Lepaskanlah Merpati Itu

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥

♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥

♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥




Kisah Merpati


Pada zaman dahulu, terdapat seorang gadis biasa yang tinggal di kota. Gadis itu bernama Solehah. Pada suatu hari, Solehah tidak menduga, walaupun di kota, ada merpati yang sanggup singgah di kediamannya. Pelik. Kenapa bukan orang lain? Pertemuan itu kan jodoh dari Allah. Pertemuan dengan merpati ini pun sama. Aturan Allah. Walau baru sahaja Merpati itu singgah, tapi keserasian antara mereka makin bertambah hari demi hari. Suatu hari Merpati terbang jauh mencari makanan. Sepanjang kepergian Merpati, si Solehah ini berasa sangat bimbang lebih-lebih lagi apabila mendapat khabar tempat tujuan merpati itu dilanda ribut taufan. Namun alhamdulillah merpati itu tiba di kediaman Solehah tanpa sebarang kecederaan mahupun luka. Setelah bulan berganti bulan, merpati itu terbang lagi. Dan sekali lagi dia pulang. Baik-baik sahaja. Namun kali ini, merpati itu sepertinya bukan merpati yang Solehah kenal pada awalnya. Bertanya Solehah kepada merpati putih yang bermuram durja itu,

"Wahai merpati, apakah yang menyebabkan kamu bermuram sahaja? Apakah aku telah berbuat apa-apa kesalahan yang telah menyinggung perasaanmu?"

Merpati mengeleng. Wajahnya masih mencuka. Masam dan menjawab pertanyaan si gadis bernama Solehah ini acuh tidak acuh. Si gadis Solehah ini mula bermonolog, "Apakah dia mahu pulang semula ke kampung halamannya. Mungkin dia berkunjung ke sini untuk bermain-main di waktu senggang. Baiklah merpati. Melalui jawapanmu itu, maka Allah seolah-olah memberi isyarat kepadaku"

Hati Solehah terus berdoa, 'Wahai Allah, hantarlah merpati ini pulang pada asalnya.' Tanpa memandang kepada Solehah, merpati itu terbang dengan sayapnya yang gagah itu. 

"Pergilah merpati andai itu yang membahagiakanmu. Hari ini, aku lepaskan kamu."

Solehah memandang ke langit nan biru. Air mata tabah mengalir hebat dipipi Solehah. 


Kaitan

Apa macam sahabat-sahabat? Ambillah cerita ini. Boleh buat set induksi guna teknik bercerita. Hehe al-maklumlah nak praktikal tahun depan kan. Kena pandai buat cerita-cerita baru yang murid tidak biasa dengar. Nilai :

"Apa pun ujian yang engkau alami, ingatlah Allah sedang berbicara denganmu erti sabar. Sabar separuh daripada iman"

"We could never learn to be brave and patient if there were only joy in the world"
Kita tidak akan pernah belajar untuk menjadi berani dan sabar jika yang kita temukan di dunia ini hanyalah sukacita. 
-Helen Keller- 


p/s : Doakan praktikal saya dipermudahkan tahun depan. Berdebar rasa nak berdepan dengan alam realiti sekolah.

Sara Assyahidah
14 Zulkaedah 1433 H
30 September 2012 (Ahad)
3.31 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan