~nasihatku untuk renungan bersama~

sEteLah sekian LaMa aku tIdak meNgatur Kata daLam Paparan ini. akU hAdir uNtuk BercErita lagi namun kaLi bukan tentang cinta..hehe..aku mahu bercerita tentang liku-liku aku sebagai bakal pendidik yang sedang belajar..sesungguhnya aku faham guru itu adalah insan mulia yang aku hormat dan aku kagum dengan segala tunjuk ajarnya kepadaku sehingga aku dapat mencapai kejayaan sejauh ini..tapi kekadang rasa itu mungkin lenyap dalam diri bakal pelajar-pelajarku nanti..SEDIH!!

kenapa??? kerana pada saat ini, aku melihat ramai dalam kalangan bakal guru yang sudah hilang sabarnya, hilang rasa tanggungjawabnya, gagal memotivasikan diri sendiri, gagal untuk memberi sumbangan dan hilang rasa pemurahnya..bakal guru yang ada sekarang ramai di antaranya tidak menjaga akhlaknya, perkataan- perkataan yang tidak senonoh keluar dari bibir, suka mengeji orang lain dan tidak suka akan kanak- kanak yang pada umumnya tidak menjaga kebersihan..katanya JIJIK! GELI! EE..TAK SANGGUP AKU!!
tapi sedarkah kita, guru kita dulu pun tak pernah cakap macam itu..dulu kita pun bukannya bersih sangat..kotor..baju berbau..kalau lah ada cikgu yang cakap kepada kita 'ee..awak ni busuk la..jauh sikit!!'..apa perasaan kita..malu kan?? dan itulah yang bakal kita buat kepada anak didik kita nanti jika kita masih tak sedar diri..
aku merayu kepada bakal guru, jaga kata-kata kita..jangan mudah- mudahan mencarut..itu bukanlah sikap kita..hebat sangatkah kita sehingga terkadang perkataan-perkataan sebegitu menghiasi bibir..
kesal!!
kawallah diri..cukup sudah..jadikan bibir kita selalu mangucapkan perkara- perkara yang baik..InsyaAllah perkataan mencarut-marut tu boleh hilang di bibir kita..
Ingatlah, kata-kata kita itu menggambarkan hati kita..
KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan