Jumpa Sizuka

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Apakah rancangan kartun yang paling pembaca minat semasa kecil dulu? Dragonball? Doraemon? Cardcaptor Sakura? Naruto? atau lain-lain..

Kalau anda minat Doraemon, maknanya kita sama. Hari Ahad lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan, Sara jumpa Sizuka! Ala Sizuka dalam cerita kartun Doraemon tu. Ramai yang cakap tak sama. Tapi bagi Sara, dialah Sizuka! Sama. 

Sizuka Minamoto dalam cerita Doraemon
Ini Shuhada, Sizuka yang Sara maksudkan.

Sama tak agak-agak? Sara tanya siapa nama dia. Dia dengan mesra menjawab namanya Shuhada. Nama pun nak hampir dengan Sizuka. Tapi apa-apa pun, adik Shuhada lagi comel dan nama Shuhada jauh lebih baik maknanya.


p/s: Semoga kita jumpa lagi ya Sizuka, eh silap silap, Shuhada. Hehe ^___^

Sara Assyahidah
22 November 2011 (Selasa)
11.40 malam


2 ulasan:

  1. comelnye shuhada . :)

    BalasPadam
  2. Mio-kUn : sangat comel. I really miss to meet her again. tapi tak tahu nak jumpa kat mane dah. hehe :D

    BalasPadam