Jagalah Cintamu


Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Saya mulakan kalam ini dengan lafaz yang sangat mulia, Bismillahirahmannirrahim. Yang mana, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ma'lish. (hehe baru belajar dengan seorang sahabat satu loghat ni bermaksud 'minta maaf'). Sudah lama kita tidak bertemu. Bukan saya tidak mahu, cuma semenjak kebelakangan ini, proses mengakses untuk blog ini agak sukar. Seminggu juga lah. Lama kan? Tapi alhamdulillah, Allah telah mempertemukan kita semula. Maha Suci Engkau Ya Allah.


Untuk entri kali ini, mahu kuceritakan satu kisah. Sudikah dikau untuk membaca kisah ini? Kalau sudi, teruskanlah membaca. Kisahnya berkaitan dengan seorang remaja perempuan, Amalin (bukan nama sebenar). Amalin seorang remaja perempuan Islam yang dahulunya bersekolah di salah sebuah sekolah agama di Malaysia. Setelah mendapat keputusan SPM, Amalin telah ditawarkan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Semasa dia di sana, ternyata  suasana di tempat pengajian barunya itu amat berbeza dengan suasana di sekolahnya dahulu. Dulu, semasa di sekolah, hanya terdapat pelajar perempuan di sekolah. Tetapi, semasa di sini dia terpaksa untuk berada di tengah-tengah kelompok masyarakat pelajar yang berbeza jantina. Lelaki, perempuan dan dot dot dot. Semasa pertama kali dia terpaksa berkerjasama dengan kaum lelaki di dalam kelas pengajiannya, dia rasakan satu beban yang amat besar. Kadangkala dia tidak mampu untuk mengangkat muka apabila berhadapan dengan insan bernama lelaki. Lama kelamaan, barulah keadaannya stabil. Niatnya hanya satu ‘Amalin datang sini untuk belajar kerana Allah’. Namun dalam dia tidak sedar, seseorang telah tertarik dengan perwatakannya itu. Amalin hanya gadis biasa. Tidak ada apa yang istimewa. Jika mahu dikatakan cantik sangat tu tak adalah. Tapi mungkinlah sedap mata memandang. *mungkin*. Namun dia tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadanya.
Masa berganti masa, Amalin buat pertama kali diuji dengan cinta lelaki di kampusnya. Namun alhamdulillah, berjaya dia menepis. Tidak lama kemudian, cinta lelaki lain pula menjengah, Amalin diuji lagi, Amalin terus mengelak. Alhamdulillah mereka dapat menerimanya dengan baik. Syukur. Setelah menolak semua itu, Amalin terus diuji. Namun lelaki ini sedikit berlainan. Lelaki ini mempunyai latar belakang yang tidaklah selancar orang lain. Mungkin ini sebahagian ujian yang Allah hadirkan pada lelaki ini sebagai tanda Allah sayangkannya. Amalin turut bersimpati dan ingin membantu dia supaya kembali ke jalan Allah. Pada masa yang sama, Amalin pun bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Sekadar mempunyai ilmu asas biasa mengenai Islam semasa dia menuntut di sekolah agama dahulu. Walaupun begitu, Amalin pun masih boleh dianggap cetek dalam ilmu tentang agama Islam. Sewaktu itu, Amalin masih jahil. Tidak tahu bahawa mengislahkan orang itu perlu kena caranya. Lama-kelamaan, lelaki tersebut sudah mula berani melafazkan kata cinta. Menawarkan kata cinta pada Amalin. Ya Allah! Amalin tersentak! Dia tidak pernah pun bersemuka dengan lelaki tersebut namun begitu mudah lelaki itu menawarkan kata cinta?
Namun Amalin bertenang, dan mengganggap itu semua mungkin sebab dia sudah biasa memberi untaian kata cinta kepada gadis yang dikenali sebelum itu. Amalin cuba menjelaskan kepada lelaki tersebut dengan kata-kata “ Maaf X. Amalin tidak berniat untuk memilih cinta atau sebagainya. Cuma Amalin mahu X faham. Amalin tidak pernah ‘couple’ dan tidak pernah terlintas untuk ‘couple’. Andai jodoh dan cinta itu datang suatu hari nanti, hanyalah suami Amalin yang berhak memiliki cinta ini. Sedaya upaya dari dahulu sampai saat ini, tidak pernah Amalin memberi cinta Amalin kepada lelaki yang langsung tidak berhak untuk itu. Walau siapa pun dia, jika satu hari nanti dia bergelar suami kepada Amalin, Amalin akan menerima seadanya dia. Maaf X.” Setelah menerima kata-kata itu, mungkin lelaki itu sedikit kecewa. Tetapi masih dan terus mencuba. Akhirnya, Amalin nekad! Dia mesti menghentikan semua ini sekarang. Nampaknya, lelaki tersebut cuba bermain helah. Hati Amalin berdesis ‘Maaf Amalin. Kau tidak berjaya mengajaknya untuk benar-benar kembali ke pangkuan Allah. Dan jangan kau pula yang terseret ke kancah yang dibenci Allah.’ Pesanan terakhir Amalin kepada lelaki tersebut, “Maaf X. Ini kali terakhir. Jangan cuba untuk hubungi Amalin lagi. Ingatlah, jangan pernah tinggal solat. Assalamualaikum”. Lelaki itu menanyakan sebab. Namun, Amalin membiarkan persoalan itu tidak dijawab. Alhamdulillah lelaki itu akhirnya memahami. Lalu sehinggalah saat ini, Amalin tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Namun, hanya satu doa Amalin untuknya, semoga dia insaf untuk tidak mengulangi kekhilafannya yang lalu kerana Allah tidak memandang sejarahmu, namun Allah memandang taubat nasuhamu yang terbaharu. Sentiasalah memperbaharui taubat nasuhamu. Sepanjang mengenali lelaki itu, tidak pernah sekali pun hadir rasa cinta dalam dirinya untuk lelaki tersebut, bahkan Amalin menganggapnya satu pengalaman untuk dijadikan iktibar dalam hidup. Moga Allah memberi  petunjuk kepada lelaki tersebut, dan seluruh manusia yang masih lagi bernyawa.
Jadi, pesanan Amalin, jangan cuba untuk mendidik seseorang yang berlainan jantina dengan kita tidak kiralah niat kita baik untuk membentuk dia menjadi insan yang lebih baik atau sebagainya. Kalau kita kuat sekalipun, bagaimana dengan pihak yang didik itu pula? Kuatkah mereka untuk menjaga batas syariat? Bimbang nanti, syaitan pula yang mendidik kita!
Sekarang, alhamdulillah. Cinta Amalin masih selamat! Dan hanyalah yang benar-benar berhak akan mendapat cinta Amalin walau seringkali dia diuji dan terus diuji dengan  cinta dan perasaan. Insya-Allah mohon doa ya sahabat-sahabat agar Amalin terus kuat! Amin...Amin.. Ya rabbal alamin..
Dan Amalin itu sebenarnya ...........


p/s : Alasan untuk berdakwah jangan disalahgunakan. Kita sama-sama jaga cinta kita ya. Jangan serahkan kepada yang tidak berhak. (^_^)




Sara Assyahidah
27 Mei 2011

Sara di alam maya

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Teman-teman yang sudi ziarah sara di sini. Alhamdulillah dah cantik sikit blog sara kan? Penat sebenarnya nak buat semua ni. Nampak sahaja ringkas! Sara pun jenis sempoi dan tak suka blog yang sarat dan terlalu susah untuk diakses. Tak berapa suka kalau hias blog dengan alat-alat yang akan memayahkan proses 'skodeng-menyekodeng ni'. Hehe. Bocor rahsia, anda sedang skodeng blog sara kan? Mesti susah nak jumpa blog sara hari ni. Cari punya cari, lepas sara 'post' catatan ini, baru sara izinkan pembaca ziarah Sara. Ala-ala surprise! Senang kan? Kalau rasa nak ziarah sara, pembaca bolehlah jejak di sini dan tinggalkan jejak. Sara telah menambah baik blog sara. Jadi harapnya berbaloi, insya-Allah.


p/s : Semua kena cakap blog sara cantik! Hehe. Tak adalah. Gurau saja.  (^_^)

Sara Assyahidah
20 Mei 2011


SeLamAT BerHari GuruLah, CikGu!

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Waa. Dah lama tak jumpa. Seriously, miss u all so much. Macam mana? Semua beres? Insya-Allah harap-harapnya pembaca baik-baik sahaja walaupun saya jarang update blog. Hehehe.*sudah mula merepek kerepek*

Baiklah, 16 MEI kan hari ni?? yeaaaaaaaa........


Hari Gurulah hari ni !!
Cey, excited sangat ni. Gaya macam dah jadi cikgu!

TERIMA KASIH CIKGU!


Kepada semua yang bergelar guru dan bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa, anda semua saya sayang kerana Allah.
Dan peringatan kepada guru yang sekadar MENUNGGU 25 HARIBULAN, TOLONGLAH BERUBAH!


Kasihanilah anak didik anda yang mengharapkan banyak perkara daripada anda. Kalau setakat nak pergi sekolah sekadar masuk kelas, mengajar dan keluar kelas tanpa kisah anak didik anda faham atau tidak, CHANGE YOUR ATTITUDE! PLEASE...I BEGGING YOU, PLEASE..
(pesanan ini khas untuk semua bakal guru juga, kepada kawan-kawan yang masuk maktab kerana terpaksa atau dipaksa, tolonglah kasihani bakal anak murid anda. Ubahlah perangai dan karenah anda supaya betul-betul serius untuk memupuk naluri seorang guru dalam diri)
*nada kecewa Sara mengenangkan nasib masa depan bakal guru, dah susah-susah pergi interview pastu diberi peluang masuk maktab, dia main-main pula*

Okeh! Dah habis sesi muhasabah. Ni meh nak habaq cket citer mase menuntut ilmu dengan guru pertama saya, iaitu umi dan ba. UMI a.k.a GURU BAHASA MELAYU dan MATEMATIK. BA a.k.a GURU BAHASA INGGERIS.

Semasa kecil-kecil dulu, umi mengajar guna buku dan pensel. Hehe Tapi Ba memang lucu. Sanggup ni pergi beli whiteboard dan marker. Setiap petang lepas balik kerja, dia akan bersiap-siap untuk kelas tuisyen (mengajar BI kat kami adik-beradik). 'ala petang-petang macam ni nak mengajar BI pula. orang nak main'. Tapi sebab Ba garang, kami pun terpaksalah hadir kelas tuisyen tu. Hehe buku dan alat tulis di sponsor. Tuisyen mana lagi yang dapat semua free kan? Hehe Ba, walaupun Angah terpaksa, ilmu yang Ba ajar tu Past Tense, Present Tense, Past Continuous, Present Continuous tu memang bernilai sangat-sangat. *hehe tapi kadang-kadang lupa, itu biasalah Ba* Umi pula ajar saya membaca dan rasa bangga sekali sebab 5 tahun pun dah boleh baca buku.*Ish ish ish dah mula riak!* Ini semua jasa umi ba dan dengan izin ALLAH. Tapi satu masalah sahaja, sampai sekarang angah tak berapa minat matematik. Maaf umi. Bukan salah umi. tapi matematik ni kadang-kadang macam merepek pun ada. Add math tu macam entah apa-apa, orang kelantan kata "ngabea pah ceroh"..*Alasan saja tu padahal sebab tak berapa pandai dan malas*

Guru-guru SK KUTAN, terima kasih banyak-banyak cikgu, terutama cikgu darjah satu. Disebabkan orang selalu nampak cikgu darjah enam yang meningkatkan prestasi sekolah, saya nak ubah paradigma anda bahawasanya, kalau tidak ada guru darjah satu yang berhempas pulas mengenalkan anda dengan huruf dan nombor, (menguruskan jika ada yang terbuang air besar kat dalam kelas *pengalaman semasa saya menjadi guru selama seminggu baru-baru ni*), susah untuk cikgu-cikgu seterusnya memahamkan anda. Setuju tak? Tapi semua guru ada peranannya masing-masing. Jadi semuanya TERBAIK!!

Maaflah guru-guru di SMKA NAIM LILBANAT, kerana saya selalu tidur dalam kelas. Hehe bukan apa, cikgu. Malam-malam stay up! Study study. Hehehe Alhamdulillah keputusan PMR dan SPM tidak mengecewakan, jadi walaupun tak study, tapi kira ok la guna alasan tu. Terima kasih cikgu. (^_^)


Ustaz Zakaria yang sudah lama kita tidak ketemu, syukran ustaz kerana mendidik dan mentarbiyah jiwa Sara dalam kepayahan menghafal kalamullah. Namun, insya-Allah Sara akan sentiasa mencuba sehabis baik!

Buat guru memandu saya a.k.a Pok Mat, pensyarah-pensyarah di UNIKL, terima kasih tidak terhingga.

PENSYARAH-PENSYARAH di IPG tempat saya belajar, terima kasih encik, cik, puan, tuan kerana mendidik saya untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti, insyaAllah.


Hasil tulisan cakar ayam harimau daripada saraassyahidah.blogspot.com

p/s : Kepada semua guru, dan bakal guru. SELAMAT BERHARI GURULAH, CIKGU! YOU ARE THE BEST!(^_^)

Sara Assyahidah
16 Mei 2011

setelah kubaca Bible..

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Salam rindu Sara sebarkan buat sekalian alam. Sudah lama Sara tidak bertatih dalam coretan kecil ini.
Sara sedang mencari makna diri untuk berdiri teguh dalam ad-deen kerana telah terbit persoalan-persoalan untuk tidak lagi berada di takuk lama. Sudah tiba masanya untuk kaki ini melangkah jauh..
Lebih jauh dari biasa. Biar bisa orang lain untuk rasa apa yang telah Sara rasa iaitu nikmat Cinta Allah yang Maha Kuasa.

Sedikit cerita mahu Sara kongsikan bersama kalian. Sara insya-Allah bakal seorang guru dan seperti kebiasaanya kami akan dihantar ke bahagian pedalaman dan sekitar Sabah atau Sarawak apabila sudah tamat tempoh 5 tahun setengah berada di institut pendidikan guru ini. melihat kepada peningkatan guru-guru di sana terutama guru-guru perempuan Islam yang ramai dikristiankan, maka seorang hamba Allah telah memberi cetusan idea untuk mencari satu langkah berjaga-jaga bagi guru pelatih di sini.

Oleh itu, secebis cerita mahu Sara perdengarkan kepada pembaca. Sudikanlah dirimu mendengar cerita ini.

'Progam Pemantapan Akidah'! oleh Ustaz Abdullah Din (penceramah)

Sangat banyak input yang telah Sara dapat. Tertarik kepada kata-kata ustaz "Ustaz datang ke sini hari ini, dan tidak berhajat untuk datang lagi." Sara pelik juga. Ustaz berkata lagi " Bukan ustaz tak suka kat orang sini, tapi kerja untuk mengukuhkan akidah sesama muslim dan dakwah kepada yang bukan muslim ini bukan sahaja terletak di bahu ustaz. Tetapi kita perlukan lebih ramai orang yang berakidah mantap untuk mengerakkan kerja-kerja ini. Jadi sebaik sahaja ustaz meninggalkan dewan, peserta program dapat meneruskan kerja ini."

Berat sungguh tanggungjawab itu. Islam itu sendiri maknanya selamat. Oleh itu Sara perlu untuk meneroka Islam dengan bersungguh-sungguh. Agar Sara bukan sahaja dapat menyelamatkan diri jua boleh menarik orang lain dari terus tersungkur di lembah kehinaan. Matlamat Sara besar! Sara mohon agar tercapai yang dicita-citakan.

Dalam program tersebut, Ustaz Abdullah Din menyuruh kami, pihak urusetia untuk mengagih-agihkan setiap seorang satu Bible atau dikenali sebagai 'Al-Kitab'. Sara memegang kitab itu untuk pertama kalinya dan mengagih-agihkan kepada peserta program Muslimat. Setelah itu, Sara membelek-belek. Berdebar! Teruja! Takut! Bercampur baur perasaan itu.

Itulah antara pengalaman yang hebat sepanjang hidup Sara kerana berpeluang untuk membaca kitab suci penganut Kristian. Pertama kali membacanya,  hati ini berasa amat bersyukur ditempatkan dalam kandungan ibu yang beragama Islam. Sungguh banyak kelompangan dalam kitab itu dan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Kitab suci kita, Al-Quran. Benarlah, itu semua karya manusia yang sentiasa berubah-ubah. Apabila ada edisi baru, mesti ada penambahan dalam kitab mereka. Rasa terkilan! Sara mahu bantu mereka agar tidak terus mempercayai kitab yang diselewengkan oleh manusia. Kitab Injil dan Taurat wajib ke atas kita umat islam mengormatinya dan mempercayainya. Tetapi bukanlah kitab Bible yang telah dicemari oleh tangan-tangan manusia yang berkepentingan.

"Holy Bible" terdiri daripada 2 bahagian, Perjanjian Lama "Old Testament" dan Perjanjian Baru "New Testament".

Bersambung...

p/s : Ikuti sambungannya. Insya-Allah. (^___^)


Sara Assyahidah
6 Mei 2011