Lelaki Itu Di Dua Persimpangan


Lelaki itu di dua persimpangan,
Antara jalan lama dan jalan baru,
Jalan lama dan jalan baru tiada banyak bezanya,
Kedua-dua adalah jalan untuk menuju ke destinasi yang sama.

Jalan lama,
telah lama kau kenali,
tentu sekali banyak kenangan bersama,
tidak banyak syarat yang dikenakan,
tidak banyak peraturan yang harus kamu ikut,
selalu setia menantimu,
selalu buatmu selesa di perjalanan.

Jalan baru,
yang baru kau kenali,
namun,
meletakkan banyak syarat kepadamu,
mungkin kadang kala membuatmu terkongkong,
banyak peraturan yang perlu kamu ikut,
tol pula tak habis-habis,
terkadang mungkin kena saman,
makin lama makin pening kepala.

Ketahuilah wahai lelaki itu,
Jalan lama dan jalan baru tetap dibina dengan asas yang sama,
Terkadang mungkin kerana mahu melalui jalan baru,
Jalan lama akan sunyi.

Ketahuilah,
Jalan baru tidak sesekali mendesakmu melalui jalannya,
Pilihlah yang terbaik,
Ingatlah kepada jalan lama,
Dikau telah lama mengenalinya,
Mungkin jalan itu lebih baik.

Jalan baru banyak songehnya,
selalu membuatmu terluka dengan saman dan tol,
namun jalan lama,
masih setia menantimu di tempatnya,
mungkin jalan lama sedang menderita keranamu,
laluilah jalan lama andai itu lebih baik,
moga jalan lama memberi seribu satu senyuman di wajahmu kelak.

Jalan lama jangan bersedih ya,
Jalan baru tidaklah begitu kejam,
Sehingga membiarkan sahaja dirimu berduka,
Insya-Allah jika lelaki itu memilih jalanmu,
Dia akan merawatmu dari terus luka.

p/s : Sekadar sajak. Tidak lebih dari itu. (^_^)

Sara Assyahidah
2 Julai 2011

2 ulasan:

  1. wah sara
    berbunga ayat!!!
    dah jumpe bakal suami ke???
    brakallahkuma!!!!!

    BalasPadam
  2. berbunga ke?
    sara ingat berdaun je..
    tak ada la yahya..
    sekadar berpuisi di masa lapang..
    suami? tntg tu sara serahkan kpd orang tua..
    tak mahu fikir lagi..
    cewah..
    ke yahya yg da jumpa bakal isteri???
    wah yahya!!
    barakallahulakuma!!

    BalasPadam