Saya dan Gadis Cina


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥




Berminat dengan Islam

Malam jumaat kelmarin, hampir sejam setengah memberi pencerahan kepada seorang gadis cina comel molek tentang Islam. Banyak juga yang dia tanya. Fasal hari raya puasa dengan hari raya haji, mana lagi penting? Apa beza? Solat berapa kali? Akak tak panas kah pakai tudung? Lepas tu pakai baju labuh sampai ke lengan dan tutup sampai ke buku lali, tak panas ke akak? Masih saya ingat kali kedua kami bertemu, masa kami tengah berbual-bual, dia bertanya saya menjawab. Soalan yang dia kemukakan perihal subjek sejarah, iaitu subjek major bagi saya manakala minor bagi dia, azan maghrib berkemundang di luar bilik. Saya terpaksa beritahu dia "Sheirly, akak kena solat maghrib dulu ni. Akak nak pergi surau. Nanti kalau Sheirly ada apa-apa yang nak tanya, Sheirly datang lagi ke bilik akak pukul 9.30 malam ini, boleh?' 

Nak tahu Sheirly jawab apa?  Haa jangan terkejut. Mula-mula dia tanya soalan macam mana saya pergi surau. Saya pun jawab serba sedikit. Selepas itu dia kata "Oh, saya pun nak belajar juga dengan akak macam mana orang Islam sembahyang." Terkejut kan! Saya berdoa waktu itu semoga Allah kurniakan dia nikmat Iman dan Islam.

Allah, hidayah Allah barangkali, Insya-Allah. Hari ini dia datang ke bilik, tanya soal hari raya pula. Macam-macam lah Sheirly. Dia pernah cerita : Hari itu ada kawan muslim lain yang bertanya, " Sheirly, you tak nak ke masuk Islam?" Dia jawab " Ei, tak nak lah saya. Nanti bajet saya tak cukup. Kena beli tudunglah, baju labuh-labuh lah. Mati saya!"

Hehe lucu Sheirly ini, dia nampak mata saya hari itu agak kuyu, "Akak, akak nampak letih. Akak berehatlah." Sambil tersenyum saya menjawab "Tak apa Sheirly, akak tak letih. Biasalah kalau mata macam ini". Masa dia hampir pulang, dia peluk belakang saya, "Akak, akak berehat ya." Allah, orang Melayu Islam yang saya baru kenal pun tak macam itu, dia Kristian tapi bagus dan teruja nak tahu tentang Islam. 

Mungkin Sheirly bakal mengikut jejak langkah 
Loo Jo Yee Binti Abdullah

Doa

Sahabat-sahabat tolong doakan Saudari Sheirly, junior saya ini memeluk Islam. Saya sedang mencuba. Minta sahabat-sahabat doakan ya. :D

p/s : Sahabat-sahabat, saya belum cukup kredibiliti untuk pimpin orang lain. Tapi kalau saya tidak mulakan, apa yang akan berlaku kepada mereka ini? Mohon Allah jadikan kita asbab untuk hidayah Allah itu turun kepada orang tersebut.



Sara Assyahidah
14 Zulkaedah 1433 H
30 September 2012 (Ahad)
3.29 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan