Nikmat Bertemu Muhammad Ibni Abdillah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥


Allah, hampir sebulan lebih Sara tak berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat kan? Alhamdulillah hari ini Allah izinkan. Sara dah berniat, kalau habis puasa 6 baru boleh menulis semula di blog, alhamdulillah Allah permudahkan dengan kudrat yang Allah bagi. Hehe Sara akan karang esei yang sangat panjang untuk catatan kali ini. Jadi, sebelum itu, jom kita layan lagu Balada 90-an, Bila Diri Disayangi dari Ukay's :

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Eh, Sara pun layan juga kah lagu-lagu seperti ini ? Jawapan Sara, ya layan. Kalau sahabat-sahabat nak tahu, Sara suka dengar lagu zaman dulu dan alhamdulillah Allah selamatkan Sara dari meminat Kpop Kcok. Antara penyanyi yang Sara suka dengar lagu mereka iaitu  P.Ramlee, Zamani (SLAM), Alleycats, Sudirman, M. Nasir dan Nash (Lefthanded). Wah, boleh tahan!

Itu baru sikit, ramai lagi yang Sara minat tapi yang di atas kira yang 10 teratas, itu belum lagi senarai lagu-lagu. Sara suka lagu-lagu lama sebab lagunya ada makna tersirat seperti lagu Ukay's di atas, itu lagu ketuhanan. Lagi bagus daripada dengar nasyid yang membingitkan. Sara kurang minat sikit nasyid ini. Bukan apa, terlalu 'jiwang' dan nasyid sekarang pun makin menyakitkan telinga. Raihan dan Qasidah sahaja yang tetap dihati. Yang lain, pilih-pilih lagu juga lah.

Orang kata ' Alah better dengar Quran sahaja lah Sara.' Betul, tapi kadang-kadang tiba-tiba sahaja nak layan lagu-lagu lama. Bukan selalu. Tak apa kan? Hehe dengar sekadar hiburan. ^_^

Baik, sekarang jom kita dengar Qasidah pula. Ya Toiyba (Wahai Penyembuh). Dengar Qasidah Ya Toyba ini teringat perkhemahan minggu lepas. Sekarang kulit Sara makin gelap hasil perkhemahan 4 hari 3 malam itu. Jadi kalau terserempak dengan Sara malam-malam, jangan buat-buat tak nampak ok ? Perkhemahan ini wajib untuk semua bakal guru. Wajib kan terpaksalah pergi walaupun tak suka. Alhamdulillah dah lepas! Untuk malam kebudayaan semasa perkhemahan tempoh hari, alhamdulillah Allah izinkan Sara untuk mendeklamasikan sajak di depan hadirin. Jika di SMKA Naim Lilbanat dulu, Sara menjadi wakil pendeklamasi sajak untuk sajak-sajak patriotik sahaja yang dihasil oleh guru pembimbing. Sekarang, dengan izin Allah, Sara mampu mengarang sendiri sajak dan mendeklamasikannya. Jadi untuk malam kebudayaan itu, Sara mengarang sebuah sajak yang menceritakan secara sinopsis kepada kisah benar tentang mimpi bertemu insan yang paling kurindu.

Rindu Rasulullah hari ini makin menebal. Kalau wanita masa kini tak sabar-sabar nak tahu siapa rusuk kiri mereka, Sara secara jujurnya, tak sabar-sabar nak berjumpa Rasulullah s.a.w. Kalaulah nak berjumpa Rasulullah s.a.w setiap hari terpaksa diganti dengan ditarik nikmat berpasangan, dengan izin Allah sara sanggup. Sara tidak kisah asal Habibullah kasih dan sayang dengan diri ini. Allahumma solli a'la Muhammad.



Nikmat bertemu dengan Rasulullah s.a.w di dalam mimpi beberapa bulan lalu, masih lagi terbayang-bayang.  Hadir baginda dalam mimpi dengan pakaian yang serba putih buat Sara sebak hatta semasa sedang menulis sekarang ini pun air mata yang masih lagi bergenang. Rindunya kepada nabi. Allah. Di dalam mimpi itu, Sara sedang duduk dalam sebuah masjid. Kemudian Sara berpaling dan melihat seorang lelaki berpakaian serba putih sangat bercahaya sehingga Sara tidak dapat melihat wajahnya. Kemudian Sara mendengar ada yang memberitahu ' Itu Rasulullah.' Kemudian, Sara bingkas bangun berlari ke arah baginda. Tapi belum sempat sampai kepada baginda, Sara terjaga. Allah, Sara terus menangis dengan tangisan sendu sedan kerana belum sempat melihat wajah Rasulullah s.a.w walaupun masa itu Rasulullah s.a.w amat dekat. Mungkin sebab dosa yang terlalu banyak. Allah. Sahabat-sahabat tolong doakan Sara sempat bertemu dan melihat wajah Rasulullah s.a.w sebelum ajal menjemput. Kita saling mendoakan ya. 


قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

سَمُّوا بِاسْمِي، وَلَا تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، وَمَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ، فَقَدْ رَآنِي، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ فِي صُورَتِي، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw : “Berilah nama-nama kalian dengan namaku, dan jangan memakai gelar seperti gelarku, dan barangsiapa bermimpikan aku dalam tidurnya sungguh ia telah melihat aku, maka sungguh syaitan tidak mampu menyerupai diriku, dan barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaknya ia bersiap akan tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Ada orang kata, ini semua fitnah akhir zaman. Manalah orang macam kita mampu untuk bertemu nabi. Adik-adik, kakak-kakak, dan abang-abang, jika kita belum sempat bertemu nabi di dalam mimpi, maka ada baiknya kita tidak menuduh ini semua fitnah. Jika Sara berbohong maka azab Allah itu amat pedih. Jika anda diziinkan, tentu anda akan menangis barangkali lebih hebat daripada Sara. Sara mohon jika ada dalam kalangan sahabat-sahabat yang pernah mengalami perkara yang sama, sudilah kiranya berkongsi dengan Sara di sini.

p/s : Nikmat bertemu dengan kekasih Allah ini tidak akan dapat dirasai selagi dia belum mengalami. Jadi, kita sama-samalah bercita-cita untuk mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.  Allahumma ameen. Sollu alanNabiy!


Sara Assyahidah
15 Syawal 1433 H
2 September 2012 (Ahad)
2.07 pagi

3 ulasan:

  1. wa enti kaman ya habibati, syaheeda. Barakallahu fik. ^__^

    BalasPadam
  2. Sungguh saya menangis hebat membaca ini, terimakasih....salam dari Kota Martapura Kalimantan Selatan Indonesia

    BalasPadam