.::Lelaki itu Menambat Hatiku::.


salam rindu buat semua pembaca..
mahu juga aku tahu pembaca-pembaca blogku ini ramaikah di antara mereka, golongan hawa??
andai kata ramai alhamdulillah..aku bersyukur kerana golongan hawa itu sememangnya golongan yang amat suka membaca..bukan aku mahu katakan kaum adam tidak membaca, tentu sekali kaum adam yang mendengarnya marah bukan? bukan begitu maksudku..kaum adam tidak membaca bukan kerana tidak suka tapi mereka lebih suka amali daripada teori..pendek kata kaum adam dan kaum hawa, kedua-keduanya ada cara masing-masing untuk mendapatkan ilmu..

bercakap tentang ilmu, mahu aku berceloteh panjang mengenai tajuk di atas. Orang kata 'Sharing is Caring'..jadi ilmu yang sedikit ini aku kongsikan bersama kalian. Siapakah lelaki itu? dan mengapa lelaki itu menambat hatiku?

Lelaki itu bersih jiwanya, bersih daripada dosa dan noda. Lelaki itu tidak sesekali berbuat sesuatu yang dilarang agama. Lelaki itu sentiasa kuat dalam apa jua cabaran yang dihadapinya. Lelaki itu tidak menjadikan merokok dan seangkatan dengannya sebagai amalan harian. Lelaki itu bersih perkataannya. Lelaki itu menghiasi bibirnya dengan alunan kalimah-kalimah cinta daripada Rabb (seorang hafiz). Lelaki itu seorang penghafal hadis 40 imam nawawi. Lelaki itu manis senyumannya dengan manis wajahnya bersuluh iman dan taqwa. Lelaki itu baik peri lakunya bersama orang tua.Lelaki itu seorang yang suka membantu orang lain. Lelaki itu boleh berbahasa arab dengan baik.Lelaki itu romantis dan berusaha untuk menjadi seorang lelaki yang romantis seperti Rasulullah. Lelaki itu orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Lelaki itu seorang yang berlemah lembut dengan orang tuanya.Lelaki itu seorang dai'e yang tidak berputus asa dalam jihadnya.Lelaki itu tidak pernah membiarkan malamnya berlalu begitu sahaja tanpa amal ibadat kepada Rabbnya. Lelaki itu sebenarnya.... lelaki itu sebenarnya....lelaki itulah sebenarnya yang menambat hatiku.

Menyenaraikan hal tersebut bukan bermaksud aku telah siap untuk 'mencari'. Aku tidak pernah berniat untuk memikirkan hal ini seawal usia puluhan tahun ini. Kerana mungkin anganku terlalu tinggi. Namun sebelum mencari yang SOLEH, aku mestilah seorang yang SOLEHAH. Aku mestilah seorang yang sentiasa memperbaiki diri dan amal ke arah kesempurnaan sebagai Kaum Hawa yang bergelar Hamba Allah.

Sebenarnya, aku mahu golongan Adam tahu bahawa akan ada kriteria2 yang tidak ada pada dirinya dan ada pada kebanyakan orang adalah LEBIH BAIK. Merokok contohnya, mengapa aku tidak mahu seorang lelaki yang menambat hatiku ini seorang perokok apa lagi perokok tegar. Kerana aku mahu mengisi kekosongan hidup bersamanya bukan untuk setahun dua, tapi untuk sepanjang hayat di dunia dan Insya-Allah aku mahu bersamanya untuk alam yang kekal buat selamanya pula. Aku tidak mahu aku serta zuriatku nanti kehilangan seorang insan yang kami sayang akibat rokok. Aku juga tidak mahu zuriatku nanti mengamalkan perkara-perkara yang aku anggap membazir dan memudaratkan diri sendiri dan orang lain ini. Merokok adalah perbuatan yang mementingkan diri sendiri kerana risiko orang yang berada di sekeliling individu yang merokok adalah lebih tinggi daripada perokok tersebut. Ingat pesanku ini!
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Apa yang aku senaraikan di atas adalah sebagai peringatan diriku jua. Insya-ALLah apa yang aku tulis adalah apa yang aku cuba usahakan. Aku juga ingin menjadi individu seperti Lelaki Itu.

"AKU BUKANLAH MENCARI SEORANG YANG SEMPURNA NAMUN AKU MENCARI SESEORANG YANG MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN."

Manusia sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan dosa. Namun berusahalah sedaya mungkin untuk menghindari perbuatan dosa. Dosa kecil bisa terampun dengan wudhuk. Dosa besar bisa terampun dengan Solat Sunat Taubat.

Sebenarnya, masih banyak tanggungjawab yang aku galas kini belum terlaksana. Matlamatku: Aku mahu menjadi insan yang berilmu. Kerana aku mahu jadi yang TERBAIK untuk RABBku,TERBAIK untuk ibubapaku, TERBAIK untuk lelaki yang kan menemani hidupku nanti dan yang TERBAIK untuk bakal zuriatku. wa Insya-Allah. Lelaki Itu benar-benar menambat Hatiku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan