Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
♥ Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad Miftahulbaabi Rahmatillah ♥
♥ Solatan Wasalaman Daimaini Bidawami Mulkillah ♥
♥ A'dadama Fi Ilmillah ♥
Seperti yang Sara bagitahu sebelum ni. Lagu nasyid jiwang-jiwang UNIC INTEAM ke memang Sara tak layan. Merewang sangat! Banyak berangan! Jadi apa lagi, layan sekejap lagu M.Nasir ni, antara lagu kegemaran Sara :
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kisah sebenarnya
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Dah selesai. 'Part' tiupan seruling tu memang best. Sara rasa seperti kembali ke dunia zaman Tok Janggut, zaman pendekar dulu-dulu. Lagu ini memang ada seni tersendiri. Nak tahu maksud lagu ni, haa google sendiri. Banyak dalam internet. Ada banyak versi. Tapi bagi saya yang sebetulnya ini kisah Nabi Sulaiman dengan Hud Hud. Tapi kisah Nabi Sulaiman ini satu pengajaran untuk kita masa ni. Lebih-lebih lagi selepas PRU13 yang entah apa-apa tu kan. Biarlah depa jawab sendiri depan Allah. Biasalah..
Kalau dah tak ingat mati,
Buatlah sesuka hati,
Buatlah sesuka hati,
Dah tiba masa nanti,
Menghadap Ilahi,
Hang jawablah sendiri.
Baiklah, seminggu lebih selesai praktikum di sekolah. Rindu juga kat anak-anak murid. Kalau tengok semula hadiah-hadiah dan kad-kad ucapan selamat tinggal dari anak murid rasa sayu pula kan. Ada satu kad yang Sara terima, "Cikgu, minta maaf tak boleh bagi hadiah. Saya anak orang miskin. Tak mampu nak beli hadiah kat cikgu. Tapi saya cuba tulis kad ni untuk cikgu. ...." Allah. Macam mana saya tak sebak. Bab ni jangan dilayan. Nanti ada yang teresak-esak.
Segmen Maaf
Minggu ini minggu yang penuh peristiwa. Selain minggu mengundi, minggu ini juga minggu 'study' atau orang putih panggil 'study week'. Dan minggu ini Sara memang berazam memaafkan semua orang. Biarlah salah siapa-siapa, yang penting kalau kita sedar itu silap kita, maka meminta maaf dan memaafkan itu jalan terbaik.
Sara tak mahu lama pendam rasa tak suka sebab lama-lama akan jadi dendam. Dendam itu bahaya. Hehe :)

Nabi Sulaiman pun dalam murka, masih lagi bagi kesempatan kepada Hud-Hud untuk memberi penjelasan kenapa lambat kan? Inikan pula Sara yang bukan siapa-siapa ni. Apabila dah dengar penjelasan, Sara sudah memaafkan dan itu bukanlah bererti kita relakan diri sekali lagi dikhianati, tapi sebagai tanda kita hargai sesebuah persahabatan. Tak lebih dari itu. Ingat pesan roomate Sara, Anis Syakirin "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang." Terima kasih sahabat atas nasihat ni.

Kalau kita dikhianati atau disakiti lagi lepas tu, ala semua orang manusia kan? Jadi, tanya sama itu Hud-Hud la.
p/s : Mood exam sedang berlegar-legar. So, keep smiling! Jom puasa sunat Khamis esok. :)

Sara Assyahidah
1434 H
8 May 2013 (Rabu)
8.35 Malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan