Kisah dia sudah terhenti....

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt



Dia sudah pergi. Jangan ditangisi, sahabat. Semoga dia selamat di sana. Giliran kita pula nanti. Bersedialah. 

Malam kelmarin, selepas solat maghrib di surau kampus, Sara sempat solat jenazah ghaib bersama jemaah lain yang turut hadir. Jenazah arwah di Kelantan, sementara kami di Pahang. Bonda kepada seorang sahabat Sara, Kak Ti telah pun selesai urusannya di dunia. Kisahnya sudah terhenti di sini. Maka, berangkatlah dia ke fasa seterusnya. Kami tak dapat hadir untuk mengusap air mata Kak Ti tapi dengan menunaikan solat 4 kali takbir dan satu salam ini harap membantu Kak Ti dan keluarga. Doa kami kirimkan buat arwah. Jujur, Sara turut merasa kehilangan. Sedih, sebak. Tapi Sara tahu Kak Ti kuat ! 

p/s :  Allah..sempurnakah tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada ibunda tercinta? Sejauh mana kita ambil tahu tentang dia. Sila ambil cakna sekarang. Bonda tiada duanya. Dialah dan satu-satunya dia, ibu kandung kita. Sementara kita masih boleh mengucup dahinya, memeluknya dan melihat dia senyum kasih kepada kita, lakukanlah. Takut nanti kita yang pergi dulu. Atau andai dia berangkat sebelum kita, pasti sesalan kita tiada berguna. T__________________T

Sara Assyahidah 
11 November 2011
11.52 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan