Cik Sara Nak Ngobrol Sikit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Sara tak bercadang nak berceloteh panjang memandangkan baru sahaja balik dari suatu tempat, mata pun dah mengantuk, badan pun dah sakit-sakit, otak pun dah tak boleh nak reka ayat yang gempak-gempak lagi dah. Tapi sekadar mahu mengkhabarkan bahawa hari ini, Allah betul-betul bagi Sara segala-galanya!! Ya Allah, ALHAMDULILLAH.

1. Kertas Kerja yang sara buat untuk program Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh 2011 (singkatannya, AKMAL 2011) dah lulus oleh Pengarah Kampus. (credit to Fauzan yang banyak membantu, terima kasih banyak-banyak  walaupun dia tak tahu sara ucap terima kasih kat sini)

2. Seharian di dapur surau, belajar banyak petua memasak dari pensyarah-pensyarah yang terlibat dan kawan-kawan semasa proses untuk mengadakan majlis tahlil tadi. (hehe baru confident sikit kalau dah pergi rumah mak mertua nanti, ceh>>silap-silap nanti sara yang ajar mak mertua..hmm tak ada benda lain ke nak cakap cik sara oi)

3. Tadi tengok ramai juga lah kaum adam turun padang, masuk dapur dan yang paling menabjubkan mereka ni 'MEMASAK'! wow!! That  really hard to see them make curry and the other dishes.  Bagi Sara, orang lelaki yang pandai masak adalah BONUS, and I really like it! Wah nanti nak suruh umi dengan ayah Sara cari calon ada package yang pandai masak selepas dah penuhi kriteria yang wajib-wajib tu. Hehe Sara amat sangat suka kalau seorang suami tolong isteri memasak kat dapur. Actually so sweet!!! (dah start merewang) But it's truly about me k!

4. Setelah seharian, penat itu hilang apabila sara dapat melihat ramai sangat yang datang surau tadi especially my classmate! I really glad to see them! Love It!! Lepas itu, berjumpa dengan adik-adik usrah dan berceloteh bersama mereka.Walaupun sekejap, tapi mereka memang sporting habis!. Sentiasa bagi komitmen kepada usrah. Dan yang lebih mengharukan apabila sara cakap yang "mungkin kali ni, last adik-adik berusrah dengan akak. Sebab nanti, mungkin lajnah yang terlibat akan buat rombakan usrah. Jadi adik-adik mungkin akan jumpa Naqibah yang lagi bagus daripada akak." Seriously, Sara pula yang rasa sebak apabila tengok mereka dah macam sedih je nak berpisah.(Sara memang jenis sensitif sikit bab-bab macam ni) Ceh, tak tahulah mereka sedih ke tak. Tapi Sara rasa mereka sedih kot. Err, rasanyalah. insyaAllah :))

5. Semangat baru untuk memulakan kehidupan seorang pelajar. I've to move forward! Kejayaan exam semester lepas alhamdulillah. Sudah lama berhasrat untuk dapat dekan, akhirnya Allah makbulkan juga. Alhamdulillah. Tapi di sebalik kejayaan tu, Sara kena banyak usaha la semester ni untuk maintain la konon-kononnya. Bak kata orang (Ya la kan, takkan lah kucing pula nak bemadah pujangga ni) :

'Amat sukar untuk mencapai kejayaan, Tapi lagi sukar untuk pertahankan sesuatu kejayaan yang dicapai!'

Ada lagi. Tapi dah tak larat nak tulis. Pergi dulu. Tak larat nak pot pet pot pet dah. Adios!


p/s: Hidup ini sementara jadi jangan mudah berasa bangga dengan kejayaan dunia kita. Tapi binalah kejayaan ukhrawi dengan menjaga akhlak kita sesama makhluk. Jangan mudah melukakan hati sesiapa kerana Memang betul Allah itu Maha Pengampun. Tetapi dosa sesama insan, hanya insan itu sahaja yang dapat memaafkannya! Ingat tu. Sama-samalah kita menjaga kesejahteraan Awam. Sara pun minta maaf juga ya.

Sara Assyahidah
7 Julai 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan