Bezanya dakwah Indonesia dan Malaysia

Bimillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Saksikan Filem 'Di Bawah Lindungan Kaabah'. Asalnya Novel oleh Pak HAMKA lalu difilemkan oleh salah satu syarikat penerbitan di Indonesia. Inilah bezanya Filem kita dengan Filem Indonesia. Indonesia Makin hangat menerbitkan Filem-Filem TAUHID sedangkan Malaysia?? Tepuk dada, TANYA IMAN!





Indonesia ramai cendekiawan Islam yang hebat,
Mereka semua sudah keluar mencari tempat,
Untuk berada di tengah-tengah masyarakat,
Supaya semua lapisan mendapat ilmu yang berkat,
Mereka menyampaikan dakwah ke semua peringkat,
Dengan pelbagai medium yang mereka dapat,
Sebagai bekalan mereka dunia akhirat,
Dan dakwah kita masih tersekat-sekat,
kerana apa muslimin muslimat?
Kerana perkara baik pun masih fikir MUDARAT,
Terlalu menyanjung negara Barat,
Dek sempitnya fikiran masyarakat,
Didoktrin oleh Yahudi Keparat,
Sungguh tugas 'Orang AGAMA' kita semakin berat,
kerana Malaysia sudah bernanah dengan dosa maksiat,
Sekarang, tinggalkan perkara remeh yang perlu diperdebat,
Dengan usaha yang mantap kita mula menghangatkan keringat,
'Orang AGAMA' kita tidak lagi sekadar berceramah dua tiga tempat,
SEBALIKNYA KITA MENJADI PELOPOR SEGALA BIDANG YANG HEBAT,
AGAR MASYARAKAT MALAYSIA KITA PULA YANG MENDAPAT MANFAAT.