~Pesanan Pejuang-Pejuang Agama Allah~



10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.


2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.


5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8) Jauhilah daripada umpat-mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :

1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :
a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain

2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedah

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walaupun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya.

Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :

1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya.Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki

2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya

3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri daripada belenggu dunia

4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.

10 Pesanan Untuk Nabi Musa
ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:

1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.

2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku.

6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”



CinTa BuAt NurFaZiLa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

video

Video ini Sara dedikasikan khas buat sahabat baik Sara, Fazila. Semoga ukhwah kita diredhai oleh Allah dan kekal hingga ke syurga. Biiznillah.

p/s : Semoga dia terhibur..


Sara Assyahidah
30 Julai 2010

Cemburu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Sudah lama hati Sara terdetik untuk menulis cerita hati ini. Hari ini, alhamdulillah Allah memberi kesempatan. Cerita apa ya?? Cerita hati Sara emmm. Ish. Bukan! Bukan! Bukan cemburu yang tu. Sara cemburu dengan anak muda PALESTIN yang pada tika ini, pada saat ini, BERJUANG! BERJUANG untuk negaranya (BERJUANG UNTUK ISLAM!! AGAMA KITA!!).

Sara cemburu kerana mereka itu golongan yang terpilih untuk hidup dalam serba nikmat.

"Nikmat? Sara.. Sara.. Nikmat apa?? Mereka hidup dalam kegelisahan. Perang merata-rata. Kalau bukan hari ini nyawa mereka melayang. Mungkin esok atau lusa. Mereka yang cemburu dengan kita. Sepatutnya kita bersyukur hidup dalam keadaan aman damai seperti yang kita rasa sekarang ini."

Lucu bukan kenyataan itu. Kenyataan itulah yang merobek jiwa dan menjadikan batin Sara meronta-ronta untuk bersama-sama anak- anak muda di bumi PERJUANGAN itu.

Ada apa dengan aman damai?? Hah?? Jika aman damai itu yang membuatkan Sara tidur lena 8 jam sehari.. Hidup sentiasa kenyang. Hidup dalam keadaan selesa. Mahukan tilam yang empuk. Makanan yang sedap. Pakaian yang cantik. Rumah yang besar. Kenderaan yang mewah. Haha Oo itulah konsep 'aman' dan 'damai' maksud kenyataan di atas itu barangkali.

Bahkan Sara tertarik dengan kalimah bersyukur itu. Alhamdulillah tidak dapat Sara nafikan, ramai yang bersyukur. Ya la hidup dalam zon selesa, siapa tak nak kan?? Tapi Sara tak rasa Sara golongan yang bersyukur. Makin lama makin Sara rasa tidak bersyukur. Makin banyak 'complain'. Kenapa begitu?? Kenapa begini?? Seringkali soalan-soalan di bawah ini menerjah ke pendengaranku. 

Ah, makanan macam sampah!! Masin.. Manis macam gula.. Apa nak sangat aku mati cepat ke?? Kenapa keluarga aku tak bahagia macam orang lain?? Kenapalah aku tak kaya macam dia?? Bila pula aku nak dapat gaji, ingat nak beli kereta baru la?? Besok pukul berapa nak pergi shopping?? Ehh baju yang dia pakai tu nampak cantiklah, bilalah aku dapat pakai baju secantik tu?? Bila lah aku nak dapat isteri yang cantik macam isteri dia?? Haha dan yang paling teruk lagi, bila la aku nak dapat isteri baru (muda,bergaya)??

Itulah realiti kita, insan-insan yang hidup 'aman damai'. Oleh sebab itulah, Sara cemburu. CEMBURU kepada mereka yang saat ini berjuang di bumi PALESTIN.. Mereka bukanlah mati dalam keadaan sia-sia. Mati mereka mati berstatus syahid !

"Oo..jadinya kau nak mati syahid la ni. Sara, banyak cara lagi kau boleh syahid. Tahu tak, menuntut ilmu itu seolah olah kita berjihad dan jika kita mati pada saat kita menuntut ilmu itu dikira syahid"

Ya. Sara tahu. Memang tepat dan benar. Tidak pernah sekali pun Sara menidakkannya. Namun jihad dengan membawa pena dan buku itu tidak sama dengan menggalas senapang dan pedang !!

Mereka itu saban hari melihat orang orang yang tersayang dibunuh mentah-mentah di hadapan mata. Tak apalah asalkan bukan kita. Itulah kata-kata orang yang hidupnya selesa. 

Luka. Darah. Itu perkara biasa?
Hilang kaki hilang tangan. Itu pun perkara biasa?
Hilang ibu hilang ayah. Juga biasa?
Hilang isteri hilang suami hilang anak. Itu biasa?
Rumah musnah sekolah musnah. Biasa?
yang biasa inilah membuatkan nafas Sara tersekat !
jiwa Sara bergoncang kuat !
semangat Sara makin membuak- buak !
CEMBURU Sara kian melonjak !!

Sara cemburu anak-anak muda di sana telah dipilih oleh Allah kerana mereka golongan yang imannya mengatasiku, sabarnya mengatasiku, kuat jiwanya mengatasiku, asanya mengatasiku, dan dugaannya mengatasiku.

Ya!! Mereka beruntung. Sara mahu jadi seperti mereka. Jika tidak hari ini..Insya-Allah besok !! jika tidak besok. Insya-Allah lusa. Jika tidak lusa. Insya-Allah akan tiba saat itu.

"YA ALLAH, moga-moga kami dapat bersama pejuang-pejuang di sana. Menggenggam erat senjata dan membunuh satu-persatu manusia YAHUDI itu!! KAMI MAHU MENJAMAH PANASNYA DARAH YAHUDI LAKNATULLAH DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI!! PADA KETIKA ITU HATI CUKUP TERHIBUR!! CUKUP BAHAGIA!! YA ALLAH, matikanlah kami dalam golongan syuhada, golongan yang mati dalam perjuangan agamamu. YA ALLAH PERKENANLAH.."

p/s : Sumbangkan sesuatu berharga yang kita miliki untuk kehidupan saudara kita di sana. Nyawa atau wang ringgit ? Pilih antara dua, atau yang paling baik, pilih dua-dua. 

Sara Assyahidah
28 Julai 2010

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt




Kaifa halukum? Ana bil kher walhamdulillah. Harap semua pun begitu.

Hmm kelmarin Sara diajukan oleh seorang teman tentang rindu. Beliau menanyakan pendapat Sara tentang rindu kepada seseorang yang boleh dikahwini. Katanya, sahabatnya pernah bertanyakan hal ini dan dia telah memberi penjelasan. Teman Sara ni, ilmunya lebih tinggi daripada Sara. Sejujurnya Sara bukanlah insan yang layak memberi pandangan kerana ilmu tidak seberapa. Sara hanya seorang guru biasa yang mungkin akan mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kajian Tempatan atau Kemahiran Hidup sesuai dengan bidang Sara.


Namun Sara sedar, setiap mukmin itu mempunyai tanggungjawab kepada mukmin yang lain. Atas tanggungjawab itu, Sara berkongsi ilmu ini dengannya. Dan tidak lupa, dengan pembaca juga. (^__^)


Setelah membuat rujukan dan melalui pembacaan, insya-Allah pendapat Sara ni mungkin akan ada sedikit kelemahan jadi teguran dan komen kalian amat Sara harapkan.


Bagi Sara, rindu itu lebihan daripada cinta. Bayangkan jikalau kita tidak suka atau benci kepada seseorang, rindukah kita padanya? Jawapannya tentu sekali tidak, bukan ? Sebab itulah. Sara katakan rindu ini adalah rentetan daripada rasa cinta, rasa sayang kepada seseorang yang amat kita kasihi. Sertailah rasa rindu itu dengan menjaga diri dan diikuti dengan rasa rendah diri kepada PENCIPTA yang telah menciptakan keindahan pada orang yang kita rindui itu.

Rindu ini merupakan salah satu daripada komponen 'software' manusia. Begitu juga dengan cinta.  Tiada seorang pun dapat membendung dan mengelak daripadanya. 'Software' itu jika tiada rosaklah dunia. 


Rindu yang hadir itu jika belum sampai masanya, mestilah diawasi kerana manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasil yang haram. Sekali pun tidak pernah rugi orang yang menjaga diri (afaf) dan menyembunyikan rasa rindu daripada orang lain, kerana beliau akan diganjari pahala, justeru Ath-Thohawi menukilkan dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah daripada Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dalam golongan syuhada di akhirat kelak ialah orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan rasa rindu itu daripada orang lain walaupun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.

Ucapan Suyuthi itu bermaksud orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya dengan sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar sehingga sampai ajalnya kesan daripada kerinduan tersebut, maka dia mendapat pahala syahid di akhirat.

Kesabaran orang yang menahan diri dalam kerinduan ini amat sukar untuk dicari namun tidak mustahil. Insya-Allah moga kita tergolong dalam golongan ini. Antara orang yang menahan diri dalam kerinduan; dia bukanlah seorang yang sewenang wenang mengikut syahwat (nafsu) jua bukan orang yang suka menginjak-nginjak kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan amat sangat menginginkan adanya ikatan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya kerana semua ini masih dapat dikawal dan tertakluk di bawah kawalan dirinya. Maka berbahagialah orang-orang yang terpilih ini.

Wallahua'lam bissowab.
Syukran.
p/s : Awasilah rindu itu. Tidak salah merindui seseorang kerana Sara juga tidak terkecuali. Namun masanya belum tepat untuk itu. Tahanlah diri dengan kekuatan iman dan kekentalan jiwa. Insya-Allah sama sama kita jaga. (^_^)

Sara Assyahidah
27 Julai 2010