hari ini dan esok~!!



Apabila hati tersangat gembira dan bahagia, kita akan berharap moga-moga esok pun seperti hari ini. Tapi jika esoknya menjelma dan tidak seperti yang diharapkan, kita akan berasa amat hampa dan sedih. Kadang-kadang kecewa sehingga menangis-nangis. Apakah dalam situasi ini kita harapkan perkara yang sama masih lagi terjadi esok?? Sudah tentu tidak,bukan?


Mengapa kita begitu beria-ia mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, namun kita tidak pula dapat menerima kesedihan dan penderitaan? Bukankah itulah pasangannya. Indahnya ciptaan Allah. Setiap perkara dan makhluk itu diciptakan pasangan mereka masing-masing. Seperti oksigen pasangannya karbon dioksida, air pasangannya api dan lelaki pasangannya wanita.

Mungkin inilah kesilapan dan kekhilafan tanggapan saya selama ini. Ya! Mesti saya ubah!

Benar! Jika Allah tidak menciptakan perasaan sedih dan derita, bagaimana mungkin kita kenal erti gembira. Jika Allah tidak menjadikan susah dan sukar bagaimana kita mahu kenal erti senang dan mudah. 

Lihat! Benda ini memang sudah berabad dikhabarkan kepada kita. Namun apa kesannya?

Kita dengan perangai lemah yang tak sudah-sudah terus mepersoalkan bermacam-macam, 'kenapa?' 'mengapa?'.."kenapa nasib aku sentiasa malang? Orang lain, aku tengok da senang-lenang. Makin lama makin bahagia..kenapa aku tak macam tu!!"

Inilah perangai yang tak habis-habis insan yang bergelar HAMBA. Dengan membawa status itu, kita terus meninggikan hidung dan berjalan di atas muka bumi dengan penuh bongkak! 

Kenapa jika kita bahagia, kita tidak pula berkata, " kenapa aku gembira, kenapa orang lain tak gembira macam aku!!"

Agak-agak ada ke?

"Ya Allah, kenapalah aku diuji sebegini?" inilah doa kita sewaktu susah. Kita hanya sedar apabila Allah menguji kita dengan keadaan susah seperti itu. Lupakah kita, dalam keadaan mewah pun kita diuji. Namun berapa ramai yang sedar mereka sedang diuji pada ketika itu. Tak ramai!! Jadi jika Allah uji kita dengan keadaan susah, bersyukurlah. Kerana ramai dalam kalangan kita, apabila diberi harta menggunung tinggi, makin dia mengejar dunia. Sedangkan dunia ini ibarat air laut makin diteguk makin bertambah rasa dahaga. 

Maafkan saya jika saya cuba berkata jujur. Hari ini menteri-menteri kita diberi gaji yang melampau-lampau tingginya. Namun kerja masih lagi lembab dan tidak cekap. Mengapa masih ada golongan-golongan yang tidak diingini oleh rakyat seperti ini dalam pentadbiran negara kita sehinggakan wang kopi dijadikan darah daging anak beranak mereka. WANG KOPI?? Sudah tidak relevan lagi digelar wang kopi abad ini. WANG NERAKA dalam bahasa kasarnya. 

Rakyat akhirnya tersepit dibawah pemerintahan yang tidak siuman semacam ini. Jangan jadikan orang lain mati tidak berkubur hanya sekadar untuk suap ke mulut sendiri sampai muntah! Jadilah pemimpin yang bersih dan tidak perlu bermewah-mewah. Ingatlah jika tidak hari ini kita diheret ke mahkamah dunia, MANA MUNGKIN KITA TERLEPAS DALAM MAHKAMAH ALLAH!

HARI INI?? BIARPUN HARI INI TIDAK SEINDAH SEMALAM, NAMUN JADIKAN DIRI KITA HARI INI HAMBA YANG ALLAH BANGGAKAN..

ESOK?? BIARPUN ESOK BELUM MENJELMA, NAMUN JADIKAN DIRI KITA TIDAK LALAI UNTUK MEMIKIRKAN BILA KITA DIKAFANKAN..

::sara::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan