Ihfazillah Yahfazka - Episod 2


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt

♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥

♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥

♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥


Episod 2 : Siapa Uwais ?

Ketika Rumaisha sedang melilit-lilit shawl kelabu di kepala dan melabuhkannya ke paras yang ditetapkan syarak, dia teringat detik Uwais menjerkahnya semasa dalam sebuah kem tarbiyah, waktu itu Rumaisha baru sahaja melangkah untuk menyertai Badan Kerohanian di kampus,

"Enti berdiri." Jari telunjuknya menjurus kepada seorang peserta muslimah. Rumaisha pandang ke belakang.

"Enti la yang pakai tudung ungu ni". Rumaisha tersentak. 

'Aku ke? Ya Allah kenapa aku?' 

Jantung Rumaisha terasa pantas sekali berdenyut.

"Apa yang enti tahu tentang Perang Hunain?"

Rumaisha tergamam. Uwais pada waktu itu berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Disiplin, benar-benar buat Rumaisha kelu untuk menjawab. 

'Erk, Perang Hunain? Ya Allah dia tanya perang Hunain pulak. Tanya lah Perang Badar ke Perang Khandak ke?' Hatinya merungut dengan soalan yang Uwais tujukan kepadanya dihadapan semua peserta kem.

'Malunya aku kalau tak boleh jawab ni! Ish, tanyalah orang lain.'

"Enti dengar tak soalan ana ni?!" Uwais bernada tinggi. Rumaisha menelan air liur. Kali ini tangannya mula terasa sejuk.

"Enti jangan nak buang masa ana boleh tak!!" Uwais bernada lebih tinggi dari tadi. Rumaisha benar-benar kecut perut. Semua peserta baik peserta muslimin mahupun muslimat tunduk. Muka Rumaisha mulai merah. Mukanya teras tebal 17 inci daripada biasa.

"Pe..pe..perang Hunain adalah perang...erm..perang..yang ada dalam Islam.. Erk..ark..erm"

"Hah! Enti ni tengah buat lawak ke apa ni?" Kali ini Rumaisha benar-benar tak tahan dimalukan depan peserta lain, 

"Saya tak tahu! Saya tak tahu tentang perang ni!" Akhirnya dia akui.

"Tu la enti! Nak jadi pejuang Islam konon! Sirah pun enti tak hadam! Malu nak mengaku! Ego! Kalau tak tahu, enti jawab tak tahu! Sekarang enti dah bazirkan banyak masa. Dah, enti duduk."

Ya Allah, rasa mahu menitis air mata. Mana taknya, depan-depan orang dia dijerkah! Mulai hari itu, jika terserempak dengan Uwais dikampus, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak. Walaupun ramai yang kata Uwais mirip dengan salah seorang Ustaz yang sangat diminati Rumaisha, iaitu Ustaz Don, tapi ternyata perkara tersebut tidak melegakan langsung perasaan takutnya kepada lelaki itu. Barangkali dia benar-benar trauma!

Uwais

Namun begitu, Rumaisha tidak menafikan, kerana dia dimalukan sebegitu rupalah, dia mula menghadam sirah-sirah Islam. Rumaisha banyak membaca tentang perang, keturunan nabi dan sahabat-sahabat Baginda di samping mengikuti ceramah-ceramah serta tazkirah oleh ustaz-ustaz di Surau Kampus. Walaupun teguran Uwais itu menyakitkan hati dan memalukan dirinya, tetapi apa yang Uwais katakan padanya semuanya betul. Macam mana nak jadi pejuang Islam kalau sirah Islam pun dia tak tahu. 

'Sepatutnya aku malu pada Allah. Selama 19 tahun hidup masa tu, perang Hunain pun tak tahu. Memalukan!' 

Rumaisha mengeleng-mengeleng kepalanya. Tersenyum, malu kepada dirinya sendiri. Kini dia telah siap bersiap untuk ke Hospital Pakar Perdana. Khabarnya keadaan Uwais makin baik walaupun dia masih belum sedar dari koma. Jika dihitung, hari ini sudah seminggu dia koma. Mungkinkah dia sedar? Koma ini bukan perkara main-main. 50 50. 


-bersambung-

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Insya-Allah ini sebuah karya terbaru saya, jika ingin karya diteruskan tinggalkan sebarang komen tidak kisahlah kritikan atau penguat semangat. Saya perlukan sokongan dan kritikan membina untuk meneruskan karya ini.

Karya ini terlindung dibawah hakcipta terpelihara.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s :Jangan lupa baca episod seterusnya. :D



Sara Assyahidah
21 Muharam 1434 H
5 Disember 2012 (Rabu)
12.23 pagi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan