1 Ramadhan 1411 Hijrah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥

Alhamdulillah malam ini malam ketiga Ramadhan bermakna tiga malam sudah kita bertarawih. Syukur atas nikmat sihat yang Allah bagi. Sebut sahaja 3 Ramadhan jangan kita lupa akan peristiwa yang besar berlaku pada tarikh ini iaitu hari pemergian Saidatina Fatimah Azzahra r.anha, puteri kesayangan Rasulullah sollallahualaihi wasohbihi wasallam. Al-fatihah.

Tapi sekejap, kenapa tajuk 1 Ramadhan? 1411 Hijrah pula tu? Sebenarnya tarikh ini tarikh penting bagi umat Islam lebih-lebih lagi Sara. Setiap kali Sara bertemu 1 Ramadhan, ia bukan tarikh yang biasa. Sarat dengan hikmah dan karomah. Sara bersyukur kerana apabila bertemunya 1 Ramadhan 1433 Hijrah dua hari yang lepas, hal ini bermakna usia Sara sudah mencapai 22 tahun mengikut kalendar Islam. Wah, sudah 22 kali Ramadhan jugalah Sara sudah tempuh! Syukran lillah!




Sara masih ingat lagi Umi bercerita masa nak lahirkan seorang budak nakal bernama Norsara ni, hari tu hari pertama puasa. Kesian Sara kat Umi. Jenuh juga Umi perlu ganti puasa. Sebulan tu! Itu bab puasa, bab raya pula, Umi kena berpantang dari menikmati juadah yang sedap-sedap. Allah, inilah dia pengorbanan seorang ibu! Ya Allah, rindunya pada Umi. Tersangat rindu hanya Allah yang tahu! T_T

Sahabat-sahabat, sepanjang Ramadhan ini, apa khabar tarawih kita? Tahajjud kita? Hafalan Al-Quran kita? Dhuha kita? Allah. Marilah sama-sama kita berazam untuk tidak meninggalkan barang sekalipun ibadah-ibadah sunat yang benar-benar dituntut. Untuk ibadah wajib, itu tidak perlu dihurai panjang. Masing-masing sudah maklum hukumnya kan. Bertitik tolak dengan Ramadhan kali ini, kita perkemaskan yang wajib perbanyakan yang sunat! Boleh? Insya-Allah! Hehe semangat! 

Dah, dah. Tak payah nak tulis panjang-panjang ganggu masa pembaca nak bertadarus al-quran pula. Maaf buk! Hehe maaf ganggu. Ilaliqo' sahabat-sahabat.

p/s : Belum tentu Sara dapat bersua lagi dengan tarikh istimewa ini lagi kan. Belum tentu lagi kita dapat menjemput 1 Ramadhan tahun hadapan. Allah, Allahu Ya Allah! (Sebak rasa)


Sara Assyahidah
3 Ramadhan 1433 H
23 Julai 2012 (Ahad)
0.33 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan