wArkah CiNta bErNaMa waSiat Fauzan Attar


[warkah ini dikirim oleh Fauzan Attar kepada Zahratul Jamilah melalui sahabatnya, Malik sebelum dia dikhabarkan syahid dalam peperangan]


Aduhai kekasihku! Abang bwasiat kpd adik untuk adik jaga baik-baik wasiat itu, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda yang menjadi ciri khasnya: melakukan solat, berpuasa dan berzakat. Bagi orang munafik ada pula 3 tanda- tandanya: pura- pura sayang apabila berhadapan, menfitnah di belakang dan girang apabila org lain mdpt musibah. Bagi orang zalim ada pula 3 ciri: menggagahi orang bawahannya dengan kederhakaan, dan melahirkan kezalimannya dengan terang- terangan. Bagi orang riyak ada 3 tandanya: rajin apabila dia berada di hadapan mata orang ramai, malas apabila sendirian, dan ingin dipuji untuk semua perkara. Bagi orang malas ada 3 tanda: menunda-nunda waktu sampai sia- sia, mensia- siakan kesempatan sampai luput, dan melalaikannya sampai berdosa. Dan yang tidak pantas bagi orang yang berakal, bahawa dia menonjolkan dirinya kecuali pada 3 perkara: berusaha untuk penghidupan, atau mencari hiburan dalam satu prkara yang tidak terlarang, atau mengenangkan hari akhirat.

Wahai adikku! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan, tidak ada harta yang paling berharga daripada aqal, tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (kagum kepada diri sendiri), tidak ada kekuatan yang lebih kuat daripada musyawarah, tidak ada iman yang lebih dekat daripada keyakinan, tidak ada warak yang lebih baik daripada menahan diri, tidak ada keindahan seindah budi pekerti dan tidak ada ibadah yang mlebihi tafakur.Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riyak, penyakit kaya adalah kikir dan penyakit agama adalah hawa nafsu. 

Wahai kekasihku, jika engkau disanjung orang, maka bacalah kalimat ini :
"Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan! Ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, dan janganlah aku diseksa tentang apa-apa yang mereka telah ucapkan.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan