Ramadhan dan Kepulangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥



"Dari akhir bulan Mei hingga hampir penghujung Julai, Sara meninggalkan blog tanpa sebarang tulisan. Bukan  tak nak menulis tapi..." Aish, dah dah. Paling tak suka terlalu formal. Dah tak tulis kan, nak panjang-panjang pula. Kata blog berhabuk lah apa lah kan. Padahal tak berhabuk pun. Baik-baik saja. Hehe

Sahabat-sahabat, kaifa halukum? Semoga sihat alhamdulillah. Hari ini hari kedua Ramadhan. Sekarang, Sara menulis tepat pada pukul 1.26 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah masih lagi Allah memberi izin roh ini bercantum dengan jasadnya lalu dapat jua Sara bersua Ramadhan 1433 Hijrah. Sahabat-sahabat jom kita angkat tangan sekejap, berdoa moga Allah memilih kita menjadi hamba yang paling baik amalannya. Titiskanlah air mata kesayuan sahabat-sahabat kerana Allah masih menetapkan nama kita untuk terus berdiri di muka bumi Allah bertemu pula Ramadhan yang Mulia. Kautlah keuntungan yang sebenar-benarnya dengan sungguh-sungguh. Ada seorang sahabat Sara, ibunya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Innalillahi waiina ilaihi raji'un. Lihat, jika kita masih angkuh dan tidak bersyukur maka kita manusia yang benar-benar rugi. Allah bagi kesempatan, tapi kita sia-siakan. Allahurabbi. Dahsyatnya. Nauzubillahiminzalik!

Sahabat-sahabat, sekarang hampir 1.42 pagi, Sara sudah mula rasa mengantuk. Ada beberapa jam lagi untuk bangun bersahur terus waktu 'date' dengan Allah. Sentiasa Sara ingat seorang sahabat Sara ini, katanya insya-Allah bulan Julai, dia akan pulang dari perantauan. Tidak pasti samada sudah sampai atau belum. Tapi insya-Allah, mudah-mudahan sahabat Sara ini selamat sampai ke bumi Kelantan dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Moga sahabat Sara ini sentiasa dalam lindungan Allah Yang Maha Hafiz.

p/s : Kurangkan tidur banyakan solat. Kurangkan bercakap banyakan berzikir. Kurangkan berkhayal banyakan doa. Kurangkan makan banyakan derma. Hapuskan dendam tingkatkan sabar. Hapuskan maksiat  tingkatkan amal!


Sara Assyahidah
2 Ramadhan 1433 H
22 Julai 2012 (Ahad)
1.59 pagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan