Apa khabar orang jauh?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Apa khabar orang jauh? Moga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan kepadamu. Ingatlah, perpisahan ini buat sementara. Selagi mana Allah masih memberi nyawa kepada insan yang menulis ini, insya-Allah di lain masa dapat kita berjumpa lagi. Insya-Allah moga redha Allah sentiasa bersamamu.

Tuntutlah ilmu dan jangan bersedih orang jauh. Kamu lakukan semua itu kerana ilmu. Satu pengorbanan. Pengorbanan yang telah pun dilakukan sejak dahulu lagi oleh Rasul kita dalam berdakwah. Walaupun jauh, ingatlah doa sentiasa kutitipkan kepada Allah buatmu. Insya-Allah satu hari nanti kamu akan membantuku di sini dalam meniup semangat jihad kepada mujahid dan mujahidah dan menegur jika daku khilaf. (^_^)  *tiba-tiba rasa sayu pula*


Muhasabah untuk para pembaca sekalian,
hari tu saya ada mengunjungi sebuah laman blog.
Pemilik blog itu seorang pendakwah dan pejuang Agama Allah.
Suka Sara melihat blog itu.
Namun,
sudah lama dia tidak menulis.
dan takkan menulis buat selamanya.
Sayu dan hiba menyelinap seluruh jiwa
apabila celoteh beliau yang agak melucukan itu tidak lagi lucu kerana mengenangkan pemergian si penulis blog.

Melihat kepada blog beliau,
Sara terus teringat pada blog ini,
mungkin hari ini Sara masih mampu menulis,
dan mungkin catatan ini juga merupakan catatan terakhir Sara,
Ingatlah teman-teman,
matiini tidak menunggu kita,
tidak pula dikhabarkan kepada kita.
Bila?
Di mana?
Bagaimana?

Ingatlah juga,
orang yang paling cerdik di antara kamu adalah orang yang selalu mengingati mati.

Apa khabar orang jauh? Apa khabar juga iman insan yang masih bernyawa? Jika Sara tidak menulis lagi, maafkan segala kesilapan dan kekhilafan Sara.

p/s : Jadikan blog ini tempat kalian berbicara soal hidup dalam beragama. Jangan biarkan blog ini sunyi jika Sara pergi dahulu sebelum kalian. Insya-Allah, moga Allah istiqamahkan jiwa Sara dan jiwa pembaca.

Salam Muhasabah daripada saraassyahidah.blogspot.com.


Sara Assyahidah
22 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan