Siapa yang patut dipilih?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Angin di luar sana bukan lagi sepoi-sepoi bahasa. Malah hujan yang semakin menebal menyejukkan suasana di petang ini. Pada ketika ini, ingin sara mengajak saudara saudari membaca sedikit bingkisan daripada Sara yang mungkin hampir sama dengan idea daripada sesetengah pihak. InsyaAllah sama-sama lapangkan masa ya.

SIAPA YANG PATUT DIPILIH??

Jika kamu seorang lelaki, atas dasar apakah dapat kami memilihmu sebagai IMAM kami?? Ingatlah kami bukan mencari pilihan hati atas rupa parasmu dan fizikalmu serta harta bendamu tetapi pada murni rohanimu. Kamu cantik apabila:-

1) Kamu mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Kamu sedia menerima segala teguran.

3) Kamu memberi madu, setelah menerima racun.

4) Kamu tenang dan lapang dada.

5) Kamu berbaik sangka.

6) Kamu tidak pernah putus asa.

7) Kamu dapat menahan amarahmu.

8) Kamu seorang baik budi bahasa.

Kecantikan kamu berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna kamu sebagai seorang lelaki.




Dan Kami? Atas dasar apakah yang patut kamu memilih kami??

Pilihlah kami atas kegagahan kami. Kegagahan kami ialah disaat:-

1) Kami tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Kami tidak takut pada kemiskinan.

3) Kami tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Kami tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

 

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada KHADIJAH, (role model kami) adalah kegagahan sempurna bagi kami.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "


Surah Al-Ahzab (Ayat 71) ;

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


 "Ya Allah, aku mengangkat tangan, menadah doa, memohon padamu. Semoga Engkau menghadiahi aku seorang IMAM yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Baitul Muslimku penentu amalku selepas akad, jua penentu amal zuriat-zuriatku. Jauhi aku daripada kezaliman rumah tangga yang menggugat kebahagiaan seorang isteri dan anak-anak. Ya Allah... Aku mohon ya Allah.. Aku mohon dengan sebenar-benar mohon ya Allah.. Jauhilah aku dari lelaki-lelaki yang zalim ya Allah. Amin..."

p/s : Pilihlah yang terbaik. Ok ? (^_^)

Sara Assyahidah
(Edisi edit)
5 Oktober 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan