Sara, Jangan Jadi Penipu!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Sara!!
Dulu,
Apa kau kata,
Dulu, 
Apa kau janji,
Dulu,
Apa kau tanya,
Dan dulu,
Apa kau jawab.

Kau memang penipu!

Dulu, Kau kata kau mahu berjuang untuk islam kan?
Dulu, Kau janji mahu membunuh zionis dengan tanganmu sendiri kan?
Dulu, Kau tanya bagaimana nak berdakwah kan?
Dan dulu kau jawab, Kau nak hidupkan satu sistem khilafah kan?

Eleh, kau bual kosong je Sara!
Setakat nak cakap macam tu semua orang boleh!
Tin kosong kalau dah jatuh, bunyi memang gempak!
Tapi hampeh!!!

Sara, mana kata-kata dan janji-janji kau tu..

Sekali Allah uji, 
Kau dah tersungkur!!
Macam ini kah yang kau kata nak berjuang untuk islam??

Sekali Allah bagi kau cubaan,
Habis jihad kau nak bunuh zionis terkubur!!
Zionis tengok kau pun dia gelak lah kalau macam ni..

Sekali Allah tiupkan rasa sedih pada kau,
Dakwah kau dah berterabur!!
Macam ni, kau nak bercakap tentang dakwah??

Sekali Allah jentik rasa gundah pada kau,
Semangat kau dah lebur!!
Nak tegakkan sistem khilafah konon..

Hey Sara!
Kau memang penipu!

Sara!
Kau sedarlah sikit..
Bangkit Sara! Bangkit! 
Kau dah 20 tahun!
Kau dah dewasa!
Tolonglah!
Jangan jadi macam budak umur 10 tahun!

Tak kanlah Allah uji sikit,
Kau dah lembik!

Kau kena semangat, Sara!

Ini baru sikit Allah uji, Sara!

Sara..
Aku cabar engkau!
Kau buat apa yang kau dah cakap!

Aku cabar engkau, Sara!

Kalau kau tak nak aku anggap kau penipu,
Kau bangkit sara! 
Bangkit!

Kau lumurkan darah jihad pada wajahmu!
Supaya aku tidak lagi nampak air mata yang mengalir..

Kau sedekahlah satu senyuman untuk dirimu!
Supaya aku tidak lagi nampak kehampaan di pinggir bibir..

Kau jahitkan semua luka pada hatimu!
Supaya aku tidak lagi nampak kepahitan yang terukir..

Sara,
Ingatlah,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) "   

"Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta."  (al-Ankabutt 2-3) 

Aku tahu kau bukan penipu,
Ayuh, buktikan padaku sekarang!




p/s : Pembaca blog Sara ni mesti semua tabah kan. Sara nak jadi macam anda lah. (^_^)

Sara Assyahidah
4 Oktober 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan