Benarlah kata orang, jauh di mata dekat di hati..aku pun sudah bingung dengan hal ini..ya Allah, mengapa aku diuji dengan perasaanku sendiri..apa aku sudah jatuh rindu pada dia?? ahh, tidak mungkin!! tapi mustahil tidak mungkin..ya Allah, mustahil ini semua terjadi kepadaku..tidak mungkin aku jatuh rindu pada dia!! aku mohon ya Allah, aku mahu rinduku hanya padaMU, pada kedua ibu bapaku,keluargaku dan saudara-maraku, juga rindu pada saudara seislamku..aku mahu sentiasa di jalan jihad hanya untuk meraih cinta kudus dariMU..kemanisan mencintaiMU kian aku rasakan nikmatnya,jangan ya Allah..jangan pernah Engkau izinkan semua itu kian hilang, kian pudar dari rohku..semata-mata kerana aku sudah jatuh rindu pada hambaMU yang sama sekali tidak sepatutnya terjadi..Dia seorang lelaki yang baik dan taat kepada perintahMU, jua taat kepada orang tuanya..namun, aku tidak selayaknya untuk dia..sama sekali TIDAK!! ilmunya tentang agama begitu tinggi..justeru dia bakal lagi mendalami ilmu agama nun jauh di sana.. namun aku jadi tidak berdaya ya Allah..aku jadi tidak kuat untuk menepis rindu ini..aku tidak bisa mengusir perasaan yang kian bercambah menjadi darah dagingku..ya Allah, apa aku sudah melakukan dosa dalam keadaan aku separuh sedar..apa ini ujian yang telah tiba saatnya Kau hadirkan padaku yang lemah ini? dulu, begitu hebat aku menerangkan soal perasaan sebelum hadirnya rasa ini dalam jiwaku..dan sekarang,aku terbaring kelesuan seakan-akan jatuh, biarpun tidak cedera namun sakit menahan perasaan ini menjadikan aku lemah..
Teringat aku pada puisi watak Ana Althafunnisa dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih dan kelihatannya, aku seolah-olah memainkan kembali watak itu dalam cerita hidupku:
Teringat aku pada puisi watak Ana Althafunnisa dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih dan kelihatannya, aku seolah-olah memainkan kembali watak itu dalam cerita hidupku:
"Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta,
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
Ya! tepat sekali puisi itu! justeru menusuk tepat ke jantungku..ternyata perasaan itu begitu indah dan tiada siapa pun yang dapat menafikan perasaan indah yang Allah mekarkan dalam jiwa setiap insan..sekali lagi aku mahu mengetengahkan keindahan dan kecantikan perasaan ciptaan Allah yang begitu bernilai itu melalui puisi watak Ayatul Husna dalam Filem yang sama:
"Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta.."
namun aku juga pernah mendengar bahawa cinta itu ibarat madu, ada pahit dan ada manis..bahagianya bila dicinta, begitu azab apabila hati diluka..Maka ya Allah, aku amat berharap dengan penuh rasa kerdil meletakkan martabatku serendah-rendahnya di hadapanMu dan tidak pernah aku menafikan hakMU ke atasku, ya Allah..
"ya Allah! Aku mohon pemilihanMU menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMU serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui bahawa 'dia' adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan hidupku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang. maka tetapkanlah dia bagiku dan permudahkanlah dia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa 'dia' bukanlah untukku, maka damaikanlah hatiku ini dengan ketetapanMU dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,kemudian jadikanlah daku meredhainya."
wallahu 'alam..
jazakallah khoiron kathira..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan