Nil menantimu di sana dan aku menantimu di sini

Salam..salam rindu kukalungkan buat para dai'e yang masih lagi meneruskan perjuangan yang tidak bernokhtah ini..
sudah sekian lama, akhirnya berjaya juga aku meloloskan diri dari belenggu kesibukan minggu 'assignment' dan beberapa tanggungjawab yang diamanahkan..
sudah lama aku tidak melakar lukisan iman di blog ini..
pagi ini,aku gagahi jua diri ini agar aku tidak terlepas untuk berjuang walaupun mungkin hanya sedikit bilangan pembacanya..namun, Alhamdulillah selagi ada pembaca, selagi itu nyawa dakwah ini tersebar..tidak terlewat sekiranya aku mahu mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-MUbarak..hari ni dah masuk 12 hari kita berpuasa,Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk ramadhan kali ini..


bagaimana dengan momentum amal ibadat kalian? adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya? tepuklah dada, tanya iman, tanya akal..terawih macam mana? qiamulail pula bagaimana? masa dan ruang itu masih ada untuk kita, cubalah kita sama-sama baiki agar mendapat mardhotillah..
INSYA-ALLAH..


ketika dalam perjalanan pulang dari rumah Allah pagi ini, tiba- tiba telefon bimbitku mengeluarkan bunyi tanda satu pesanan ringkas singgah..ow rupa-rupanya dia sudah berada di dalam perut kapal terbang..doaku semoga dia sampai ke destinasinya dengan selamat dalam redha Allah..


hari ini, 22 ogos 2010 tepat jam 6.45 pagi tadi, seorang sahabatku telah pun berlepas dari lapangan terbang Pengkalan Chepa menuju ke KLIA..7.40 pagi nanti, InsyaAllah sampai di KLIA..setelah rehat dua jam lebih, 10.40pagi sahabatku itu akan bertolak ke Bahrain dan transit di sana..setelah itu, dia akan menaiki pesawat Qatar airways atau Egypt airways dan sampailah ke Kaherah..


Mesir sedang menunggu kehadiranmu, sahabatku..di sana, kau akan mengerti bagaimana sukarnya berada jauh dari keluarga tercinta..di sana jualah, persahabatan menjadi pengubat duka dan kadang kala menjadi ujian yang tidak terduga..jika kau menempuh cubaan sebegini ingat segera pesanku, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan SEKALI!'..pada waktu itu mungkin Allah ingin menduga imanmu, menduga sabarmu untuk meningkatkan darjat kehambaanmu..


jaga dirimu baik-baik kerana di bumi sana jua tidak jauh bezanya dari bumi kita..tidak terlepas daripada manusia-manusia yang mahu mengambil kesempatan terhadap kehadiran orang baru ke tempatnya..wang dan masa akan menjadi batasannya jika kita gagal menguruskannya..


isilah jiwa dengan ilmu, selagi mana ilmu itu diberi ambillah dan jangan biar tiris sedikit pun..di samping itu, selalulah bertanya khabar kedua ibu bapamu kerana mereka itu amat khuatir dan bimbang akan dirimu biarpun lidah mereka tidak pernah mengukir kata..namun air mata mereka sememangnya akan mengalir setiap kali mengingatimu nun jauh di sana...


'selamat tinggal Malaysia' mungkin itulah kata-kata hatinya..


dan kata-kataku untuknya 'Nil menantimu di sana dan aku menantimu di sini'..


kerana aku mahu kau pulang dengan membawa selautan ilmu dan membantuku berjuang mencorakkan jalan dakwah di sini..


maka, penantianku Insya-Allah tidak pernah sia-sia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan