IsTimEwAkaH 18 MAC?

Assalamualaikum warahmatullah..
Terlebih dahulu, kalau kalian ada kerja nak buat, lebih baik buat kerja! Sebab kali ini entri sempoi dan membazir masa kalau baca.

Di sini ada panduan dialog untuk baca catatan ini:
1) tanda  ** bintang mewakili penulis blog
2) tanda () mewakili pembaca blog
(siap ada panduan segala ni..macam orang nak baca sangat!) 

18 Mac hari ni..istimewakah? Rasanya biasa-biasa sahaja. Tapi ada sedikit kelainan pada 18 Mac tahun ni. KENAPA?? *mesti tertanya-tanya ni* (hah? tak pun.. tak tertanya-tanya pun) Ooo.. tak tertanya-tanya ya.. tak mengapalah.. *aduh malu saya.. eh cover!cover!* 

Sementara 18 Mac masih berbaki lagi ni saya nak bagi ucapanlah sikit. (amboi, ingat ni majlis perasmiankah?) 

Hmm.. 18 Mac kali ni bermakna sangat-sangat! Terima kasih buat yang mengingati. Tak kiralah kawan-kawan lama masa sekolah dulu-dulu *masa muda mudi dulu* (oow da kerepot la ni), dan zaman maktab perguruan (eh, maktab tu nama lama la, nama sekarang institut pendidikan guru! Apalah! Kan dah upgrade!) *saja je tak nak riak..*

Terima kasih kawan....

Dan istimewanya sebab Doa Seorang Teman telah membuatkan air mata saya mengalir murah sahaja pagi ni. TERHARU!! Ya Allah Engkau perkenankanlah doanya itu.. Amin ya Allah.. Amin ya rabbal alamin..

Itu sahaja daripada saya, sekian melaporkan untuk TV4~!! Hanya berita terbaik kami bawakan untuk anda!!
(alah, budget luculah tu) *haha tak lucu ke? Memanglah kalau pandai buat lawak dah lama masuk raja lawak..*

Salam malam seindah bulan purnama daripada saraassyahidah.blogspot.com..\(^_*)/
(alah dah habis?? ke merajuk??) *merajuk? bukanlah,dah mengantuk*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan