Dambaan Ayat-Ayat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Sewaktu kerja makin banyak bertimbun-timbun, masa inilah mood untuk menulis kian menjadi-jadi, barangkali 'stress' melanda, atau mungkin banyak perkara yang hendak dikongsi bersama.

Mujahid dan mujidah, Sara tahu ada di antara pembaca mulai resah, umur sudah makin menginjak dari satu nombor ke satu nombor, namun masih lagi belum mendapat pendamping yang sudi menemani.

Kes ini biasa berlaku. Jika berlaku kepada perempuan atau wanita, itu boleh dianggap suatu lumrah, kerana bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, dan seharusnya wanita-wanita yang berumahtangga berterima kasih kepada mereka yang rela membujang bukan mencemuh mereka sebagai anak dara tua 'andartu' atau anak dara lanjut usia 'andalusia'. Insan-insan ini sanggup berkorban untuk orang yang diberikan suami dan anak-anak lebih-lebih lagi anak kandung, dan mereka sekali pun tidak pernah merungut kepada kita. Jadi jangan melampaui batas !

Mereka rela hidup bersendirian dan kita pula hidup dengan penuh riuh rendah di rumah. Namun masih ada di antara kita yang tidak bersyukur. Astaghfirullahaladzim.

Jika berlaku kepada lelaki mungkin alasannya cukup-cukup munasabah, kerana mungkin faktor kesihatan, kewangan atau yang lebih tepatnya hanya difahami oleh mereka yang mengalaminya sahaja.

Dambaan Ayat-Ayat Cinta. 

Khas buat yang belum menjejaki alam rumah tangga. Selalunya insan yang sudah menginjak usia 20-an dan ke-atas ini sudah mula serius untuk hal-hal seperti ini. Ada yang sudah mula mencari pasangan hati dan tidak kurang pula yang sudah pun mempunyai calon.

Jika syarat-syarat dan batas-batas syariat dijaga dengan begitu rapi kepada yang sudah punya calon, alhamdulillah. Tapi kalau khuatir, jaga-jaga. Jangan biar syaitan itu mencelah dan bersarang di antara hati-hati kita.

Sara tahu dan cukup faham situasi remaja sekalian. Sara pun remaja juga. Jika ada antara pembaca yang hatinya sudah mula jatuh kepada seseorang, jangan lupa setiap kali sujud, harapkan yang terbaik di dunia dan akhirat. Jika si dia itu adalah yang terbaik buat kita, harapannya si dia dapat membimbing kita dengan cara yang tulus agar dapat bersama meraih redha Allah. Biiznillah. (^__^)




Dambaan Ayat-Ayat Cinta



Buat si dia,
jika kamu dambakan ayat-ayat cinta daripadaku,
aku akan bertindak tegas!
sekali pun tidak akan ada ayat-ayat cinta untukmu, 
Andai antara kita belum ada apa-apa ikatan yang sah,
bukan aku tidak romantis,
bukan jua aku  tidak memahami.

Tapi,
aku jaga batas ini untuk kemaslahatan bersama,
jika ditakdirkan dirimu untuk yang lebih berhak,
aku akan berasa cukup malu bukan sahaja pada Allah yang Maha Esa,
malah padamu dan pada yang berhak untukmu,
jua aku akan hidup dalam keadaan bersalah kepada yang berhak untukku.

Buat si dia,
aku yang menulis ini terlalu banyak mahu aku ceritakan padamu,
tapi kujaga lisan ini,
agar tidak terbabas iman dan taqwa,
agar tidak menjadi fitnah kepada pembawa-pembawa agama.


Jika benar aku adalah insan yang diciptakan untuk kau sempurnakan ibadahmu,
maka aku sedia,
percayalah aku yang tidak romantis ini,
yang tidak membalas dambaan ayat-ayat cintamu,
adalah insan yang tidaklah seperti kau kenali sekarang ini,
mungkin ada yang masih sama,
namun banyak yang belum dikau mengerti.

Kelak,
jika Allah satukan hati kita,
kau akan memahami bahasa cintaku,
kerana cinta si penulis ini,
Sara Assyahidah adalah buat si dia yang benar-benar untukku.


p/s : Salam seindah 'Dambaan Ayat-Ayat Cinta'. Jangan lupa baca entri seterusnya. Hehe =D


Sara Assyahidah
20 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan