Mandi Pun Kena Tutup ?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Tajuk catatan kali ini tentang mandi.  

Kenapa dengan mandi? 
Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang berkenaan dengan ibadah sunat ini. Mandi dengan niat semata-mata kerana Allah, akan beroleh ganjaran pahala kerana mandi adalah salah satu ibadat. Semasa mandi, kita juga perlulah menutup bahagian badan kita (yang sepatutnya). Tutuplah memakai kain basahan. 

Leceh? 
Tak pun.  

Kenapa pula kena pakai semua ini? Dalam bilik air tu tak ada orang pun? 
Sebab kalau kita tak tutup, mana tahu ada orang berniat jahat, letak perakam video atau sebagainya dalam bilik air tu, yang malunya siapa? Kita kan? Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Ramai yang 'sakit' daripada yang sihat. Tidak kira anda lelaki lebih-lebih lagi perempuan, tutuplah. Kalau pun tak ada orang, kononnya tempat yang kita mandi tu ( security tip top! ) terjamin daripada anasir-anasir tadi, tapi jaminkah kita, kita tidak dipandang?

Siapa pula yang nak pandang? Pintu bilik air kan ada kunci? Kunci sahajalah. Itu pun nak kena ajar.
Kunci? Jaminkah dengan kunci tu kita tidak dipandang semasa mandi? Syaitan dan jin pula macam mana? Baiklah, ingin Sara berkongsi dengan pembaca-pembaca, berdasarkan firman Allah subhanallah ta'ala dalam surah Al-A'raf, 179:

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati ( tetapi ) tidak mahu memahami dengannya ( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata  (tetapi) tidak mahu melihat dengannya ( tanda-tanda kekuasaan Allah ), dan mereka mempunyai telinga ( tetapi ) tidak  mahu mendengar dengannya ( ayat-ayat Allah )"
 
Syaitan adalah dari jenis jin. Maka ciri-ciri yang dimiliki oleh jin dimiliki juga oleh syaitan. Dalam ayat 179 surah al-A’raf di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa jin memiliki hati, mata dan telinga. Maka demikian jugalah bagi syaitan, ia juga memiliki hati, mata dan telinga.

Syaitan pun ada mata. Mata digunakan untuk memandang, melihat dan memerhati. Maka, tak mustahil kalau Sara kata, waktu kita mandi, syaitan ataupun jin sedang perhatikan kita. Ya Allah, malunya. Kawan-kawan malu tak?

Tak percayalah. Entah betul entah tidak ni.
Baiklah tak percaya juga ya. Cuba buka Al-quran, mukasurat 153, ( versi Al-Quran yang Sara guna, Rasm U'smani ), surah yang sama, ayat 27, baca betul-betul.

"Wahai anak cucu Adam ! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia ( syaitan ) dan tenteranya dapat melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka."


p/s: Macam mana pembaca-pembaca sekalian? Betullah kan, walaupun kita seorang sahaja yang ada dalam bilik air tu tapi kita tak boleh tak pakai apa-apa. Kepada yang mandi pakai kain basahan, syabas dan tahniah Sara ucapkan. Kepada yang belum, pesanan Sara, bermula dari sekarang, kita kena berubah ! Cepat-cepat ambil kain batik yang macam dah hampir buruk ke atau yang baru ke lagi bagus, jadikan kain itu, kain basahan mandi kita. Tak kiralah anda berada di rumah ke, kolej kediaman ke, asrama,  janji TUTUP.

Sara Assyahidah
8 November 2011 (Selasa)
10.10 Malam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan