Aku, Si Penutur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Allahumma solli a'la Muhammad


Air  mata yang gugur,
biarlah terus gugur,
bukan bererti semangatku jua luntur,
namun sebagai isyarat aku hamba yang sedang diukur,
setakat mana tahap sabar dan syukur,
bahkan keyakinan ini bertambah subur,
inilah medan tarbiyah buat si penutur,
yang katanya mahu syahid saat lena kaku terbujur,
masih basah pekat darah waktu terkubur.

Moga terus kuat untuk terus akur,
menjadi insan yang mudah dilentur,
oleh Pencipta yang Maha Jujur.



Nukilan disunting dari facebook Sara Assyahidah,
 19 April 2012, 1.53 pagi, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.




Sara Assyahidah
27 Jamadil Awwal 1433 H
19 April 2012 (Khamis)
2.20 pagi

3 ulasan:

  1. biar ia terus gugur..
    andai ia menjadi isyarat rindu buat DIA.
    biar ia terus mengalir..
    andai ia bisa membuat hati lebur pd yg Berkuasa Melebur.

    Dia sentiasa ada utk memahami segala..^__^

    *thanx 4 sharing ye sara cumil!

    BalasPadam
  2. Gugurnya ia kan menjadi bukti...
    Bukti diri pernah menangisi...
    Menangisi perjuangan yg belum pernah mencukupi...
    Mencukupi untuk menjadi saksi...
    Saksi bahawa kita merindui...
    Kita mengasihi...
    Sehingga berhajat untuk menemui...
    Dia iaitu Ilahi...

    Sahabatku Sara, aku sentiasa d sampingmu... :-)

    Moga Allah kasih.

    BalasPadam
  3. ida : Allah..isyarat rindu buat Dia..betul ida..moga Allah terus bagi kekuatan :D
    welkem..ida cute ^___^

    ika : Sugguh putis skali puisimu sahabat.. indah! Allah.. terima kasih ika sudi bersahabat dengan Sara..Moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah :D

    BalasPadam