Senyum Ceria

Bimillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Maaf sangat-sangat kerana hari ini baru dapat memberi ruang kepada diri ini untuk menulis. Setelah semangat kian pudar tempoh hari. Alhamdulillah. Kini, semangat sudah pulih seperti sedia kala malah sukacita dimaklumkan semangat makin berkobar-kobar ni.

Itulah, Allah itu Maha Pemurah. Kasih sayang-Nya memang sentiasa bersama kita tetapi kita sahaja yang selalu alpa. Terima kasih buat teman-teman yang berkunjung ke sini dan mendoakan Sara. Memang benar. Sara tak tahu siapa kalian. Namun Allah itu Maha Mengetahui. Insya-Allah Sara berdoa ke hadrat Allah agar menurunkan rahmat yang melimpah ruah kepada kalian.

Alhamdulillah, mungkin dengan asbab doa kalian. Sara bersemangat lagi. Terima kasih juga buat teman yang memberi sokongan. Senyum ceria sentiasa terukir buat teman-teman sekalian menandakan Sara sudah bersemangat! Syukran jazilan buat kedua-dua orang penting dalam hidup Sara, Umi dan Ba kerana sentiasa membakar semangat Sara.



Benarlah kata seorang teman, 
Kita memang kuat..
Tapi kadang kala Allah hadirkan rasa tidak semangat itu..
untuk kita sedar di mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita pada Dia..
Terima kasih atas nasihat ini :)

Buat semua, 
Senyum-senyumlah selalu..
Kerana senyum itu mendamaikan jiwa..
"Senyum itu sedekah"

dengan senyuman..
Seorang suami akan berlemah lembut dengan isterinya..
Seorang yang angkuh bisa cair keangkuhannya..
Seorang yang kelihatan biasa akan nampak manis pada wajahnya..


p/s : Insya-Allah moga pembaca juga sentiasa kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup. Ameen ya Rabb. Salam Muhasabah (^_^)/




Sara Assyahidah
28 Mac 2011




Tiada ulasan:

Catat Ulasan