Bertemu Di Blog

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Allahumma solli a'la Muhammad ♥ Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahualaihi wasohbihi wassalam. Subhanallah, bersyukur Sara kerana sementara umur yang masih bersisa ini, Allah telah menemukan Sara dengan rakan-rakan (bloggers) yang lain. Mujahidah-mujahidah (mujahidaat) solehah, Insya-Allah. Selama ini pun jika Sara bersama dengan mereka, hanya sekejap, tidak sempat pun untuk rindu terubat, mengintai sahaja dari kejauhan. Rupa-rupanya Allah beri kita ruang untuk ziarah di alam tanpa suara ini. Alhamdulillah. 

Salam ziarah dan salam ukhwah, Sara hulurkan buat rakan-rakan yang sudi berkunjung. Maka dengan itu, Sara rasa perlu untuk kita bertaaruf (berkenal-kenalan) buat yang belum mengenali.


Nama sebenar Norsara dan nama panggilan 'Sara'. Alhamdulillah, umur Sara sudah genap 21 tahun pada 18 Mac 2012 baru-baru ini. Tersangat 'faqir' dalam ilmu agama. Bercita-cita untuk syahid di pengakhiran riwayat hidup. Jadi 'Sara Assyahidah' ialah gabungan nama dan cita-cita. Mohon doa daripada sahabat-sahabat. Moga doa kalian tiada hijab. Aamiin.

Bertuah rasanya insan faqir ini dapat berkenal-kenalan dan menjalin persahabatan dengan mereka yang mendekatkan diri Sara dengan Pencipta. Disebabkan Sara bukanlah pelajar jurusan agama, setiap kalam dari sahabat-sahabat yang arif dalam bab ini amat bermakna bagi Sara. Subhanallah, amat bertuah dapat bersahabat dengan kalian.

p/s : Buat iqa, ida dan rakan-rakan (bloggers) yang lain, jangan pernah serik untuk tegur silap Sara dan sudilah berkongsi ilmu dengan Sara. Sara amat dahagakan semua itu. Terima kasih sahabat.  ^____^ 

Sara Assyahidah
11 Jamadil Awwal 1433 H
4 April 2012 (Selasa)
9.09 pagi

4 ulasan:

  1. Wow... Sdpnye name...
    Cantik macam tuan dia la...
    :-)

    Nsyaallah... Sama berdiri bergerak berlari pantas dalam usaha memperoleh kurnianNya yang terbaik...

    Moga Allah kasih kita.

    BalasPadam
  2. Ecece bab puji kan? hehe
    Insya-Allah qa,
    moga Allah redha pada setiap degup jantung kita,
    jua pada kerdipan mata.

    moga Allah nilai (^_^)

    BalasPadam
  3. belated sanah helwah buar Sara..
    sory ats kealpaan rakan se'kg' ni utk mewish ulg tahun klahrnmu..
    sudah 21 kite..rase mcm baru lg, bertatih mngejar ilmu yg xbertepian...
    mencari ilmu ibarat minum air..
    seteguk tidak puas, selaut tidak mampu..:))

    p/s: sory dtg mengarut d blog ini pd mlm hari..

    BalasPadam
  4. Ummu!!! hehe komen pertama jiran sekampungku di sini..
    tak pelah umu..hehe sebab dah lahir dah pun..
    syukran ala kulli hal..syukran ala du'a..
    tula umu..baru jah kecik dulu..21 tahun doh..hehe tuo doh umu.. :P
    Allah..benar umu..benar! seteguk tidak puas, selaut tidak mampu..

    hehe mane ad mengarut mu..sudi2 dtg lagi umu ea..

    sori umu lambat blas..lama xbukak blog.. :D

    BalasPadam