Terima Kasih Sahabat!!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Pernahkah sahabat-sahabat ingat, sara pernah menulis catatan sebelum catatan ini? Tajuknya  "Mungkin Catatan Terakhir". Allah, ketika menulisnya, memang sangat berat jari-jemari sara untuk menekan papan kekunci laptop ini. (ayat skema macam nak tulis novel pula). Yalah, di sini lah sara coretkan perkongsian dan berceloteh bersama sahabat-sahabat. (walaupun menulis blog sebenarnya macam cakap sorang-sorang atau bahasa mudahnya bersembang seorang diri *bercakap sorang2?? aishh*) Haa jangan nak fikir yang bukan-bukan, HEHE maksud Sara kalau ada yang baca, maknanya adalah yang mendengar. (kira bukan borak sorang-sorang ya)

Berkenaan catatan tersebut, sara telah dapat maklum balas daripada pembaca-pembaca blog. Untuk letak semua sekali, rasanya panjang pula nanti 'post' ni. Jadi Sara pilih dua sahaja.

Petikan 'feedback' sahabat dari Mesir :

Assalamualaikum,selamat pagi cikgu!!selamat paaagi cekgoooo!!nada anak murid sara..hehe...

topic:hati masih tertanya-tanya

tatkala mata masih tidak mahu menutup kelopaknya,secara tidak langsung tergerak di hati untuk menulis topic ini.. "hati adalah jendela bg hati"ehee...

local time:01:45a.m
malaysia time:7:45a.m
Di tengah kesunyian malam di kota kaherah nasr city atau lebih specific lg "hayyu sabi" wonderland ini, lampu-lampu jalan masih bertugas memberi khidmatnya, angin sehalus sutera bertiup ke arah utara egypt menghala ke arah padang pasir yang sebelumnya terdapat bukit yg bernama "jabal mukottom" yg mana diats sana trdapat "kolaah" kubu solahuddin al-ayubi sambil ku ditemani daun kipas yang masih berpusing tanpa keluh kesah,pintu hati ku masih tertnya2 pada nur sara, apakah masalah yg dihadapinya??tiap kali ku mmndang kearah pokok2 ditaman wonderland ats sana,tiba2 hati mmberi respon utk bertnya..tapi ku kadang2 tkut utk brtnya padanya...*tk mngpa,cikgu spoting kot..kot??kottt mngkin..hehe..credit utk sara..huhu,bukan apa,tkot mnyebokk ajaa sih..hehe...adakah masalahnya yg dihadpinya berat,smpai mahu delete dia punya blog?? 'MH' tk stuju!!! di dalam sara pnya blog,byk prkongsian yg baik,kalau sara mahu buat yg baru,sara hndaklah copy semua kisah dlm tu,paste dlm blog baru..apabila terbaca tajuk ini mungkin catatan terakhir,ya allah!!apa dah jadi ni...tapi berdasarkan perkataan "mungkin" itu, mungkin ia mungkin tidak..mudah2an tidak..berdasarkan mksud mugkin dlm kamus dewan edisi ke-4 (tidak mustahil,boleh jadi)..

Baiklah, seorang sahabat Sara lagi dari UniKL MISET:


wah sara jgn delete le!!!!
ana selalu update blog sara tau hahaha
kongsi la ilmu agama n aktiviti kat sane tu!!!!! 


Ya Allah, syukran ala kulli hal atas sokongan. Amat terharu membacanya. Ma3lish (Maaf) ya asdiqo'i'. Sara terpaksa berbuat begitu, bukan saja-saja. Tapi setelah fikir semasak-masaknya, baca dua tiga kali komen dari teman-teman, dan nasihat serta sokongan yang membina daripada sahabat-sahabat, alhamdulillah dengan asbab itu, membuat hati Sara terbuka untuk terus menulis di sini. Meneruskan kalam selagi mana jari-jemari ini mampu untuk menutur bicara. Tapi, sara ada sedikit pengubahsuaian di blog ini. insya-Allah sara akan menukar URL blog kepada saraassyahidah.blogspot.com dalam waktu terdekat ini.

Kenapa? (tanya pembaca hehe). Jawapanya: kerana moga dengan selalu menyebut nama blog ini, menjadi doa buat sara untuk lena panjang dalam jalan syahid. AMIN. Jika ada yang beranggapan adakah Sara tidak suka dengan nama sendiri? Aish, itu tuduhan yang tidak berasas Sara kira. Nama Sara tu umi sara cari bukan main susah dalam kamus nama masa kecil-kecil dulu, mustahil Sara tidak menyukainya. Malah amat sangat bersyukur dianugerahi nama Norsara. HEHE. Itu sahaja untuk malam ini. Insya-Allah jumpa lagi. Terima  Kasih Sahabat! Tiada yang lagi beruntung daripada Sara kerana Sara ada sahabat-sahabat yang sudi menegur jika Sara silap dan memberi dorongan tika Sara jatuh. Terima Kasih yang tidak terhingga, Sahabat!!


p/s : Tak sabar dengan kemunculan URL baru. Hehe (^_^)

Sara Assyahidah
12 September 2011




2 ulasan:

  1. kalo dah sara nak tutup blog ni nak camne terpulang la kepada sara :(

    BalasPadam
  2. ala..pak ya ni..buat ayat sedih plak..sara da pkir semula..dah fikir masak, semasak-masaknya..sara xdelete pun..syukran pak ya atas nasihat hari tu..:)

    BalasPadam