Jangan Putus Asa!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Ma akhbarakuma ya asdiqoti? Moga sihat-sihat sahaja, insya-Allah. Sebelum Sara berangkat ke institut pendidikan guru, masih banyak lagi tanggungjawab yang belum selesai. Sudah tentunya tanggungjawab sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan tidaklah semudah yang disangka. Namun, inilah yang Sara wajib hadapi.

Pada saat ini, kesihatan pun nampaknya kurang memuaskan. Apa-apa pun rasa bersyukur itu jangan pernah putus. Sara kena selalu ingat ini hanya sedikit ujian daripada Allah.


Dalam keadaan ini, tiba-tiba rasa tidak mampu lagi untuk bertahan. Tapi apabila ingat semula muka anak-anak murid semasa Sara menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu, Sara tak boleh macam ini!!

"Mereka memang comel macam cikgu dia"

MEREKA PERLUKAN SARA!!
SARA KENA SEMANGAT!!
SEMANGAT SARA!!!!
JANGAN PUTUS ASA!!
INGAT, ALLAH TIDAK SUKA ORANG YANG MUDAH PUTUS ASA!!


Ibnu Mas'ud pernah mengungkapkan:

 "Kebinasaan itu disebabkan dua perkara iaitu putus asa dan rasa bangga!"


Jadi Sara? Ya, betul! Baiklah, go sappy!! go!! *eh, eh silap channel, terpengaruh dengan cerita Upin Ipin yang adik Sara selalu tengok*

SAYA TAK MAHU JADI MALAS MACAM NI!! SAYA NAK JADI PELAJAR YANG RAJIN!! PEJAM MATA. TARIK NAFAS DALAM-DALAM. LAFAZ SEKUAT HATI, ALLAHUAKHBAR!!


p/s : Kepada pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini doakan Sara supaya semangat dan cepat sembuh. Hehe dan jangan malas-malas. Moga pembaca sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Amin.

Sekian, salam semangat daripada saraassyahidah.blogspot.com..
......senyum...(^_^)

Sara Assyahidah
25 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan