aSsaLamuaLaiKum ya ikhwan wa akhwat..pada tanggal 16 mEi baru- baru ini, itulah kali pertama aku menyambut hari guru sebagai guru pelatih..hehe dah nak jadi cikgu rupanya aku ni (ek eleh macam esok lusa je bunyinya, 4 tahun lagi la sara)..pada hari tersebut ramai juga yang memberi mesej-mesej ucapan selamat hari guru melalui sejenis alat komunikasi yang orang putih panggil 'handset' sampai penuh 'inbox' tu..hehe bangga gak la..terima kasih kepada pemberi-pemberi mesej berkenaan..hmm pada hari itu juga, aku bersama dengan rakan- rakan yang lain iaitu seramai 90 orang guru pelatih menyambut hari penuh bersejarah itu di Universiti Malaysia Pahang(UMP) peringkat kebangsaan 2010..turut menghadiri majlis tersebut Timbalan Perdana Menteri kita..pagi-pagi hari tu aku sudah memberitahu kawan- kawanku yang tinggal di Kelantan agar tunggu aku di kaca televisyen kerana aku akan muncul di skrin di seluruh Malaysia..aku berperanan sebagai salah seorang daripada pasukan koir hari guru peringkat kebangsaan pada waktu tu..aku pun ber'koir'la dengan sepenuh perasaan jiwa, raga dan bakul sekali..dan nak jadikan cerita apabila majlis selesai dan setelah aku pun dah penat ber'koir'..akhirnya salah seorang daripada kawan-kawan aku tu pun menghantar mesej.."mana sara ni?? dari tadi lagi tunggu tak kuar-kuar"..apa??(aku bermonolog sendirian)..alamak!! tak kuar ke??..rupa- rupanya pihak stesen tv tersebut tak siarkan secara 'live' pun majlis tu kat tv..sekadar masuk sikit dalam berita malam tu..tu pun tak 'zoom' pun gambar aku..gambar kecik je tu pun tak lebih satu saat tp kira alhamdulillah la daripada tak kuar tv langsung kan??(nada kecewa..haha)..MALUNYA!! hmm aku pun dalam keadaan macam tu,terpaksalah men'cover'kan diri ni supaya tak rasa malu sangat..hehe..
tapi apakan daya, benda sudah jadi..haha memang pengalaman hari guru yang tidak dapat aku lupakan..
p/s: kepada kawan-kawan yang menanti di depan kaca tv hari itu, minta maaf sangat-sangat..hehe tak sengaja..tapi terima kasih kerana sudi menanti..sekian..
c u when i c u..
('.')v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan