~apabila Rona Bosphorus menjadi tatapan jiwaku~

salam alaik ya ikhwan wa akhwat..
masaku kini kian sarat dengan pelbagai kewajipan yang mesti aku dahulukan. memang aku akui agak penat sejak kebelakangan ini. Hampir setiap hari, ada pembentangan.Sebelum bentang, mesti buat 'homework'(study the topic), baru dapat bentang dengan baik. namun, syukur alhamdulillah aku panjatkan kerana berpeluang untuk menulis lagi, bak kata Muharrik Daie 'menulis untuk menggerakkan jiwa jiwa'.tapi aku bukanlah sehebat dia.
Dalam keterbatasan waktu ini, aku mencuri masa sedikit untuk membaca sebuah buku yang aku pinjam daripada perpustakaan (pinjam minggu lepas lagi, tak sempat nak baca). Tajuknya berjaya menarik perhatianku.


'Rona Bosphorus' karya Zaid Akhtar

Selain daripada Novel 'Titian Nabi', novel Rona Bosphorus ini merupakan novel yang kedua berjaya menambat jiwaku untuk setia menjadi pengamat ceritanya sepanjang aku menuntut di kampus perguruan Tengku Ampuan Afzan ini. Bukunya sesuai dengan kehendak naluriku yang amat dahagakan karya yang mengangkat isu global dan glokal dalam menelusuri cabaran seorang daie seperti kita.


Tertarik aku dengan watak Afham yang berusaha mengekalkan martabat Bahasa Arab yang makin dikecam oleh kerajaan Turki. Bagaimana pula dengan hati seorang perempuan,Amal Hayati yang semakin diancam dengan kebiadapan pelajarnya apabila mereka tidak lagi berminat untuk belajar bahasa syurga itu kerana tidak ada kepentingan sama sekali bagi mereka di negara itu.


Novel ini buat aku sedar bahawasanya aku telah hilang perjuanganku untuk memartabatkan Bahasa Arab itu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke sini. Aku amat dukacita apabila bahasa itu tidak lagi menjadi kepentingan dalam kehidupanku sebagai pelajar di sini. Cemburu sekali aku apabila melihat adik lelakiku belajar bahasa itu di sekolahnya. Moga moga dia tidak menjadi seperti kakaknya ini. Nau'zubillah.


Aku mula menukar pandangan jelikku ini. Aku tidak boleh terus berdukacita sebaliknya aku mesti lebih gembira kerana Allah telah menyukarkan perjalananku untuk mendalami bahasa Al- Quran ini bukan untuk menyusahkanku tapi untuk aku lebih memberi nilai kepada sesuatu yang sukar. Dulu, semasa di SMKA Naim Lilbanat, Bahasa Arab menjadi matapelajaran yang paling aku minat. Belajar. Faham. Namun penghayatanku ternyata kabur. Kini, apabila sesuatu itu sukar untuk aku dapatkan, aku jadi tahu harga sebuah usaha dalam keperitan. Bagiku, ilmu dalam seribu satu kepayahan itu menjadi peringatan dan pengamatan sepanjang hidup. wa Insya-Allah.


Syukran Rona Bosphorus! Syukran Zaid Akhtar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan