangku sekolah lagi..
kenapa?? sebab cinta, jodoh dan manusia itu adalah satu..
haha betulkah?? hmm hentam sajalah..


banyak yang mahu aku kongsi bersama kalian
-soal menahan diri drpd menyatakan cinta
-jodoh kita yg memang sudah ditetapkan oleh Allah
-solat sunat istikharah
-doa untuk orang yang bercinta
-dan panduan mencari calon isteri @ suami


~soal menahan diri daripada menyatakan cinta~
pernahkah kalian berasa teramat sayang,cinta dan kasih pada seseorang (cinta seorang kekasih)???
jika pernah,TAHNIAH!! Anda normal..
aku pun pernah mengalami perasaan seperti kalian jua..
SAYANG...
CINTA..
SUKA..
kerana semua itu begitu indah rasanya..
NAMUN!!!
aku TEKAD!!
cinta aku ini hanya pada yang halal bagiku dan aku halal baginya..
kerana cinta kpd seseorang yang tidak halal bagimu itu ibarat kita pandang sebuah permata tetapi kita dipenjara...hanya angan2 saja untuk mendapatkan permata itu..
kita punyalah bercita-cita nak dapatkan permata itu tapi kita tidak pernah sedar kita hanyalah banduan di penjara itu yang tidak mampu berbuat ape..
kerana tetap mahukan permata itu, kita berusaha lari dari penjara itu tanpa kebenaran dan kalau berjaya dapatlah permata itu dengan cara hina, tapi kalau tak dapat permata itu, memang kita seorang banduan yang mangulangi jenayah yang pernah kita buat dan tidak berguna...


::penjara=batas syariat
::permata= orang yang kita cinta
::banduan= status kita sebagai Hamba ALLah yang selalu melakukan dosa (kecil @ besar)
::jenayah= dosa


tapi aku juga BANDUAN...
tak salah jadi BANDUAN kan??
kerana aku mahu jadi BANDUAn yang sentiasa sedar di mana kedudukanku..
aku mahu jadi Banduan yang sentiasa tahu bahawa aku adalah insan yang berdosa..
aku mahu jadi banduan yang sentiasa mensucikan diri dan menjernihkan akhlakku..
aku mahu jadi Banduan yang mahu memperbaiki kesilapanku yang lalu..
dalam penjara tu, adalah tempat untuk aku sebagai banduan..
aku tahu kewujudan permata itu..
dan aku juga mahu memilikinya..
tapi bukan dengan cara kotor..
kerana aku tahu permata itu amat bernilai..
dan utk mendapatkan sesuatu yang bernilai itu bukannya mudah..
aku mesti bersabar dan sentiasa berdoa..
dan perlu mendidik diri ini dan menjadikan diriku secantik permata itu..
aku mahu memilikinya dengan cara yang murni..
dan semestinya..
permata itu ada pemiliknya kan??
jadi jika tiba hari aku sebagai banduan ini dibebaskan..
jika tuan permata itu memberinya kepadaku..
aku akan teramat bersyukur..
dan InsyaAllah menjaganya dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab..


aku mahu mencintainya dengan cara yang betul..
aku mahu jadi yang halal baginya dan dia halal bagiku..
pada waktu itu aku mahu serahkan belahan jiwa ini kepadanya..
aku mahu jadi yang paling cantik untuknya..
aku mahu jadi pecinta yang penuh rasa tanggungjawab..
AKU AMANAH ALLAH baginya..
oleh itu aku perlu pastikan bahawa dia menjaga amanahnya dengan baik..
kerana apa??
kerana cinta..
kerana dia JODOH ku..
jadi aku tidak mahu dia malu di hadapan ALLAH kerana mengabaikanku..
aku tidak mahu dia berdosa..
INSYALLAH..
moga2 dia golongan yang beriman yang sedikit pun tidak pernah lari dari tanggungjawabnya..


"Adapun cinta yang murni yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahwa orang yang mencintai seseorang lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala, sebagaimana akan dijelaskan dalam ucapan kami dalam bab ‘Rindu’. Dan dalam keadaan yang mutlak, sesungguhnya yang paling selamat yaitu menjauhi semua sebab-sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta, dan menghantarkan pada bahaya-bahaya yang banyak, namun sangat sedikit mereka yang selamat."
[dipetik dari http://www.menikahsunnah.wordpress.com]


AKU CINTA PADANYA..DAN MAHU AKU KHABARKAN CINTA INI HANYA KEPADA ALLAH BAHAWA AKU AMAT MENYINTAI DIRINYA YANG JUA MENCINTAI MU ( YA ALLAH ) dan AKU MAHU AKU DAN DIA SYAHID HANYA DI JALANMU KERANA TIDAK ADA SEBAIK-BAIK KEMATIAN SELAIN SYAHID...
(dipetik daripada kata hati penulis blog ini)


~jodoh kita yang memang sudah ditetapkan~


betulkah jodoh kita ni sudah ditetapkan Allah untuk kita??
jawapanya: YA..


habis tu, kita tak ada pilihanlah nak pilih jodoh kita??
jawapannya: YA, kita memang tak boleh tentukan jodoh kita..kerana itu rahsia ALLAH yang bukan daya kita untuk mengubahnya..
TAPI...kita boleh ubah diri kita..
jadikan diri kita insan yang soleh/ solehah..
dan tentu sekali pasangan yang Allah jodohkan untuk kita juga akan berusaha untuk menjadikan dirinya soleh/solehah..


Surah al-Nahl(72):
Allah menjadikan bagi kamu isteri- isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak- anak dan cucu-cucu serta memberimu rezeki yang baik- baik.


kita kan perlu berusaha untuk dapatkan jodoh. macam mana nak dapat jodoh yang baik tanpa kita memberitahunya tentang perasaan kita?? silap hari bulan,, MELEPAS!!
melepaslah orang yang baik tu utk orang lain..

jawapan: YA..memang kita perlu berusaha..berdoalah dan berusaha untuk jadi yang terbaik bukan dengan cara kita meluahkan perasaan kita kepadanya dan itu kita katakan sebagai usaha? tidak!!
gunakan cara yang halal..lamarlah dia dan mintalah restu ibubapanya dahulu..kemudian sesudah melakukan istikharah, jika dia pilihan kita,, nikahilah dia dan nyatakanlah perasaan cinta yang membuak- buak itu kepadanya..pada waktu itu, kalian akan berasa NIKMATNYA cinta yang HALAL itu..


emm..lambat lagilah nampak gayanya nak bercinta kalau macam tu..nak kena minta restu ibubapa dulu dan banyaknya halangan..leceh betul!! hish,,tahu tak kalau nak jumpa ibu bapa si dia, poket mestilah penuh, ingat kalau minta dengan air liur, mak ayah dia senang- senang nak bagi??
jawapan: tahu pun..hehe kalau macam tu, belajar dan penuhkan dahulu ilmu di dada, dan kalau dah kerja nanti,kita lamarlah dia..kerja itu penting, dan daripada rezeki yang halal itulah yang akan membawa kepada kebahagiaan dalam hidup..bagi aku, kalau seseorang itu sudah bersiap siaga untuk melamar kita dengan berjumpa ibu bapa, itu merupakan satu langkah yang baik..tidak perlu kita pelik jika yang melamar itu perempuan dan yang dilamar itu lelaki kerana langsung tidak menjadi kesalahan bagi seorang wanita yang pergi melamar seorang lelaki, hanya adat kita sahaja yang mempersoalkannya..jadi jika kita golongan yang rasional,lamarlah dia jika sudah terang lagi ber'torchlight' bahawasanya dia pilihan hati kita..jaga batas!! jadikan ibupanya perantara antara kita dengan si dia sebelum kahwin walaupun ibubapanya dan ibubapa kita sudah memberi restu..dan kalau lamaran itu ditolak, janganlah malu dan bersedih pula, kerana Allah tidak pernah mungkir pada janji..ada calon yang lebih kenal HATI kita dan Allah mahu jodohkan kita dengan dia..sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah:216:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu"
dan jika lamaran diterima, maka berbahagialah dan bersyukurlah..kerana Allah telah berfirman dalam surah Ar Rum : 21:


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang"


.................................bersambung..................................


"JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGAMU"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan