Doktor Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Masa kecil-kecil dulu, cikgu selalu tanya "Kalau dah besar nanti nak jadi apa ?". Lalu dengan muka tak malu dan riaknya, Sara menjawab "Nak jadi doktor!!!!". Berdasarkan tanda seru, memang betul-betul nak jadi doktor ni. Siang malam memang melekat dengan TV buku. Keputusan UPSR, berjaya ! Dalam hati, memang sah jadi doktor ni. Masuk sekolah menengah, PMR pula. Tidur, tidur dan tidur Belajar, belajar, dan belajar. PMR, berjaya ! Dalam hati, memang jamin jadi doktor nanti ! Tak percaya, tengoklah. Selepas PMR, SPM pula. 12 Mata pelajaran ? Tak mengapa, dalam hati 'doktor...doktor....doktor...' Maka berusahalah dengan penuh main-main bersungguh-sungguh. SPM dah dekat. Detik-detik terakhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, memang tumpukan separuh sepenuh perhatian kepada pelajaran. Dalam kepala ni, "doktor..doktor..doktor". Keluar dewan peperiksaan, Sara memang penat. Mana tidaknya, asyik berlatih menembak dan memanah sahaja. Walaupun begitu, doktor, doktor, doktor ! Setelah keputusan SPM keluar, hati berkata lagi, "Tak mengapa Sara, nanti masuk Matrikulasi. Belajar betul-betul. Doktor, doktor, doktor !" Dapat UniKL, masuk UniKL. Tawaran matrikulasi Sara tolak mentah-mentah. Dush ! (Memang poyo). Di UniKL, Sara memang belajar betul-betul. Tak tipu langsung. Memang separuh nyawa belajar. Akhirnya. . . . .




jadi cikgu di Institut Pendidikan Guru !


p/s : Tak semestinya apa yang kita nak itu kita dapat. Tak semestinya apa yang kita dapat itu yang kita nak. Kadangkala kita terlalu sedih kerana sesuatu perkara yang tidak diingini menimpa diri kita, tapi apabila tiba satu ketika, perkara itu sebenarnya yang kita mahukan. Allah itu Maha Tahu. Doakan Sara, esok kertas terakhir untuk peperiksaan semester ini.  (^______^)


Sara Assyahidah
16 November 2011 (Rabu)
10.56 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan