Jika Si Dia Benar-Benar Mencintaimu kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


waduh kok lama ya kita enggak ketemuk.. waa g mana kondisi kalian? apa baik-baik saja kan? heheh minggu ni sebenarnya saya cuti. Tapi kerana amanah yang lagi aula untuk saya penuhi, saya tak sempat nak luangkan masa bersama pembaca-pembaca sekalian. Sepanjang cuti ini, saya dan kakak ditugaskan untuk menjaga adik-adik. Dari awal pagi bangkit buat sarapan (ceyy..masak tu..), lepas tu makan tengah hari dan makan malam. Barulah saya rasa apa yang suri rumah rasa, ya Allah penat sangat! Tapi macam mana ibu-ibu kalian yang suri rumah tu boleh bertahan kan? Pelik bin ajaib sungguh! Ada di antara kita yang tidak menghargai pun usaha ibu yang memasak di dapur, kemas rumah, basuh, jemur dan lipat kain untuk anda? Ada tak anda pernah tolong kerja mereka? (khasnya untuk lelaki, yang perempuan pun kalau malas masuk dapur SILA BERUBAH ya, lelaki pun ada yang rajin dan pandai masak, kemas rumah, malu kat mereka wahai kaum hawa). Cubalah anda ambil amanah ibu itu sehari sahaja. Agak-agak kalau anda masak, adik-beradik atau anggota keluarga yang lain boleh makan tak? Kalau boleh, alhamdulillah. Tapi kalau tak boleh dan tak mampu, Sila Dengar ni, bagi yang suka komen dan 'demand' kata masakan ni tak sedap lah, masin lah, tawar lah, anda mampukah memasak sehebat dia? Kadang-kadang kita sebagai anak, biar pun masakan itu biasa, tetapi kalau ibu kita yang memasaknya, SILALAH BAGI PUJIAN, bukannya susah pun. Bagi penghargaan atas penat lelah para ibu, biar ibu kita rasa puas hati dengan hasil kerjanya itu.

Saya bercakap ni, atas pengalaman. Contohnya kalau saya yang memasak, selesai masak, adik-adik akan menjamu selera. Apabila melihat mereka makan tanpa memandang ke kanan dan ke kiri, saya menarik nafas lega. Tengok, itu pun satu penghargaan yang boleh membuatkan orang yang memasak rasa puas hati. Terus saya akan bertanya kepada adik lelaki saya, "Adik, mesti tak sedap kan?" Lantas dia menjawab, "Kalau tak sedap, adik tak makan da.." Mendengarnya, syukur tidak terhingga! Sebenarnya pujian ini sebahagian dari rasa cinta dan sayang. Betulkah? Tak kisah kalau anda tidak bersetuju. Itu pendapat saya. Segala penat lelah seorang ibu itu walaupun dia terpaksa mengulang rutin yang sama setiap hari, memasak, membasuh, mengemas, tapi itu semua mereka lakukan dengan IKHLAS! Sebab apa? Sebab Cinta! CINTA ibu kepada ayah kita, cinta ibu kepada anak-anaknya! Tengoklah betapa besar kuasa CINTA! Dek kerana CINTA, mereka tidak kisah jika mahu mengulang rutin yang sama walaupun penat dan kadang-kala membosankan. Dan segala kerja yang ibu lakukan, tak pernah sekali pun dia minta kita untuk memberi upah atau gaji kepadanya. Ya Allah murni sungguh hati seorang ibu!
SUBHANALLAH....

Rentetan itu, saya amat yakin kalian yang membaca dan berkunjung ke blog saya ini, majoritinya REMAJA. Jadi, jika kalian masih lagi bujang dan mahu mencari jodoh, carilah SUAMI DAN BAPA kepada kita dan anak-anak / ISTERI DAN IBU kepada kita dan anak-anak. Carilah yang terbaik! Kerana INSYA-ALLAH, seorang remaja bujang yang bersedia memikul tanggungjawab sorang suami dan bapa/ isteri dan ibu, bukanlah calang-calang orang. Mereka ini Insya-Allah akan menyerikan hidup dalam berumahtangga dan ingin sentiasa membahagiakan keluarga yang dimilikinya. Oleh itu, untuk mencari yang TERBAIK pada zaman ini tentu sekali SUKAR! Ya Allah, secara personal saya terus-teranglah, mencari lelaki yang tidak merokok pun susah! (Maaf kalau isu ini agak SENSITIF). Saya seorang wanita, jadi saya bercakap atas penilaian seorang wanita. Saya mempunyai teman-teman yang cantik budi dan akhlak, mereka ini insya-Allah gadis-gadis yang solehah. Apabila mengutarakan soal cinta dan jodoh dalam mana-mana USRAH, teman-teman saya ini tentu sekali menyuarakan suami yang diimpikan mereka adalah salah satunya, TIDAK MEROKOK! Jadi, apa kata anda? Anda sendirilah yang boleh menilainya. Jika menganggap kami ini KOLOT, maka terserahlah. Tapi kalau bersetuju, Hentikan dan jauhilah TABIAT YANG MEMBUANG WANG DAN MASA ITU! Lagipun tabiat itu langsung tidak memberi FAEDAH DALAM HIDUP SEBAGAI MUSLIM! 

Andaikata kita sudah mempunyai seseorang yang TERBAIK, insya-Allah untuk hidup kita. Maka peliharalah perkenalan kita dengan si dia dari segala kemaksiatan. Kerana tidak semua orang yang mendapat jodoh dari perkiraan orang tua, boleh jadi seseorang itu mahu mencari sendiri. Jadi teruskanlah. ISLAM tidak pernah melarang kita untuk mencari jenis pasangan hidup kita dan tidak sekali-kali mewajibkan ibubapa sahaja yang boleh mencarikan jodoh untuk kita. TIDAK! Cuma ISLAM meletakkan garis panduan yang cukup jelas! Jauh dari segala maksiat dan perkara melalaikan. MAKSIAT ini pula bukan sahaja bermaksud, khalwat, zina! Tapi adakalanya 'Short Message Service' (SMS) pun boleh dikira maksiat andai salah caranya. 

Apa yang salah? Baiklah, saya bagi jawapan yang cukup mudah, perkara yang salah itu ialah perkara yang jika Allah tanyakan di akhirat kelak, kita tiada jawapan untuk dijawab. Mudah kan? Baiklah saya perincikan lagi, kalau 'sms', 'call' dan 'jumpa' bukan atas urusan penting, maka itulah MAKSIAT! Jelaskan? Urusan penting yang bagaimana? Urusan itu andai Allah tanya, KITA BOLEH JAWAB!


BUKTI Jika Si Dia Benar-Benar Mencintaimu kerana Allah;

1. Dia mahu Allah menyayangimu
2. Dia mahu mengenali ibubapamu
3. Dia tidak suka kamu berbuat dosa
4. Dia tidak mengungkapkan kata cinta padamu sebelum akad
5. Dia berkenalan dengan ibubapa dan keluargamu
6. Dia tidak akan menghubungimu jika tiada urusan penting
7. Dia tidak akan bertemu denganmu melainkan hadirmu bersama mahrammu (tidak berdua-duaan)
8. Dia seorang yang amat menghormati kamu sebagai seorang wanita
9. Dia akan berasa senang dan gembira jika kamu mula belajar apa yang disukainya (selagi tidak bercanggah dengan syariat)
10. Dia sentiasa menyebut namamu dalam doa setiap kali solatnya
11. Dia akan menyuntingmu secepat mungkin 
12. Dia akan menikahimu dan menjalankan amanahnya sebaik mungkin

dan yang paling penting,

13. Dia menikahimu bukan kerana paras rupamu tetapi kerana personaliti dan agama yang ada padamu

13 bukti ini adalah bagi pemerhatian dan penelitian yang mungkin tidak berapa tepat daripada saya. Jadi, asif jiddan jika tersalah. Akhirul kalam dari saya, jika bagi hidup orang yang tidak menitikberatkan ajaran Islam, Pernikahan dan Perkahwinan itu adalah jalan terakhir tetapi tidak bagi yang mengikut syariat Islam. Akad Nikah itu adalah permulaan percintaan mereka (insya-Allah Sara juga). Amin..

Sebelum mengundur diri, bacalah puisi yang amat menyentuh hati ini;

Puisi dari seorang sahabat maya di Halaqah.net yang baru sahaja berangkat pergi meninggalkan dunia pada minggu lepas..(Nurul)

Bila kupasak tiang cinta di perkarangan maharku..
kau harus meneguhkan dengan as-sajdah..
Tapi..
Seandainya pasak ku jatuh menyembah bumi
Jangan pernah kau paksa ia berdiri..
kerana gantinya al-fatihah..

Sebak rasanya. Al-FATIHAH buat arwah. Perjalananmu didunia telah pun berakhir, sahabat! Lalu ku berdoa agar perjalananmu di alam sana jua lancar, INSYA-ALLAH..kerana kau gadis solehah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s : Kalau rasa nak bercinta, mesti bersedia memikul tanggungjawab. (^_^) Cinta Selepas Nikah itu paling indah. Jua muhasabahlah diri kerana kita juga tidak terlepas dari melalui apa yang Nurul lalui. (-_-)

Sara Assyahidah 
4 Jun 2011

 

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum.slamat brcuti cikgu.byknya artikel pasal cinta.papepun artikel ni the best.tanggungjwb bkn pada laki je, tp prmpuan jg perlu slg bantu membantu.jk si laki sudah brsetuju nak brjumpa keluarga, si prmpuan perlu adjust tarikh, masa, hari yg sesuai dsamping prkenalkn dulu pd ibubapa, kalo x terkejut nanti parents, waktu ni la yg digalkkan brhubung laki dm prmpuan blh brbincang, kalo x bincang janji skadar angan2, pandai2lh si laki dn prmpuan jaga hati waktu brhubung, kalo rasa lari dari matlamat brhubung maka brhentilh brhubung pada waktu 2..ok.papepn slamat brcuti.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam wbt. tentang artikel cinta tu, sekadar mengingatkan diri sendiri, namun jika dalam masa yang sama kita dapat mengajak orang lain supaya menghindari cinta sebelum kahwin, itu kan lebih baik. Cinta Itu Kekuatan. Jadi, berdakwah ini banyak caranya. Sara senang dengan mengajak teman-teman mengenal Allah dengan cinta. Mungkin sebab itu jugalah banyak artikel tentang cinta. Terima kasih Arif Al-Baihaqi kerana sudi berkongsi pendapat di laman ini bersama sara dan pengunjung blog yang lain. Selamat Bercuti juga.

    BalasPadam
  3. he2, kalo bab2 cinta ni, ore memang byk pndapat sara, em..ore byk baca buku2 brkaitan cinta, pd rof, org laki dn org pempuan mmpunyai persepsi bebeza tntg mencapai ikatan perkahwinan, contohnya, org prmpuan tdk suka merancang sblm perkahwinan krn prmpuan sgt brpegang kpd syariat, org laki jg sgt brpegang kpd syariat tp lbh suka merancang sblm prkahwinan, tp ini sekadar apa yg rif dpt menerusi bacaan..papepn brgantung pd org jg..byk lg pendapat..

    BalasPadam