Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Wah jumpa lagi kita ya. *Kok gi mana ya kondisi kalian?* Hehe pagi-pagi lagi sudah melalut cakap indon. Ya la sekali sekala kalau hidup ni terlalu serius nanti orang pun takut untuk mendekati kita tapi kalau happy go lucky sangat pun tak boleh juga. Bersederhanalah kita. Kalau kelantan cakap 'bo bo sedea molek'.
sudah hampir setahun peristiwa itu berlalu
peristiwa???
begini ceritanya
peristiwa ini terjadi sekitar bulan Mei tahun lepas
apabila kata-kata fitnah menerjah ke telinga saya
mendapat mesej daripada seorang rakan
mengatakan ada pihak yang memandang serong terhadap saya
kerana melihat gambar-gambar di FACEBOOK
rakan saya itu cuba mempertahankan saya
mengatakan mungkin ada salah faham
namun pihak itu tidak cuba untuk memahami
apabila sampai di telinga ini
alangkah berkecainya hati
mereka yang bergelar lelaki sanggup melapah jiwa kerdil ini
hari-hari yang saya lalui dalam minggu itu terasa sebak sahaja
ada sahaja air mata yang menemani di setiap kali solat
walaupun saya tidak kenal mereka
namun ketahuilah saya rasa terpukul dengan kata-kata mereka
hanya Allah yang mengetahui betapa peritnya detik yang saya lalui ketika itu
ALLAH..................
Tergamak mereka....
apatah lagi
sejenak selepas itu
NENEK kesayangan pula berangkat pulang ke pangkuan Allah
(al-fatihah buat arwah)
Kata-kata itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga pada waktu itu
dalam keadaan sebegitu
saya menekan butang 'DELETE' pada album-album gambar yang pernah saya upload
juga butang 'REMOVE' pada setiap gambar yang di'tag'
Setelah itu, saya deactived akaun facebook
dengan harapan tidak lagi dibayangi peristiwa tersebut
mula-mula agak sukar sebab dulunya
saya tahu saya dengan benda alah ni
tak boleh berenggang
hidup pun makin hanyut
solat pun makin lewat
tidur malam pun lambat
NAMUN..
ALHAMDULILLAH..
bersyukur pada-Mu ya Allah
berterima kasih kepada 'mereka'
kerana dengan asbab kata-kata mereka
banyak merubah insan ini
mentarbiyyah jiwa
setelah hampir 6 bulan lebih mengumpul kekuatan
saya mengaktifkan semula akaun facebook
tapi pada mulanya
agak ragu-ragu
takut peristiwa itu berulang lagi
jadi saya mem'private'kan facebook
juga menukar nama saya di laman tersebut
facebook saya hanya untuk ahli keluarga
setelah itu baru sedikit demi sedikit memberi ruang kepada rakan-rakan yang lain
alhamdulillah saya sudah merasa hikmah disebalik semua itu
jika dahulu lelaki sentiasa bersilih ganti di kotak 'chatting' mengisi masaku bersama facebook
namun kini, tidak lagi!
jika dahulu sentiasa menulis status yang bukan-bukan
menarik perhatian ramai untuk mengisi kotak 'comment' dan 'like'
namun kini, tidak lagi!
jika dahulu sentiasa memuat naik gambar untuk memancing mata manusia untuk memandang
namun kini, tidak lagi!
dan banyak lagi tidak dapat kutulis
ini semua kejahilanku yang dulu
telah kulipat dalam kotak sejarah hidupku
dan kuikat erat-erat
tidak mahu meneruskan atau mengulang kembali sejarah yang telah berlalu
serik! pedih!
memetik kata-kata seorang hamba Allah,
" gambar-gambar yang anda 'private'kan di internet, walaupun private, belum tentu ia selamat daripada pandangan mata-mata jahat...fb sendiri ada moderator-moderator, lalu-lintas internet pun dikawal oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), belum campur hackers dan sekutu-kutu mereka.."
apa yang saya ceritakan di sini bukan saja-saja
mengimbau pengalaman pahit untuk diceritakan pada umum bukan satu perkara yang mudah
kerana semasa saya menulis ini pun, air mata saya bergenang
rasa sebak makin sesak
ambillah ibrah (pengajaran) daripada kisah realiti hidup saya ini
menjadi pedoman hidup kalian pula
terutama buat mereka yang bergelar kaum HAWA
p/s : Tolonglah jangan ulangi kekhilafan yang pernah Sara lakukan ini.
Sara Assyahidah
4 April 2011
4 April 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan