..JODOH OH JODOH 2..

hmm..
macam menarik je tajuk ni..
hehe mestilah menarik..
ni kan sambungan kepada catatanku yang lepas iaitu

maaflah, sambungannya baru sekarang dapat taip.. hehe sebenarnya dah terlupa,hari ni tergerak hati nak baca catatan yang lama-lama.. jadi baru tahu ada lagi yang belum sempurna pada catatan itu.. sebagai sambungan aku mulakan dengan lafaz mulia..
bismillahirrahmannirrahim..
assalamualaikum warahmatullah..
untuk catatan Jodoh Oh Jodoh sebelum ini telah kuhuraikan 
panjang lebar tentang dua perkara iaitu:

-soal menahan diri daripada menyatakan cinta
-jodoh kita yg memang sudah ditetapkan oleh Allah

Maknanya ada tiga lagi yang telah lama aku berhutang dengan para pembaca sekalian..

-solat sunat istikharah
-doa untuk orang yang bercinta
-dan panduan mencari calon isteri @ suami

~solat sunat istikharah~

hmm.. agak-agak la kenapa kita perlu menunaikan solat sunat istikharah? sebab nak kahwin je.. hehe inilah yang wajib diubah dalam minda masyarakat kita.. solat sunat istikharah bukan hanya untuk kahwin je.. macam-macam boleh.. contoh kita nak buat pilihan nak belajar kat mana kalau kita ditawarkan dua atau lebih tempat untuk sambung belajar. Bukan itu sahaja, kalau kita macam dah bosan sangat pakai baju sama dalam tempoh seminggu tu sampai tak tahu nak pakai baju yang mana, kita juga dituntut untuk solat sunat istikharah walaupun benda ni nampak macam remeh je. Dan mesti ada kebaikan yang disusuli selepas itu. Ye la mana la tahu hari tu kita terserempak pula dengan bakal mak mertua ke ayah mertua ke.. hehe baju yang kita pakai tu mestilah yang terbaik kerana Allah yang bagi kita ilham untuk memakainya.. betul tak? dan mak mertua tu pun berkenan je kat kita.. hehe (dah melebih-lebih plak).. Itulah solat sunat istikharah! tak kira apa pun jika melibatkan pemilihan, bersolat sunat iskharahlah.. itulah jalan yang terbaik kerana kita minta pandangan dan pendapat daripada Allah.. hmm tengok! alhamdulillah dah bertambah satu ilmu.. (eleh para pembaca semua dah tahu lah)

Solat sunat istikharah ditunaikan dua rakaat dengan satu salam.

Rakaat pertama bacalah ummulfurqan dan surah pilihan diri sendiri.. begitu juga dengan rakaat kedua bacalah ummulfurqan dan surah pilihan sendiri dan berakhir dengan salam.. Kemudian bacalah doa istikharah..

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah  kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).



Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah telah berfirman: "Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".


~doa untuk orang yang jatuh cinta @ bercinta~

Semua orang yang jatuh cinta pasti merasakan nikmat cinta itu. Bercinta jika salah jalannya, nikmat itu makin makin lama makin luput. Jadi, jika salah bagaimana cara betulnya? Sebagaimana aku jelaskan dalam Jodoh Oh Jodoh sebelum ni, pergaulan antara lelaki dan perempuan itu 'wajib' ada batasnya. (Kenapa perlu ada batas-batas ni, leceh betul!) Leceh tak leceh, kita wajib tahu batas itu yang menguatnya ikatan dua hati. Tidak perlu selalu bersama, tidak perlu selalu berhubung. Cukuplah dengan doa untuk si dia, insyaAllah Allah yang jaga orang yang kita sayang. Allah yang jaga??! hmm..kan istimewa tu. KALAU ALLAH DAH JAGA, MAKA TIDAK ADA APA LAGI YANG PERLU KITA RISAU. betul tak? ALLAH JAGA BUKAN SETAKAT FIZIKAL KITA, BAHKAN ALLAH JAGA SETIAP DERAP JANTUNG DAN LANGKAH KITA. INSYA-ALLAH MAKIN SUKAR JALAN ITU, MAKIN KITA MENHAGHARGAINYA.. 

iNsYa-ALLah, di bawah ini doa buat yang sedang jatuh cinta, 

!!TAPI INGAT YE, JANGAN SEBAB JATUH CINTA, KITA JATUH DALAM NERAKA, NAUZUBILLAH HI MINZALIK!!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi 
Maha Penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan... 
Dia milikku tercipta buatku... 
Satukanlah hatinya dengan hatiku... 
Titipkanlah kebahagiaan antara kami... 
Agar kemesraan itu abadi... 
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya... 
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang dhaif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan 
kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.



~panduan untuk memilih calon isteri atau calon suami~


Mencari seorang suami atau isteri ini bukan senang. Jika kita mahu cari seorang lelaki atau seorang perempuan, sudah tentu ramai berlambak-lambak.Mencari seorang suami atau isteri bukan juga seperti kita beli pakaian di kedai atau pasar malam. Jika 'singkat' atau 'labuh' kita boleh tukar. Tapi kalau kita dah kahwin nanti, bolehkah kita main-main tukar macam tu? Ketahuilah suami dan isteri itu yang memainkan watak utama dalam drama rumahtangga. Kalau watak utama pun tidak tahu peranannya, drama  'KELUARGA BAHAGIA' itu juga akan hancur. 


Jadi, memilih suami dan isteri itu amatlah penting sehinggakan  Kekasih Allah sendiri telah mengingatkan  kita, dalam mencari pasangan hidup, 4 kriteria yang  perlu kita lihat.

Saya petik sebahagian dari artikel Ustaz Hasrizal atau Abu Saif dalam lamannya Saifulislam.com:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

“Maka saya kena kahwin dengan USTAZAH, saya kena kahwin dengan USTAZ!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.


PENYAKIT “TIDAK JELAS”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “Pendidikan Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
(Dia mungkin seorang bakal guru seperi saya-penambahan maklumat)
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. 
Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

Hmm.. agaknya kita dah lebih jelas, insya-Allah. BERAGAMA itu bukanlah bermaksud USTAZ/USTAZAH sahaja. Dan tak semestinya kehidupan orang yang bukan ustaz/ustazah ni tak bahagia. Selagimana kita amalkan sunnah Rasulullah dari kita bangun tidur sehingga kita tidur semula, insya-Allah bahagia itu bersama kita. Tidak kiralah kita ustaz/ustazah@ cikgu biasa@ jurutera@ doktor @ akauntan sekalipun..

Sekian, hehe kira beres la ni ye.. no hutang2 anymore dah..

Salam perkongsian ilmu buat teman-teman yang sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini daripada saraassyahidah.blogspot.com.. (^_^)

Libya Dalam Kekeliruan

Assalamualaikum sahabat-sahabat..
bagaimana iman kita?
bagaimana solat fardhu kita?
bagaimana dengan tahajjud kita?
bagaimana dengan Dhuha kita?

harap sangat semuanya beres beres blaka..
Insya-Allah..

Pada kali ini mahu saya  berkongsi tentang krisis yang terdapat di Libya.mengenai Gadaffi saya sendiri masih keliru tentang apa yang diperjuangkan oleh si Gadaffi ini. Dia memperjuangkan nasib rakyat tapi dia juga yang menembak rakyatnya ketika revolusi itu berlaku? Pelik!

Sepertimana yang kita tahu Gadaffi ini amatlah anti dengan Amerika. Oleh itu, Amerika pula seolah-olah mengambil peluang untuk mengusir Gadaffi dari bumi Libya dengan adanya revolusi yang rakyat Libya lancarkan ini.

Bagaimana kekeliruan ini masih lagi berlegar di bumi Libya?
dan apakah jalan penyelesaiannya??

ya Allah kau selamatkan negara Libya dari pemimpin munafik dan kuasa-kuasa asing yang ingin menjatuhkan mereka. Ya Allah, Kau Maha Mendengar lagi Maha Pengasih..

Amin..

salam perkongsian Ilmu daripada saraassyahidah.blogspot.com..
^_^ jumpa lagi taw, Insya-Allah..



i'm not looking for the perfect one!!



assalamualaikum..
salam cinta seindah suria pagi

for today i just wanna talk about love for the right one
for you that i love
and
for me that you love

u're the best that i've met
i love who you are
don't pretend to be somebody that's not you are
i juz want u to be juz u like to be

because i'm not looking for the perfect one
i juz finding for someone that can make me perfect
and i can make him perfect

juz simple word that i wanna share with u
that i love u because of Allah..

dedicate for my future ehem ehem..

salam cinta daripadaku buatmu...
de bez poem from me at saraassyahidah.blogspot.com..

moga Allah jadikan kita syahid di jalanNya..

p/s : Cintailah yang halal. Insya-Allah bahagia selamanya (^_^)


Sara Assyahidah
4 Mac 2011

andai tanggungjawab dan amanah itu sekeping biskut kering

assalamualaikum wahai insan yang masih bernyawa
sudah lama tidak ketemu dengan kalian
bercerita serba sedikit kisah hidup insan kerdil ini


maaf sangat teman-teman
sebab banyak amanah dan semakin berat tanggungjawab yang perlu disempurnakan
sangat sedih apabila amanah demi amanah datang untuk digalas
hati terasa bimbang takut-takut amanah ini tidak mampu untuk kulaksanakan sebaik-baiknya
takut-takut juga amanah ini yang menyebabkan kaki ini melangkah ke tempat penyeksaan yang Maha Dasyhat
nauzubillah ya Allah...


andai tanggungjawab dan amanah itu ibarat sekeping biskut kering 
sudah pasti biskut itu patah sedikit demi sedikit
sebab aku akui yang diri ini tidak menjalankan amanah dengan baik
namun
telah dan akan kucuba lagi dan lagi 
agar amanah dan tanggungjawab ini tidak lagi menjadi sekeping biskut kering 
yang mudah patah dan hancur jua lembik jika dibasahi air


aku pegang amanah ini kerana aku tahu DIA lah perancang kepada segalanya
ya Allah mohon restu dari-MU ya Allah agar Kau lancarkan segala tugas dan kerja buatku


teringat kepada satu pepatah arab "Ketua sesuatu kaum adalah orang suruhan mereka" kerana ketua yang bertungkus lumus untuk bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan insan sejagat


jadi


wahai sahabat-sahabat
jika satu jawatan atau amanah menerpa bahumu
jangan pernah kamu berasa gembira
itu sebenarnya satu perkara yang perlu untuk kau berduka
takziah buat yang mendapat habuan seumpama ini
kerana jawatan itu bukanlah satu pentas untuk kita berlagak di hadapan manusia
melihat yang lebih itu kita dan yang kurang itu orang lain
tapi satu bentuk ujian halus untuk menentukan di manakah tahap iman kita
apakah kita ingin memilih pakaian yang pernah dipakai oleh iblis?
atau memilih untuk menjadi hamba selamanya..


fikir-fikirkanlah..


*pakaian yang pernah dipakai iblis ialah pakaian TAKABBUR*


salam muhasabah dan salam ingatan tulus ikhlas daripada saraassyahidah.blogspot.com..
(^_^) sayang kalian semua...

Mesir terus mara!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat..
Alhamdulillah Hosni Mubarak telah berjaya ditumbangkan..
inilah hasil perjuangan anak-anak muda mesir..
dengan izin Allah, mereka yang tergolong dari golongan cerdik pandai ini,
terdiri daripada golongan-golongan agama, doktor, jurutera, peguam dan sebagainya telah berjaya setapak demi setapak..
bermula dengan ahli seramai 15 orang sahaja..
akhirnya mencetuskan satu revolusi yang menggemparkan seluruh dunia,
dan mengugat hati para penyangak dunia,yahudi zionis!!

mereka ini lahirnya pada 20++ tahun yang lepas,
mereka melihat kepincangan dalam dunia tadbir negara mereka,
namun kesalnya, 
mereka tidak boleh menegakkan pendirian mereka kerana terhalang dengan pemerintahan kuku besi dan diktator oleh Hosni Mubarak dan sekutunya..
hari ini bukan sahaja seluruh rakyat mesir menyertai mereka,
tetapi seluruh dunia termasuk kami semua..
walau apapun terjadi Mara dan Terus Maralah pemuda pemudi Mesir!!
Sesungguhnya Allah bersama kalian!!

Alhamdulillah...
cuma kini kita sedang menanti siapakah pula yang akan memegang tampuk pemerintahan Mesir..
jika Ikhwanul Muslimin naik..
sujud syukur kita..
sepertimana yang kita tahu bahawa orang-orang kristian juga menginginkan pemerintahan secara islam..
dan mereka amat mengharapkan Ikhwanul muslimin yang akan mentadbir negara Mesir..

Pada hari perarakan dan pertempuran antara rakyat dengan pihak polis di Mesir,
mereka menunjukkan  satu pandangan, imej yang cukup indah,
saya rasa amat terharu dan tersentuh apabila dalam keadaan genting itu,
mereka (orang-orang Islam) menunaikan solat secara berjemaah di dataran,
manakala orang bukan Islam pula menjaga keselamatan orang yang sedang bersolat itu..
Cukup indah sekali..

Ya Allah..
benarlah kata Ibnu Khaldun bahawa untuk menegakkan kembali empayar Islam perlu jalinkan Ukhuwah yang mantap..
inilah buktinya..

insya-Allah revolusi yang berlaku ini bakal mencetus transformasi kepada ummah..
mohon doa sangat-sangat daripada pembaca agar sama-sama kita berdoa semoga Kebangkitan Islam ini berjaya dicapai..
Oleh itu, kita perlu betulkan diri kita dengan Tarbiyah Individu..
kerana apa?
saya masih ingat lagi kata-kata Syakib Arsalan..

Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:“Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. a
Apakah faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka yang kosong?"


Sekian, salam tarbiyyah salam muhasabah dari saraassyahidah.blogspot.com ^_^


Tunisia sudah, Mesir dalam Perjuangan, dan Malaysia??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi nafas untuk menulis hari ini. Allah jua telah memberi izin untuk Sara menggunakan segala nikmat untuk menaip dan menaip.Meniup dan meniup semangat jihad dalam diri kita. Seperti apa yang telah Sara tulis sebelum ini dalam catatan,

Ambil iktibar sahabatku daripada kisah politik Tunisia!



Tunisia Insya-Allah dalam proses pembaharuan pemerintahan
pembersihan dalam pentadbiran
perubahan yang telah lama rakyat mereka nantikan
bekas presiden hanya mampu meraikan
kekayaan dunia di sebalik seribu satu kekalutan
dalam kerajaannya yang paling menjijikan
'pendusta' itu telah dicucuk hidungnya dengan kemewahan
pada waktu malam, diri dan hartanya  berjaya dilarikan
kerana takut kepada kebangkitan
akhirnya  mengikut jalan manusia yang berada dalam kegagalan.

Kini Mesir telah sedar dari mimpi yang telah lama mereka terlena 
Setelah pemimpinnya berulangkali memerangkap saudara sendiri dalam bencana 
dek kerana terikat dengan hubungan diplomatik yang langsung tidak berguna
bersama 'pendusta besar dunia' yang durjana
Perjuangan masih belum selesai
SINGKIRKAN pemimpin-pemimpin yang menjadi telunjuk yahudi semata
BANGKIT RAKYAT MESIR!!
BANGKIT!!
TERUSKAN KEBANGKITANMU!!

MALAYSIA pula bagaimana??
cukupkah sekadar menjadi penonton setia??
apakah tidak lagi sedar akan hakikat yang sebenarnya??
ISLAM kita perlu BANGKIT!!!
BANGUN!!!
BANGUN RAKYAT MALAYSIA!!
JANGAN SEKADAR BERPANGKU TANGAN!
DAN BERALASAN MURAH UNTUK TIDAK BERJUANG!!



Ingatlah kata-kata as-syahid Sheikh Ahmad Yassin,

"BUSH HARUS TAHU BAHAWA ORANG-ORANG YANG BERAQIDAH TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN ANCAMAN! DAN ISLAM ITU SUNGGUH LEBIH KUAT DARI ATURAN, DIRI DAN NEGARA BUSH!"



Jua kata Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi,

"TIADA BEZANYA KEMATIAN ITU  SAMA ADA DIBUNUH ATAU SEBAGAINYA . TETAPI PERKARA YANG SAMA ADALAH HAKIKATNYA KITA SEMUA MENUNGGU UNTUK HARI YANG TERAKHIR DALAM HIDUP KITA. TIADA APA YANG AKAN BERUBAH. TIDAK KIRA BAGAIMANA PUN, KITA AKAN MATI SAMA ADA OLEH APATCHI ATAU SERANGAN JANTUNG! AKU LEBIH MEMILIH UNTUK MATI KERANA APATCHI!"
( dan pilihan BELIAU adalah SYAHID)



kata-kata ini akan Sara semat dalam hati menjadi semangat!! 


p/s : Ayuh manusia yang masih lagi berselimut, BANGUNLAH DARI TIDURMU, USAH MELAYAN MIMPI YANG SIA-SIA, KURANGKAN MAKANMU, LEBIHKAN MASAMU MENUJU ALLAH, SELAMATKAN SAUDARA KITA, MEREKA MASIH LAGI TIADA PEMBELAAN DARI DUNIA, MEREKA MENANTIKAN DAULAH MEREKA MENJADI HAK MEREKA SEMULA, KURANGKAN TIDURMU JIKA KAMU MAHU BERFIKIR MASALAH UMAT! ALLAHUAKHBAR 3x!!!


Sara Assyahidah
26 Januari 2011


Dambaan Ayat-Ayat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Sewaktu kerja makin banyak bertimbun-timbun, masa inilah mood untuk menulis kian menjadi-jadi, barangkali 'stress' melanda, atau mungkin banyak perkara yang hendak dikongsi bersama.

Mujahid dan mujidah, Sara tahu ada di antara pembaca mulai resah, umur sudah makin menginjak dari satu nombor ke satu nombor, namun masih lagi belum mendapat pendamping yang sudi menemani.

Kes ini biasa berlaku. Jika berlaku kepada perempuan atau wanita, itu boleh dianggap suatu lumrah, kerana bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, dan seharusnya wanita-wanita yang berumahtangga berterima kasih kepada mereka yang rela membujang bukan mencemuh mereka sebagai anak dara tua 'andartu' atau anak dara lanjut usia 'andalusia'. Insan-insan ini sanggup berkorban untuk orang yang diberikan suami dan anak-anak lebih-lebih lagi anak kandung, dan mereka sekali pun tidak pernah merungut kepada kita. Jadi jangan melampaui batas !

Mereka rela hidup bersendirian dan kita pula hidup dengan penuh riuh rendah di rumah. Namun masih ada di antara kita yang tidak bersyukur. Astaghfirullahaladzim.

Jika berlaku kepada lelaki mungkin alasannya cukup-cukup munasabah, kerana mungkin faktor kesihatan, kewangan atau yang lebih tepatnya hanya difahami oleh mereka yang mengalaminya sahaja.

Dambaan Ayat-Ayat Cinta. 

Khas buat yang belum menjejaki alam rumah tangga. Selalunya insan yang sudah menginjak usia 20-an dan ke-atas ini sudah mula serius untuk hal-hal seperti ini. Ada yang sudah mula mencari pasangan hati dan tidak kurang pula yang sudah pun mempunyai calon.

Jika syarat-syarat dan batas-batas syariat dijaga dengan begitu rapi kepada yang sudah punya calon, alhamdulillah. Tapi kalau khuatir, jaga-jaga. Jangan biar syaitan itu mencelah dan bersarang di antara hati-hati kita.

Sara tahu dan cukup faham situasi remaja sekalian. Sara pun remaja juga. Jika ada antara pembaca yang hatinya sudah mula jatuh kepada seseorang, jangan lupa setiap kali sujud, harapkan yang terbaik di dunia dan akhirat. Jika si dia itu adalah yang terbaik buat kita, harapannya si dia dapat membimbing kita dengan cara yang tulus agar dapat bersama meraih redha Allah. Biiznillah. (^__^)




Dambaan Ayat-Ayat Cinta



Buat si dia,
jika kamu dambakan ayat-ayat cinta daripadaku,
aku akan bertindak tegas!
sekali pun tidak akan ada ayat-ayat cinta untukmu, 
Andai antara kita belum ada apa-apa ikatan yang sah,
bukan aku tidak romantis,
bukan jua aku  tidak memahami.

Tapi,
aku jaga batas ini untuk kemaslahatan bersama,
jika ditakdirkan dirimu untuk yang lebih berhak,
aku akan berasa cukup malu bukan sahaja pada Allah yang Maha Esa,
malah padamu dan pada yang berhak untukmu,
jua aku akan hidup dalam keadaan bersalah kepada yang berhak untukku.

Buat si dia,
aku yang menulis ini terlalu banyak mahu aku ceritakan padamu,
tapi kujaga lisan ini,
agar tidak terbabas iman dan taqwa,
agar tidak menjadi fitnah kepada pembawa-pembawa agama.


Jika benar aku adalah insan yang diciptakan untuk kau sempurnakan ibadahmu,
maka aku sedia,
percayalah aku yang tidak romantis ini,
yang tidak membalas dambaan ayat-ayat cintamu,
adalah insan yang tidaklah seperti kau kenali sekarang ini,
mungkin ada yang masih sama,
namun banyak yang belum dikau mengerti.

Kelak,
jika Allah satukan hati kita,
kau akan memahami bahasa cintaku,
kerana cinta si penulis ini,
Sara Assyahidah adalah buat si dia yang benar-benar untukku.


p/s : Salam seindah 'Dambaan Ayat-Ayat Cinta'. Jangan lupa baca entri seterusnya. Hehe =D


Sara Assyahidah
20 Januari 2011

Ambil iktibar sahabatku daripada kisah politik Tunisia!

Salam semua..
Bagaimana keadaan politik di negara masing-masing?
Harapnya dalam keadaan baik, alhamdulillah..

Jika kalian was-was untuk menjawab persoalan yang saya ajukan di atas,
baiklah,
saya bagi satu jalan untuk kalian pilih,
atau cara mudah untuk mengetahui bagaimana status kestabilan negara kalian..

Pertama, 
Para pemimpin menjalankan sepenuhnya tuntutan Allah, suruhanNya dan meninggalkan SEGALA apa yang dilarangNya.

Kedua,

Pemimpin menjaga solat.

Ketiga,
Tidak ada RASUAH dalam pentadbiran kerajaan.

Cukuplah sekadar TIGA syarat saya ini untuk menentukan keadaan politik di sesebuah negara.
Jika kalian bersetuju dengan saya tidak perlu kalian mengangkat tangan.
Cuma perlu kalian lakukan banyak kajian untuk mendalami selok-belok kerajaan negara sendiri.
HALAL dan HARAM dalam pentadbiran negara kita.
Sama-sama semak!

Kerajaan Tunisia telah berjaya digulingkan. Mengapa?

Tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

Barat yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Tindakan zalim kerajaan Tunisia sebelum ini telah sekian lama menekan Islam dan mengambil tindakan zalim ke atas para ulamak. Islam ditekan dengan sebegitu lama, ulama-ulamanya dikenakan tindakan dan hukuman yang zalim (berupa) hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia

Ulamak terkenal. Sheikh Yusof al-Qardhawi turut memuji rakyat Tunisia yang bangkit menentang kerajaan yang zalim.Semua Muslim harus berjuang untuk keadilan.

"Saya dapat menyebut nama sekitar tiga ke empat negara-negara lain, di mana orang-orang kelaparan dan penguasa mereka mencuri kekayaan awam," kata Qardhawi.

Qardhawi juga mengucapkan satu bait dari Tunisia penyair terkenal Al-Shabie yang mengatakan berbicara tentang sindiran politik dan martabat rakyat 'Jika orang yang dikehendaki untuk hidup dengan kebebasan mereka harus menerima nasib sejak malam hilang dan kandang rosak'


Negara-negara Barat tidak boleh mengganggu Tunisia atas nama menyelamatkan negara. 


Merujuk kepada Perancis, rakyat Tunisia tidak akan menerima bantuan mereka kerana mereka tahu mereka (Perancis)  bertindak menentang umat Islam.

"Jika Perancis ingin membantu Muslim mereka harus membantu kami di Palestin," kata Qardhawi.

Sementara Rachid Ghannouchi, pemimpin parti politik AnNahda yang dibuang negeri dari Tunisia, menyatakan kesediaan untuk kembali ke negara itu.

Hal Tunisia ini wajib kita ambilnya sebagai iktibar wahai pejuang-pejuang agama Allah! Bagaimana pemerintahan kuku besi bekas presiden negara itu menyebabkan ribuan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar negara itu bagi menuntut parti pimpinan bekas Presiden yang digulingkan, Zine El Abidine Ben Ali - Parti Pergerakan Institusi Demokratik (RCD) disingkir daripada kerajaan.

Pemerintahan yang menindas rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dan makin melampau.KENAPA?

RASUAH!!!

SYABAS BUAT RAKYAT TUNISIA!
Inilah fenomena KEBANGKITAN ISLAM!
Jadi apa tunggu lagi, tanyalah diri kita, apakah jihad kita untuk tegakkan syiar ISLAM di negara sendiri pula.

Salam Jihad daripada saraassyahidah.blogspot.com (^_^)/  'Allahuakbar3!!'


Penantian itu sungguh menyeksakan..

Assalamualaikum warahmatullah,
penantian itu sangat-sangat menyeksakan kan?
pernahkah kalian mengalaminya?
semestinya semua orang pernah atau sedang mengalaminya


penantian itu banyak jenisnya
penantian sang isteri menanti kepulangan sang suami
penantian seorang ibu menanti kepulangan anakanda
penantian seorang teman
dan untuk saya
penantian menanti kereta api sampai ke destinasi


ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu
berapa lamanya saya terpaksa duduk di dalam kereta api semasa perlu berulang alik dari rumah ke institut
dan dari institut ke rumah


setiap kali nak balik mesti fikir dua tiga kali
itulah antara penantian yang menyeksakan bagi saya


namun harus diingat 
penantian itu biarpun menyeksakan
ada kalanya penantian mengajar kita erti hidup


ingin saya ingatkan juga di sini
buat mereka yang suka membuat seseorang ternanti-nanti
atau menungu-nunggu
elakkan sedaya mungkin
selalulah menepati masa
jangan biar orang lain menunggu kita


satu lagi
jika kita sudah pandai berjanji
jangan pernah kita berdusta
saya tidak mahu antara kita menjadi seorang insan yang mudah menabur janji
jua mudah menguburkannya
kerana 'sakit' apabila janji yang terkubur itu hanya Allah sahaja yang mengerti


Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal ra menerangkan, Rasulullah saw bersabda:


"Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji."
(HR Tirmidzi dan ia berkata, "Ini adalah hadis hassan dan ada sesetengah kitab disebutkan sebagai hadis sahih")


Jangan pernah menabur janji
jika niat untuk menguburkannya
Jangan pernah kamu menanti
insan yang hanya manis katanya


salam muhasabah daripada saraassyahidah.blogspot.com  \(^_^)/

hari ini dan esok~!!



Apabila hati tersangat gembira dan bahagia, kita akan berharap moga-moga esok pun seperti hari ini. Tapi jika esoknya menjelma dan tidak seperti yang diharapkan, kita akan berasa amat hampa dan sedih. Kadang-kadang kecewa sehingga menangis-nangis. Apakah dalam situasi ini kita harapkan perkara yang sama masih lagi terjadi esok?? Sudah tentu tidak,bukan?


Mengapa kita begitu beria-ia mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, namun kita tidak pula dapat menerima kesedihan dan penderitaan? Bukankah itulah pasangannya. Indahnya ciptaan Allah. Setiap perkara dan makhluk itu diciptakan pasangan mereka masing-masing. Seperti oksigen pasangannya karbon dioksida, air pasangannya api dan lelaki pasangannya wanita.

Mungkin inilah kesilapan dan kekhilafan tanggapan saya selama ini. Ya! Mesti saya ubah!

Benar! Jika Allah tidak menciptakan perasaan sedih dan derita, bagaimana mungkin kita kenal erti gembira. Jika Allah tidak menjadikan susah dan sukar bagaimana kita mahu kenal erti senang dan mudah. 

Lihat! Benda ini memang sudah berabad dikhabarkan kepada kita. Namun apa kesannya?

Kita dengan perangai lemah yang tak sudah-sudah terus mepersoalkan bermacam-macam, 'kenapa?' 'mengapa?'.."kenapa nasib aku sentiasa malang? Orang lain, aku tengok da senang-lenang. Makin lama makin bahagia..kenapa aku tak macam tu!!"

Inilah perangai yang tak habis-habis insan yang bergelar HAMBA. Dengan membawa status itu, kita terus meninggikan hidung dan berjalan di atas muka bumi dengan penuh bongkak! 

Kenapa jika kita bahagia, kita tidak pula berkata, " kenapa aku gembira, kenapa orang lain tak gembira macam aku!!"

Agak-agak ada ke?

"Ya Allah, kenapalah aku diuji sebegini?" inilah doa kita sewaktu susah. Kita hanya sedar apabila Allah menguji kita dengan keadaan susah seperti itu. Lupakah kita, dalam keadaan mewah pun kita diuji. Namun berapa ramai yang sedar mereka sedang diuji pada ketika itu. Tak ramai!! Jadi jika Allah uji kita dengan keadaan susah, bersyukurlah. Kerana ramai dalam kalangan kita, apabila diberi harta menggunung tinggi, makin dia mengejar dunia. Sedangkan dunia ini ibarat air laut makin diteguk makin bertambah rasa dahaga. 

Maafkan saya jika saya cuba berkata jujur. Hari ini menteri-menteri kita diberi gaji yang melampau-lampau tingginya. Namun kerja masih lagi lembab dan tidak cekap. Mengapa masih ada golongan-golongan yang tidak diingini oleh rakyat seperti ini dalam pentadbiran negara kita sehinggakan wang kopi dijadikan darah daging anak beranak mereka. WANG KOPI?? Sudah tidak relevan lagi digelar wang kopi abad ini. WANG NERAKA dalam bahasa kasarnya. 

Rakyat akhirnya tersepit dibawah pemerintahan yang tidak siuman semacam ini. Jangan jadikan orang lain mati tidak berkubur hanya sekadar untuk suap ke mulut sendiri sampai muntah! Jadilah pemimpin yang bersih dan tidak perlu bermewah-mewah. Ingatlah jika tidak hari ini kita diheret ke mahkamah dunia, MANA MUNGKIN KITA TERLEPAS DALAM MAHKAMAH ALLAH!

HARI INI?? BIARPUN HARI INI TIDAK SEINDAH SEMALAM, NAMUN JADIKAN DIRI KITA HARI INI HAMBA YANG ALLAH BANGGAKAN..

ESOK?? BIARPUN ESOK BELUM MENJELMA, NAMUN JADIKAN DIRI KITA TIDAK LALAI UNTUK MEMIKIRKAN BILA KITA DIKAFANKAN..

::sara::

my house is under construction

salam..
kali ni boleh tak kalau saya nak bahasakan diri saya aku..
dan gunakan bahasa yang tak formal atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak atau bahasa sempoi..
sebelum itu sedikit panduan di sini.
apa-apa yang ditulis dalam kurungan adalah jawapan daripada pembaca..
berdasarkan andaian yang tak berapa tepat daripada si penulis blog ini..
kalau tak betul anggaplah sebagai gurauan..
boleh??


yeay!! aku anggap korg setuju lah yer..
haha mood aku alhamdulillah macam biasa jer..
skrg tgh cari idea utk penulisan..
cehh macam penulis plk bunyinyer..
niat dah ada tapi malas nak menaip..
kalau korang nak tolong ok gak..
tp warning awal2 lah kalau stakat nak tolong tengok je xyah lah..
(macam lah ade org nk tolong ko)


tajuk 'my house is under construction'
tajuk pun da menarik kan??
(tak menarik pun)


sebenarnye RENOVATION je tapi saje je nak kasi gempak..
KEBABOW!! ala2 macam tu lah..
sekarang ni nampak gayanye rumah aku dah jadi cam ape..
macam dah tak terurus sangat-sangat..
(ko tak kemas rumah ke??)


dah kemas lah..
tapi name agy 'under construction' kan??
mane lah tahu lepas ni rumah aku jadi cam istana..
haha jangan jelez lak..
fuhh kalau umah aku jadi istana maka akulah puteri dalam istana tu..
(ko ni dah start da berangan, puteri mane plak? ish3 rumah baru under construction, lebih2 nampak..jap2 sbenanye naper wat construction ni?? ade nak wat majlis pape ke?? yelah mane tau ko kawen ke,,tunang ke??)


ape da.. mane de, kawen mawen ni ilex la dulu..bagi chance kat akak aku lu..
mane leh langkah bendul..
mende la ckap sal ni plak..aku nak ckap sal umah aku yang sedikit diubahsuai ni..
merewang bukak tajuk lain da..
naper wat construction?? saje2 je..hehe adatlah..nak baiki dan nak memperelokkan sedikit ruangan rumah..


bahagian umah yang diubahsuai ialah ruangan luar umah..
alahai bhgn pagar umah tu..
(eleh mane aku taw, xpenah2 aku pergi umah ko)


sbenanye hasrat untuk mengubahsuai ni tak lain dan tak bukan kerana Allah..
senang nanty kalau sedare mare datang nak parking kete..
agy pon umah aku ni memang dah jadi tempat berkumpul sedare mare sebelah umi..


maaflah aku tak letak gambar pape..hehe saje nak wat surprise gitu..kalau korang nak tgok..meh datang kat umah ye..
(malas aku, dah la umah ko jauh..tak kuasa aku)


ehh da ngantuk da..jap agy kalau aku ade idea aku sambung agy ea..
sabar ye..ikuti perkembangan my house is under construction k..
jangan tukar channel..
hehe jumpe di hari dan waktu yang sama..
hanya di TV hantam sajalah..bak kata p.ramlee..
(ape tunggu agy?? selamat berehat untuk sementara..)