!Destinasi Yang Bakal Kutuju!

Salam alaik semua..
i'm back!
sebenarnya banyak sangat perkara yang nak dikongsi,
tulis punya tulis, lepas itu, tak jadi nak 'publish',
sebab dalam proses penulisan, idea terbantut tiba-tiba,
jadi tersimpan erat dalam 'draft',
kalau rasa ada masa dan ada idea, teringin jugalah nak sambung..
alang-alang dah tulis..
tapi rasanya tak sambung dah..(erm tengoklah macam mana)

alhamdulillah, aidiladha tahun ini nampaknya walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya namun masih ada yang istimewa pada hari raya kali ini..
tahun-tahun lepas, aidiladha disambut bersama nenek yang tersayang..
teringat juga padanya, kalau tengok perut lembu yang hitam legam itu mesti teringat pada arwah..
sebab dia suka memproses bahagian itu,
masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya di cuping telingaku,

"Hurm, perut ni kalu duk ite lagu ni, pakat toksey blako, kalu dea putih jelepuk pahni gak wat sup pulop, pakat dop genak la ni" (maaf dalam bahasa kelantan sebab kami orang kelantan)

maksudnya (ceh, siap bagi maksud lagi, macam 'translater' pula):
"Hurm perut (lembu) ni kalau warna hitam macam ni, semua tak pandang, tapi kalau dah dicuci dan dibuat sup, tak cukup ni"..(lebih kurang macam itulah)

bibirku mengukir senyuman, al-Fatehah buat arwah..i miss u, dear!

Apabila mataku memandang skrin televisyen, sambil menonton tetamu-tetamu Allah menunaikan ibadah haji, YA ALLAH, sayunya rasa hati ini, sudah menjadi hajatku yang telah lama kuidam-idamkan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjejakkan kaki ke sana..di sana terdapat Baitullah, tempat semua umat manusia bergelar muslim menghadap arah yang satu semasa solat (kiblat)..

Makkah Al-Mukarramah




insya-Allah, hanya doa yang kupanjatkan pada Ilahi agar Dia memperkenankan hajatku ini, di sini juga kalau diizinkan Allah aku mahu jadikan tempat untuk aku berbulan madu,
(hah! bulan madu? apa ni sara? umur baru setahun jagung, sudah fikir-fikir nak berbulan madu pula..sedar sikit!)

bukan fikir, tapi berhajat sangat untuk mendapat ketenangan di sana..Insya-Allah..

Kalau zaujiku tidak mampu, tidak mengapa, bukanlah niat untuk meminta-minta permintaan yang menggunung sehingga perkara ini di luar kemampuanmu, sekadar berhajat..tidak salahkan jika aku memasang hajat kerana semua manusia tidak pernah lari daripada berbuat demikian.
(aishh, sara, awak ni dah keluar tajuk, 'back to the main menu please'...)

baiklah, betul juga, saya sudah keluar dari tajuk yang sebenar,
teringin untuk mengerjakan tuntutan rukun islam yang kelima,
kini, kudratku alhamdulillah, namun kewangan yang tidak mengizinkan lantaran masih lagi belajar, tapi tidak mengapa kerana Allah sudah menetapkan yang terbaik buat kita asalkan kita jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa..

Destinasi kedua ialah di sebuah negara yang amat mengingatkanku tempat pertumpahan darah saudara-saudara seIslam yang dikecam oleh pengganas dunia di bumi mereka sendiri,

Bosnia Herzegovina..






Subhanallah, tempatnya begitu cantik, tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Maha Suci Allah, tempatnya amat mendamaikan jiwa..

Mungkin itulah salah satu sebab tentera rejim zionis melancarkan serangan ke atas negara Islam yang mempunyai kecantikan alam semula jadi yang luar biasa ini..(amboi, ulasan panjang lebar, macam pernah sampai ke sana, padahal...tak pernah jejak pun.. aishh jangan cakap kuat-kuat nanti orang dengar)


Ibu negara Bosnia, Sarajevo bukan Saranusir. (eh, nama nak samalah). Sama? Mana ada. Di sana terdapat beberapa buah masjid. Walaupun masjidnya tidaklah sebesar mana, tapi aku suka melihat kesederhanaan masjidnya. Yang paling penting, masjid itu rumah Allah dan Allah menyukai orang yang sentiasa mengimarahkan rumah-Nya. Insya-Allah moga kita tergolong dalam kalangan tersebut. (maaflah ingatkan nak tunjukkan juga gambar masjid tersebut tapi ada masalah teknikal pula)



Destinasi ketiga, ialah di sebuah negara yang pernah di tadbir oleh sebuah empayar islam iaitu kerajaan Uthmaniyyah..agak-agak di mana?


Turkey...




Ya Allah, hati ini terasa gembira sangat apabila melihat masjid biru,




Insya-Allah, jika diizinkan Allah yang Maha Pemurah, mahu aku menunaikan solat di masjid ini.

Bukan itu sahaja, di Turkey, banyak sangat tempat-tempat yang cantik dan yang paling penting negara ini mendekatkanku dengan sebuah empayar Islam yang ulung..




Manakala destinasi terakhir, merupakan sebuah destinasi yang terdapat paling ramai umat islam, (teka-teka??)


China...



Teringin benar untuk mengatur langkah ke sana, di Beijing..
melihat tembok besar China, (gambar sahaja yang mampu) aku jadi kagum dengan segala kekayaan yang Allah limpahkan kepada negara China..kekayaan dan keunikan seni binanya..cukup untuk membuatkan diriku terlopong seketika..masya-Allah..
(masa kecil-kecil dulu, suka sangat tengok cerita cina purba yang pelakon-pelakonnya selalu sebut 'mansoi mansoi man man soi' tahu sebut tapi al-masalahnya tak tahu maksud)

moga Allah perkenankan..wa insya-Allah..
(doakan moga-moga hajat sara tercapai, kawan-kawan)
...........................amin ya rabbal alamin...............................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan