Sehari di Cameron!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alahai, Sara! Cameron pun nak kecoh ke? Lain la kalau pergi Lost Angelina ke hAmsterdam ke baru 'best'. Setakat Cameron, eleh.  

Hehe alah. Sara baru nak cerita. Tak apa, Sara tahu korang 'sporting'. Sebenarnya, Sara nak ajak kawan-kawan supaya  bersyukur dapat lahir di Malaysia. Malaysia memang kaya dengan hasil bumi. (Dan yang lebih kaya ialah orang yang mengaut keuntungan dengan penyelewengan hasil bumi kita kan. Ish, nak ketuk rasanya kepala mereka ni dengan batang paip! Biar dah tak sewel lagi dah.) 

Pada 15  September yang lepas, kami sekelas melaksanakan satu kajian di sana. Tempat utama yang kami tuju ialah di Pusat Jabatan Meteorologi Cameron Highlands. HAA tahu tak apa maksud meteor? Meteor ialah apa-apa sahaja yang jatuh dari angkasa. Dah dapat satu ilmu. Jadi meteor ni tak semestinya 'Meteor' untuk orang buat hajat tu. (ORANG ISLAM HARAM BUAT HAJAT MACAM NI, OK! KITA BERAQIDAH DAN BERTAUHIDKAN ALLAH. INGAT TU).
 

Destinasi kami yang kedua ialah MARDI. Di sini bunga-bunga semua cantik. Merah, Kuning, Oren dan macam-macam ada. Sara yang tak berapa minat bunga ni pun suka tengok. Besar dan Segar! Walaupun dah dua kali pergi tapi tak dinafikan sara memang tak jemu tengok bunga-bunga tu. Hebat sungguh ciptaan Allah! Subhanallah. Teringat Sara kepada Firman Allah dalam surah al-Baqarah, 29 ;

"Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu."



Selain itu, tanaman strawberi merupakan tanaman biasa yang terdapat di mana-mana tempat di sekitar Cameron ni. Untuk hasil yang baik, tanaman ini perlulah dijaga dengan rapi iaitu diletakkan ditempat yang terlindung dari hujan. (Heheh jangan salah faham. Sara tak pernah tanam strawberi pun. Sekadar mengarang di waktu yang tak berapa nak lapang).

Setelah mengelilingi sekitar MARDI, kami bergambar untuk dijadikan kenangan pada masa yang akan datang. Sebab tak tahulah, bila lagi kami dapat sama-sama pergi ke sini.

bersama rakan sekelas

Itu sahaja perkongsian Sara untuk kali ni.

p/s : Em lepas ni nak melancong kat mana pula ya ? Sponsor la sikit. Hehe


Sara Assyahidah
22 September 2011
6.50 petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan