Kem Smart Solat

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt

Janji dikata mesti dikota. Setuju ? Hehe kalau Sara, Sara setuju. Baiklah hari tu Sara ada janji nak berkongsi cerita tentang Kem Smart Solat 23 Julai baru ni. Untuk kem ni, Sara tak ada banyak gambar pun, sebab tak sempat langsung nak ambil gambar. Jadualnya agak padat. Waktu senggang yang ada, kami selaku pemudah cara perlu berbincang untuk aktiviti seterusnya. Kem ni sehari sahaja. Macam biasa masjid yang agak terkenal di seantero Lipis menjadi pilihan. Mosque Of Tempoyang. (Ingat lagi tak entri hari tu ? Hehe )



Pagi itu, sementara adik-adik comel yang soleh/ solehah mendaftarkan diri, kami berkumpul terlebih dahulu di dalam masjid untuk taklimat oleh Ketua Fasilitator, Kak Ain. Kak Ain menanyakan pendapat daripada kami untuk aktiviti-aktiviti yang nak dibuat. Sara seperti biasa buat muka ala-ala Doraemon. Tak membantu apa-apa pun dengan muka sedemikian rupa. Selepas itu, Kak Ain mengeluarkan bungkusan putih. Dia keluarkan sesuatu dari bungkusan tu. Jeng, jeng, jeng !


Bateri dan mentol. Agak-agaklah, kami nak buat apa? Betul, betul, betul ! Kami nak nyalakan mentol. Bab ni memang Sara minat sangat. Dengan rakusnya, Sara cuba untuk menyalakan mentol tu. Dan akhirnya, menyala ! ( Eleh perasan lebih pula Mek Sara ni).


Untunglah adik-adik dalam gambar ni. Ibubapa adik-adik ada kesedaran peringkat awal lagi. Tahniah kepada ibubapa yang perihatin. Moga Allah redha ibubapa adik-adik sekalian. Amin. Cemburu sungguh dengan adik-adik ni. :-(


Kami dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan dan adik-adik yang ada dalam gambar di atas ini dalam pengawasan Ustazah Cikgu Sara. Hehe. Maka bermulalah kes buli ke atas mereka. Mula-mula, Sara buat muka ayu lah kononnya semasa memperkenalkan diri. Nampaknya, keayuan Sara tidak memberi makna apa-apa. (Ayu ? Erk :-P) Mereka macam tak tertarik pun. Macam mengantuk pun ada. Lalu Sara pun terpaksa berbalik kepada Sara yang asal. Seorang yang gila-gila. Hasilnya menakjubkan ! Rupa-rupanya mereka sukakan watak Sara yang macam ni daripada yang penuh dengan kepura-puraan tadi. Hehe (Alamak ! Kalau macam ni, bilalah aku nak jadi ayu)

Antara pengisiannya, ajar mereka berwudhuk, cara mengambil wudhuk yang betul, niat, baca doa selepas berwudhuk dan serba serbi tentang wudhuk.  Lepas wudhuk, buat amali solat. Ajar mereka tentang rukun solat. Bacaan solat yang betul. Qunut dan tahyat akhir yang paling perlu diberi penekanan kerana masih ramai lagi yang tak tahu dan tak ingat.

Kalau ada kesalahan, contohnya jari kaki tidak menghadap kiblat semasa sujud atau jari kaki kanan tidak menghadap kiblat semasa duduk antara dua sujud, maka kami perbetulkan. Walaupun memang susah, tapi adik-adik kena cuba. Alah bisa tegal biasa. Moga adik-adik istiqamah ya selepas kem ini.;-)



Selepas seharian beraktiviti bersama adik-adik. Melayan karenah adik-adik yang melucukan. Dengan tidak pernah jemu minta Cikgu bercerita. Tapi sebab banyak sangat cerita yang adik-adik minta, jadi Cikgu bercerita setakat yang cikgu mampu. Setelah bersalaman dan diserbu untuk dapatkan nombor telefon, kem seharian berakhir. Hati mana yang tak sedih. Adik-adik yang cikgu sayang, jaga solat tau. :'-(



Terima kasih adik-adik kerana sampai sekarang adik-adik sudi berhubung. Kalau adik-adik sayang cikgu, cikgu lagi sayangkan kamu. Alhamdulillah. (Sebak sudah bermula). Adik-adik yang tak berdosa ni tolong doakan cikgu ya. Insya-Allah doa adik-adik tiada hijab dan terus sampai kepada Rabb. :-)

p/s : Pembaca tolong doakan agar Allah istiqamahkan jiwa mereka dengan solat ya. Insya-Allah Kem Anak Bijak Solat bersama Imam Muda Hizbur akan menyusul untuk entri akan datang. (^__^)


 Sara Assyahidah
16 November 2011 (Rabu)
4.09 petang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan